Kehamilan

Kini Sudah 32 Minggu, Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil, Kongsi Gambar Di Perth!

Share

Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu. Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi beberapa minggu.

Melalui instagram, Zahirah dilihat sering berkongsi beberapa keping gambarnya sepanjang berada di Perth. Bersantai bersama keluarga, tidak kurang juga melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Menerusi satu entrinya di instagram, ibu hamil yang semakin berseri-seri ini berkongsi kenaikan beratnya yang kini naik sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang hamil.

“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya berkongsi.

Dalam perkongsian itu, Zahirah turut memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai. Semoga keadaan Zahirah baik-baik sahaja sepanjang menanti detik melahirkan kelak.

Dalam pada itu, perkongsian gambar Zahirah tersebut mendapat reaksi dan komen dari seluruh peminatnya. Semuanya rata-rata tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini.

Warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan Allah SWT. Tak sabar rasanya untuk melihat Zahirah dan Aiman junior. Pastinya secantik ibu dan bapanya.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pasangan ini sepakat untuk melahirkan bayi pertama mereka di Perth, Australia.

Artikel berkaitan: Pilih Bersalin & Berpantang Dengan Ibu, Zahirah & Aiman Berangkat Ke Australia!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @zahirahmacwilson @aimanhakimridza

Published by
SRM