Peluang menghabiskan masa dengan anak merupakan momen paling membahagiakan setiap ibu bapa. Tak kira apa jenis aktiviti yang dilakukan asalkan dapat buat bersama anak sudah tentu ia memberikan kenangan manis yang pasti akan diingati anak sampai bila-bila.
Mencipta momen ikatan atau lebih popular disebut bonding time bersama merupakan salah satu perkara penting untuk perkembangan positif kanak-kanak.
Terpulang apa juga cara masing-masing untuk mencipta bonding time dengan anak kerana apa yang penting memori yang tercipta bersama itu lebih bermakna kepada si manja.
Pelakon Shakilla Khoriri yang sememangnya terkenal gemar melakukan aktiviti lasak outdoor baru-baru ini ada memuat naik video dia membawa anaknya Ameena pergi berkhemah.
Menarik sungguh tapak perkhemahan dua beranak ini dan lebih menarik perhatian apabila melihat kelengkapan khemah Shakilla yang sangat selesa dan lengkap.
Ramai pengikut Instagram pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini kagum dengan semangat kental dan berdikari Shakilla yang hebat membawa anak kecil sendirian berkhemah dan memasang sendiri peralatan khemah dengan sempurna.
Secara tidak langsung ramai yang terinspirasi dan ingin mencontohi semangat kental Shakilla menghabiskan masa bersama anak dengan aktiviti yang bermanfaat.
Selain daripada ramai yang memuji dan kagum cara Shakilla mengajar anaknya melakukan aktiviti outdoor, dia turut memberitahu ada juga netizen yang menuduh caranya itu merisikokan anak kepada bahaya.
Kepada yang kata saya risikokan anak saya dengan buat aktiviti itu ini.
Saya takde kata-kata untuk yang itu.
Saya tahu apa yang selamat dan tidak untuk anak dan juga diri sendiri.
Setakat ini Alhamdulillah setiap yang saya buat Allah permudahkan dan saya dapat rasa yang Allah sentiasa dekat dan ada jaga kami berdua setiap masa.
Yakin dan jalan terus.
Yang dok teragak-agak nak buat sesuatu tu yang kadang parah. Rugi. Buang masa. Membunuh waktu emas dengan orang yang kita sayang.
Menyesal hujung tak guna dah. Paham dak ?
Bagaimanapun dalam masa yang sama, sebagai ibu tunggal, Shakilla sangat menghargai peminat yang sentiasa mengambil berat tentang keadaan dirinya dan Ameena.
Baginya setiap kata-kata semangat yang diberikan memang amat dihargai kerana ia benda yang sangat diperlukan buat masa sekarang.
Ada juga yang bagi kata-kata semangat di mana saya teramat memerlukan semua tu sekarang.
Hidup kita ni kadang dengan kata-kata boleh jadikan diri kita lebih dari apa yang kita fikir kita mampu.
Dengan hanya kata-kata juga mampu menjatuhkan kita.
Punya hebat KATA-KATA dari mulut manusia ni. Apa pun yang baik dan logik saya terima je sebab saya manusia. Ada kesalahan dan kesilapan yang mungkin tak nampak.
Yang tak berapa baik saya abaikan. Saya anggap macam hama yang terbang lalu.
Sebenarnya cara Shakilla membawa anaknya membuat aktiviti luar rumah sangat bagus untuk perkembangan fizikal, emosional dan memupuk sikap sayangkan alam sekitar dan bertanggungjawab dalam diri si kecil. Syabas Shakilla!
Sumber: Shakilla Khoriri