Nasi lemak dipagi hari tak terasa enaknya tanpa sambal yang sedap. Nak lain dari yang lain dan sedapnya lain macam, tambahkan bahan kisaran ini.
Resipi dengan ikan bilis kisar yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini anda kena cuba. Sedap!
Resipi sambal bilis nasi lemak.
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 labu
Bawang putih 5 ulas
Ikan bilis -ambil sedikit untuk dikisar
Belacan
Daun pandan
Asam keping
Cili kering kisar
Gula melaka
Sedikit sos cili, sos tomato
Kisar bawang besar dan bawang putih. Tambah kan secubit ikan bilis dan terus kisar bersama bawang tadi. Sedikit belcan.
Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Masukkan asam keping 2 keping yang kecil-kecil.
Masukkan bawang kisar tadi dan masak sehingga perang ataupun separuh masak.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan gula melaka(nise) 2 keping. Masukkan sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
Masukkan ikan bilis bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jika kurang manis boleh tambahkan gula.
Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!