“Kita Lupa, Mereka Ada Perasaan.” Ibu Ini Kongsi Kadang-Kadang Kita Abai Emosi Anak Sulung

Share

Tanpa kita sedari, kadang-kadang bila ada anak ramai kita cenderung untuk mengabaikan perasaan anak sulung. Kita akan minta dia faham situasi (walaupun usianya masih kecil), kemudian kita suruh dia beralah dengan adik-adiknya yang lain.

Ada masanya emosinya diabaikan. Terpaksa mendahulukan orang lain dan perasaannya jarang diambil peduli. Begitulah kisahnya dengan ibu ini yang berkongsi cerita tentang anak sulungnya.

Pengakuan Lain: [“Buat Kita Lebih Menghargai.” Isteri Frontliner COVID-19 Cerita Hikmah Sebalik ‘Perpisahan’]

Assalamualaikum semua. Nama saya Siti. Saya berusia 33 tahun. Ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. yang sulung lelaki. Anak sulung saya usianya 7 tahun, anak yang baik dan mendengar kata. Selalunya bila saya minta dia tolong apa-apa, dia boleh diharap.

Kasihan saya dengan anak sulung saya ni. Dia ada dua orang adik yang masih kecil. 4 tahun dan setahun lebih. Saya dan suami assume dia sepatutnya lebih matang dan boleh beralah dengan adik-adik. Selalunya kalau apa yang adiknya nak, saya akan minta dia beri pada adik. Walaupun barang tu kepunyaan dia atau dia yang dapat dulu.

Kadang-kadang boleh nampak dia memberontak. Bila dia serahkan barang tu pada adik, dia tolak adiknya. Dah buat si adik menangis. Bila dah jadi macam tu, of course dia yang kena marah. Saya dan suami tahu, perbuatan kami tu salah. Rasa macam tak adil pada dia, tapi waktu tu kami rasa, ia pilihan terbaik.

Jarang anak sulung ni dapat apa yang dia mahu, sebab kami merasakan yang dia dah cukup besar. Kalau ayahnya belikan mainan untuk adik-adik, abang tak dapat. Bila ditanya, ayah beritahu yang dia dah besar. Kalau nak main, pinjam yang adik punya.

Di situlah silapnya kami sebagai parents. Bila tak dibelikan mainan untuk abang, kita suruh dia pinjam yang adik. Bila dia main yang adik, tapi tiba-tiba adik minta, kita suruh dia beralah dengan adik. Selalu macam tu kan? Kita tak sedar yang kita dah guriskan perasaan anak sulung.

Suatu hari, saya marahkan anak sulung saya. Asalnya dia tengah minum air, lepas tu adik rampas dari abang. Abang bagi pada adik dalam keadaan marah kemudian dia tanrum. Mengamuk-ngamuk. Sudahlah saya marah, kemudian ayah dia pula denda. Beri dia time out padahal kalau diteliti, sebenarnya salah pada si adik.

Waktu itulah dia ‘meletup’. Dia menangis sepuas hati dan luahkan segalanya. Dia beritahu apa yang dia tak puas hati selama ini. “Along sedih, asyik kena marah. Mama dengan Papa benci Along, tak sayang Along. Along sedih!!”. Mendengar luahan perasaan si abang, rasanya kami dah bersalah sebagai ibu dan ayah. Beratnya bebanan yang ditanggungnya selama dia kena beralah dengan adik-adik.

Pengakuan Lain: [“Bie Suami Yang Sempurna.” Isteri Luah Rasa Rindu, Suami ‘Pergi’ Selamanya Secara Mengejut]

Untuk Along, Mama Papa sorry okay? Mama janji takkan buat macam tu lagi. Untuk usia 7 tahun, salah Mama Papa asyik marah-marah Along. Suruh jaga adik, tapi Mama Papa tak jaga Along. Sorry ya sayang?

Pada saya, sebaiknya sebagai ibu ayah kita kena bersikap adil. Utamakan perasaan setiap anak kita. Anak sulung terutamanya, banyak perkara yang mereka terpaksa beralah dengan adik-adik. Kadang-kadang boleh buat dia sedih. Dia marah. Itu normal. Sebaiknya, kita ambil tahu perasaan mereka.

Jika anda mahu berkongsi sebarang cerita, boleh klik KONGSI CERITA

Published by
Emy H