Kisahnya sama seperti arwah Siti Sarah. Setiap hari suami setia menanti perkhabaran isteri. Walaupun takut menunggu panggilan hospital, tapi inilah hakikat yang harus dilalui oleh seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa yang masih harapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan Covid-19.

Sejak isteri ditidurkan dan melahirkan anak di usia kandungan 31 minggu, hingga hari ini tak putus mendoakannya supaya kuat dan kembali sedar.

Kisahnya Seperti Arwah Siti Sarah. Kini Harapkan Allah Bagi Peluang Ke-2 Buat Isteri!

“Berilah belas kasihanmu Ya Allah..

Terasa bagai diragut nyawaku, terasa gelap, sepi apabila mendapat perkhabaran dari doktor, oksigen dalam darah menurun berbanding semalam. Semalam 72%, hari ini 52%. Kadar jangkitan pada paru-paru 75% dan terdapat darah beku.

Sel darah putih masih tinggi dari normal. Masih perlukan alat bantuan pernafasan dan masih dalam keadaan ditidurkan.. Allahhuakbar. Ya Allah…Berikanlah belas kasihanmu pada hambamu ini… berikanlah kami peluang untuk bersama kembali  Ya Allah.

Sebagai suami tiada apa yang saya mampu harapkan selain doa yang tak putus buat isteri yang kini sedang bertarung nyawa di ICU. Jutaan terima kasih pada yang sudi mendoakan isteri dan anak saya. Tiada ucapan mahu pun ungkapan yang saya dapat luahkan selain terima kasih.

Kisahnya Seperti Arwah Siti Sarah. Kini Harapkan Allah Bagi Peluang Ke-2 Buat Isteri!

Ads

Masih menanti perkembangan anak

Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan dan masih perlukan alat bantuan pernafasan. Walaupun perubahan tak banyak saya masih mengharapkan kejaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak yang dilahirkan secara pembedahan cepat sihat.

Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya. Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.

Kisahnya Seperti Arwah Siti Sarah. Kini Harapkan Allah Bagi Peluang Ke-2 Buat Isteri!

Ads

Maafkanlah isteri saya jika dia ada mengguris hati sesiapa. Doa kalian masih saya  harapkan. Di harap kalian semua juga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dalam lindungannya.

Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah yang dikongsikan oleh Encik Zulkifli mengenai keadaan isteri yang disahkan Covid sehingga terpaksa melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

Namun hingga kini, keadaan isteri masih kritikal dan bayi lelaki yang dilahirkan turut mempunyai jangkitan di paru-paru. Nak tahu lanjut kisah Puan Faiqah boleh klik link di bawah:

[“Bangunlah Sayang..” Isteri Terpaksa Bersalin Awal Kerana Covid Sampai Hari Ini Belum Sedar]

Ads

Kredit: Mohd Zulkifli Mohdisa

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Kisahnya Seperti Arwah Siti Sarah. Kini Harapkan Allah Bagi Peluang Ke-2 Buat Isteri!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI