Setelah tular di media sosial mengenai kisah adik Nur Mardhiah Shahadah, 3, bersama ibu bapanya menaiki motosikal dari Ipoh ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), ia telah mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tanggung sewa rumah 6 bulan, sediakan pengangkutan untuk rawatan

Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi telah berjumpa dengan keluarga adik Mardhiah dan beliau telah berbesar hati menyampaikan pesanan Datuk Seri Ahmad Faizal untuk menanggung bayaran sewa rumah selama enam bulan selain menyediakan kemudahan pengangkutan bagi merawat kanak-kanak itu di HKL.

Kisah Adik Mardhiah Naik Motor Dari Ipoh Untuk Ke HKL Dapat Perhatian MB Perak  

“Diharapkan dalam tempoh enam bulan ini, keluarga adik Nur Madhiah dapat mencari jalan untuk menjana pendapatan seperti memulakan perniagaan atau ibunya boleh mencari pendapatan sampingan dari rumah.

“Dalam masa sama, saya sendiri akan berbincang dengan rakan-rakan doktor perubatan untuk memudahkan Nur Madhiah mendapatkan rawatan.

IKLAN

“Mana-mana rawatan yang boleh dibuat di Ipoh kita akan buat di sini,” katanya.

Dr Nomee yang juga Pengerusi Foodbank Perak berkata pemberian bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban ditanggung oleh keluarga berkenaan yang menghadapi kesukaran kerana kesempitan wang.

Abang dan kakak dijaga ahli keluarga 

Sementara itu, ibu Nur Madhiah, Nur Natasya Rasid, 24, berkata, mereka sekeluarga baharu sahaja berpindah ke Ipoh selepas suaminya, Muhammad Iqmal Ramli, 24, merupakan pekerja kontrak mendapat pekerjaan baharu.

IKLAN

Katanya, Muhammad Iqmal diberhentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendapat tawaran bekerja di Simpang Pulai.

Kisah Adik Mardhiah Naik Motor Dari Ipoh Untuk Ke HKL Dapat Perhatian MB Perak  

Katanya lagi, sejak berusia tiga bulan, Nur Mardhiah disahkan mengalami 13q deletion syndrome dan menghidap barah mata sebelah kiri selain mempunyai beberapa penyakit kronik yang lain.

Selain itu, itu Nur Mardhiah juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Cerebral Palsy dan mengalami kelewatan pembangunan global (GDD) berikutan perkembangannya yang tidak normal seperti bayi lain.

IKLAN

Kisah Adik Mardhiah Naik Motor Dari Ipoh Untuk Ke HKL Dapat Perhatian MB Perak  

Nur Natasya berkata, selain Nur Madhiah, dia mempunyai dua lagi anak iaitu Nur Medina Shahadah, 5, yang kini tinggal bersama ibunya dan Abdu Raziq, 4, yang dipelihara ibu saudaranya sejak kecil.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh berhubung terus dengan Nur Natasya di talian 013-8752749 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Nur Natasya iaitu 1400341000028756.

Kredit: Suara Perak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI