“Kini Hanya Tinggal Kenangan.” Suami Jatuh Laut Sebelum Ramadan, Tak Sempat Sambut Puasa Bersama

Share

Bukan mudah untuk kita menghadapi ujian kehilangan orang tersayang. Dah tentulah umpama jatuh terduduk. Apa lagi kalau sememangnya dia adalah orang yang cukup rapat dengan kita. Begitulah yang dialami oleh seorang isteri, Halimatul Noor Akira, 30, yang kehilangan suaminya, Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz, 35, yang mencari pendapatan sebagai nelayan.

Seperti yang dilaporkan oleh BH Online, Halimatul Noor Akira mengatakan yang suaminya sempat menghantar pesanan Whatsapp kepadanya sebelum terjatuh ke laut.

“Sebelum suami terjatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan WhatsApp memberitahu tangkapan udang kurang, …lepas bayar yuran sekolah anak pun jadilah.”

Jatuh Laut Masa Tangkap Udang 

Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika menangkap udang bersama dua rakan di lokasi kira-kira lima batu nautika dari jeti Kampung Nenasi, dekat sini, sebelum ditemukan lemas pada Khamis lalu.

Halimatul Noor Akira berkata terdahulu, suaminya keluar rumah kira-kira jam 8.30 pagi dan difahamkan turun ke laut jam 3.30 petang Rabu lalu.

Sumber: Facebook Akira Omar – Foto kenangan arwah Mohd Syamsul bersama isteri dan anak mereka

Ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau mengetahui kejadian menimpa Mohd Syamsul Helmi kira-kira jam tiga pagi Khamis lalu selepas dimaklumkan oleh adik iparnya, serta usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan dengan bantuan beberapa bot nelayan lain.

Beliau berkata, hanya Tuhan yang mengetahui perasaannya ketika itu yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku dan tidak putus berdoa agar suami ditemukan selamat.

Baca Juga:

“Assalamualaikum Ayah..” Ramai Tersentuh Tengok Video Anak Singgah Pusara Ayah Lepas Sekolah

Sayu Tengok Video Ni! Beri Epal Pada Gelandangan, Ayah Tunjuk Contoh Baik Pada Anak-Anak

“Cut Pengambilan Gula, Berjaya Turun 10kg.” Tak Sangka Lepas 9 Tahun Perkahwinan, Akhirnya Hamil Anak Pertama

“Saya tidak pernah menduga kejadian sedemikian akan berlaku. Malah sebelum ini, kehidupan kami sekeluarga sentiasa ceria bersama tiga cahaya mata, Muhammad Naqib Ramadhan, 6; Nur Hanan Aiman, 3; dan Muhammad Harraz Rizqi, 11 bulan.

“Ia seperti mimpi ngeri kerana pada usia perkahwinan baru memasuki tujuh tahun, kami terpaksa melalui episod hitam kehilangan insan tersayang. Kini, hanya tinggal kenangan bersama arwah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beluru, Nenasi, dekat sini, semalam.

Banyak Termenung & Bersendirian Sebelum ‘Pergi’ 

Halimatul Noor Akira memaklumkan beberapa hari sebelum kejadian, beliau melihat perubahan pada suami apabila arwah banyak termenung sambil duduk bersendirian, namun tidak dapat dipastikan apa difikirkannya.

Beliau berkata, arwah berusaha untuk menyediakan bayaran yuran sebanyak RM150 untuk anak sulungnya memasuki prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi pada sesi persekolahan ini, malah pengorbanan dan tanggungjawabnya sebagai suami serta bapa begitu bermakna hingga ke hujung nyawa.

Sumber: Facebook Akira Omar – Arwah meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil

Boleh Berenang Tapi Alami Masalah Pernafasan 

Sebagai nelayan, katanya, arwah boleh berenang tetapi mengalami masalah pernafasan pendek akibat kemalangan sebelum ini, yang berkemungkinan memberi kesan kepada usaha suami menyelamatkan diri ketika terjatuh ke laut.

“Namun, saya bersyukur akhirnya mayat suami ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, selepas tersangkut dalam pukat dipasang nelayan yang terbabit operasi SAR sejak awal pagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit operasi SAR itu, termasuk penduduk Kampung Nenasi dan Ketua Kampung Nenasi Pantai yang banyak membantu.

“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun terlalu pahit, kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya perlu tabah menghadapi ujian berat ini. Saya berusaha melakukan jualan dalam talian tetapi pendapatannya tidak tetap.

“Bagaimanapun, saya perlu meneruskan kehidupan membesarkan tiga anak sedang membesar. Kami anak-beranak kini tinggal bersama ibu, Zainab Muhamad, 62, yang mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar,” katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Akira Omar, dia telah memuatnaik posting sedih sehari sebelum puasa;

“Esok dh nk puasa xdapt jgk nk sambut sama2 kalau x seblm berbuka mesti abg akn tye masak ap hri niee ?? Biasa abg yg akn list menu ap yg abg nak makn 😭😭 Xpun abg akn srh ibu wasp ayu tye mak mask ap kt rumh.. Ibu rinduuu sangt2 setiap hri kt umh tu ibu rasa abg ada setiap saat kt mana2 ibu rsa abang ada 😭😭😭..”

Semoga Halimatul Noor Akira dan keluarga tabah dan diberikan kekuatan untuk berdepan dengan ujian berat ini. Sama-sama kita doakan ibu ini dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya, Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Emy H