Kita Jarang Gurau & Peluk Anak, Silap Sikit Marah. Sampai Masa Anak Memendam Rasa

Share

Bab mendidik anak, setiap ibu bapa tak sama. Tapi kita kena tahu batas-batasnya. Marah dan tegas dengan anak dibolehkan cuma jangan sampai ia melekat memori negatif dalam fikirannya sampailah besar.

Anak-anak ni kita mungkin nampak dia diam dan takut bila kena marah tapi sebenarnya ada satu perasaan yang dia simpan. Ini sebenarnya bahaya dan tak elok untuk anak membesar dengan baik.

Perkongsian dari Muhammad Hassan yang juga seorang bapa dan gemar berkongsi ilmu keibubapaan wajar difahami dan dijadikan peringatan ketika membesarkan anak-anak. Kadang kita sebagai ibu bapa tak terlepas dari kesilapan yang tak disengajakan.

Marah anak jangan ikut emosi

Saya kadang-kadang marah juga anak. Tapi belum terfikir lagi nak tampar atau nak pukul anak. Sedih bila tengok ada video rotan anak dengan kayu dengan tali. Ada yang sepak terajang anak sehingga pengsan.

Saya tak boleh nak banyakkan macam trauma anak itu. Kadang-kadang saya jadi macam nak pitam juga bila tengok kanak-kanak kena pukul sampai tahap dera.

ARTIKEL MENARIK [Henti Sapu Bedak Pada Muka Anak Lepas Mandi, Nampak Comot Tak Apa Asa Selamat!]

Banyaklah peluk dan cium anak

Kita ini jarang peluk anak, jarang pimpin tangan anak jalan sama-sama, jarang suapkan makanan ke mulut anak, jarang gurau, guling-guling suruh anak panjat belakang.

Nabi Muhammad S.A.W walaupun seorang Nabi tetap layan kanak-kanak dengan baik. Tetap layan cucu dengan lema- lembut. Panggil dengan panggilan wahai anak kesayanganku walaupun itu bukan anak Rasulullah.

Ada di antara kita hari ini anak buat salah terus pukul, panggil anak dengan panggilan yang buruk. Kita lebih banyak pukul, tengking berbanding tunjuk akhlak yang baik dan kasih sayang kepada anak.

Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak dan cucu. Peluk dan cium anak, suapkan makanan ketika berbuka nanti.

Anak mengamuk, memberontak, menangis kerana dia rindukan pelukan dan kasih sayang kita.

Sayang anak kerana Allah.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Sumber: Muhammad Hassan

Published by
Wan Amy