Kanak-kanak ni ada banyak perangainya. Kadang-kadang tu dalam keadaan yang kita tak jangka ada pula perbuatan dia yang membuat kita tergamam. Tak tahu nak respon macam mana! Apa yang anak kecil buat ni ada masanya buat kita rasa marah tapi ada juga yang mencuit hati sampai tergelak jadinya.
Sama seperti video yang dikongsikan di akaun TikTok syakirah.ly ini ketika dia sedang merakam pemandangan di luar kapal terbang dan tiba-tiba ada suara budak yang bertanya sama ada mereka semua mahu pergi ke bulan.
“Woah, woah.. Kita nak pergi kat bulan ke?”.
Ternyata pertanyaan spontan itu membuatkan semua orang yang ada di dalam penerbangan itu tergelak.
Lucu betul adik ni, mungkin kerana terlalu teruja tambah lagi bila nampak awan di luar tingkap, terus rasa macam nak terbang naik ke bulan. Mana tahu, suatu hari nanti adik ni akan menjadi juruterbang mahupun angkasawan Malaysia yang berjaya seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar kan? Sama-sama kita doakan!
Adat hidup berumah tangga, sesekali berselisihan faham itu normal. Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan. Biarpun saling menyayangi, pasti akan bergaduh jua. Pergaduhan itu ada baiknya, supaya setiap pasangan saling mengenali dan menjadi lebih matang.
Sesekali bergaduh manja tiada salahnya agar kedua-dua saling meluahkan perasaan yang terpendam. Ia juga dapat menjadikan sesebuah perkahwinan itu lebih harmoni dan bahagia kerana suami tahu kemahuan isteri dan isteri pula sedar akan keinginan suami.
Pun begitu, janganlah selalu bergaduh. Pertengkaran yang berlanjutan atau semakin teruk kerana tiada kata sepakat untuk berbaik semula (ego masing-masing) menyebabkan rumah tangga tidak bahagia dan sentiasa ‘panas’.
Sesetengah pergaduhan melarat dan memberi kesna kepada hubungan suami isteri. Lebih dahsyat lagi, sehingga ia menggugat keharmonian sesebuah perkahwinan dan berlaku perkara yang tidak diingini (penceraian).
Setiap pasangan terutamanya yang mempunyai anak, berfikirlah secara matang. Fikirkan kesan jangka panjang dari perbuatan anda. Jangan sesekali membuatkan anak menjadi mangsa dan bertoleransilah sesama kalian berdua.
Jika rumah tangga anda tidak tenteram, asyik bergaduh sahaja bolehlah diamalkan petua ini. Tidak sukar dan boleh diamalkan oleh kedua-duanya. Hanya perlukan satu gelas air suam yang dicampurkan dengan secubit garam. Kemudian, dibacakan:
Al Fatihah 3x Al Ikhlas 3x Baca Surah Yusof ayat 1-6 Ya Latif 7x Selawat 7x
Minumlah setiap hari, moga-moga dapat membantu pasangan anda yang panas baran untuk lembut hatinya. Untuk pasangan yang sering bergaduh tanpa sebab pun boleh amalkan, semoga ia membantu mengembalikan romantis seperti awal perkahwinan dahulu.
Sebaiknya dibuat dua kali sehari pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Buatlah dengan yakin, mudah-mudahan Allah SWT membantu untuk melembutkan hati suami dan isteri yang sering bergaduh untuk lebih mesra dan saling mencintai.
Biasanya anak-anak kecil, tarikan utamanya adalah permainan. Pergi mana-mana sekalipun, nampak ada mainan, pasti rambang mata. Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan mengambil keputusan untuk membeli barang kemas menggunakan duit raya sendiri.
Jelas nampak kematangan anak kecil ini. Jika beli mainan, cepat rosak kan? Sekurang-kurangnya ia menjadi pelaburan masa depan dan jika terdesak bolehlah digunakan. Tidaklah membazir begitu saja.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Puan Diyana Razip menyatakan anaknya lebih memilih untuk membeli barangan kemas berbanding permainan.
@diyanarazip2Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅
Dalam video tersebut, kelihatan si anak sambil makan muruku, menghulur beberapa keping wang ringgit kepada pekerja kedai barangan kemas itu.
“Duit raya beli emas. Kecil-kecil dah pandai nak beli emas budak ni,” jelas ibunya di ruangan kapsyen.
Perkongsian video tersebut mendapat respon positif dan rata-rata memuji tindakan anak kecil itu kerana membuat pilihan bijak dan barangan kemas satu aset pelaburan yang tak rugi jika membelinya sekarang.
@Yatie Aieyya: kita pun sama…dari ank umur 1 tahun. 30% duit raya kita bagi dia orang merepek! 70% lagi kita beli emas untuk dia orang. Sekarang dah 13 tahun umur anak. lengkap semua.
@Ai.IntelligentReal: My daughter punya duit since lahir orang sedekah sekali duit raya memang sentiasa belikan emas.
@lia: Bagus dia pandai guna duit dia..terbaik lah dik dari beli mainan baik adik beli emas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya soal memilih nama anak yang bakal dilahirkan, ibu yang lebih teruja. Semasa awal kehamilan lagi, si ibu dah mula mencari nama-nama yang elok didengar dan mempunyai maksud yang baik untuk diberikan pada anaknya.
Sesetengah pasangan berbincang bersama untuk memilih nama anak, tapi ada juga yang menggunakan ‘kuasa veto’ ketika membuat keputusan tentang pemilihan nama bayi mereka. Seperti yang dikongsikan lelaki ini, apabila si isteri merajuk teruk kerana tidak setuju dengan nama bayi yang dia cadangkan.
Assalamualaikum semua. Harap korang sihat. Aku seorang lelaki, suami dan ayah kepada bayi lelaki yang comel. Aku nak berkongsi cerita bagaimana aku dan isteri tersayang memilih nama bayi kami. Oh, ya. Nama aku Razi. Isteri aku namanya Mimi.
Kami berkahwin hampir dua tahun sebelum Mimi disahkan hamil. Awal kehamilan, biasalah mabuk teruk. nak memasak pun tak boleh. Makan apa je muntah, kesian jugak aku tengokkan dia. Waktu tu, yang dia boleh makan cuma roti dengan susu coklat.
Bila kandungan dia dah masuk lima bulan macam tu, aku tengok dia dah makin fresh. Dah kuat sikit. Dah ligat mengemas rumah, boleh memasak semualah. Sampai aku pulak yang kena larang dia buat macam-macam. mana tidaknya, mood mengemas dia tu boleh jadi dua minggu sekali nak tukar susunan perabot dalam rumah. Aku yang letih melayan.
Mimi ni dari mengandung nak masuk dua bulan macam tu, aku tengok dia dah mula skrol di internet cari nama anak. Dua-dua gender dia cari seab time tu tak tahu lagi baby boy atau girl. Setiap hari dia beritahu nama baby yang dia suka. Yang lucunya, setiap hari berubah-ubah nama yang dia nak. Aku layankan aje.
Aku pula lebih relax, tak suka nak prepare awal-awal soal nama ni. Pada aku, asalkan wife dengan baby sihat dah cukup buat aku happy. Sebenarnya aku lagi suka nama yang simple. Paling banyak dua patah perkataan. Semudah nama aku. Bukan apa, kesian anak kalau nama panjang-panjang ni. Tapi lain cerita dengan Mimi ni, dia suka sangat gabungkan nama itu, nama ini.
Bila kami dah dapat tahu gender baby, makin dia excited cari nama anak. Waktu tu dia dah hamil dalam 7 bulan macam tu. Makin menjadi-jadi mood dia cari nama anak. Aku macambiasa, relax je. Malas nak bantah apa dia buat, nanti merajuk pula.
“Abang, sayang dapat dah nama baby. Sayang suka sangat gabungan nama tu, maksud dia pun elok. Boleh eh Abang?”, ini soalan wife aku satu hari tu. Jadi aku pun tanyakan pada dia, apa nama baby yang dia dah pilih. Korang bayangkan, ada empat patah perkataan! Ejaan berbelit-belit pula tu, aku yang ayahnya pun payah nak sebut. Belum cerita lagi, nenek dengan datuk kat kampung.
Aku pun tolak cara baik. Sumpah, cara baik! Tak ada marah-marah atau condemn terus. Aku try susun ayat supaya tak buat Mimi sentap. Salah percaturan, wife aku tetap terasa hati. Dia punya muncung, kalau aku buat sidai gebor pun muat! Hahahahha.. (memang pelik betul perangai perempuan ni, soal nama je pun)
Aku cakaplah, elok namakan anak tu dengan pangkal Muhammad. Lepas tu pilih satu nama dengan maksud yang baik. Cukuplah dua patah perkataan je. Mudah untuk semua orang. Memang Mimi tak nak lah, terus tarik muncung, kurung diri dalam bilik. Orang mengandung ni, sensitifnya lain macam. Aku faham tu.
Aku malas nak pujuk, sebab aku tahu dia tengah ‘angin’. Jadi aku bagi dia masa untuk cool down sendiri. Tahu-tahu aku terlelap. Lebih kurang pukul 5 petang tu aku terjaga. Bila aku cari-cari, tak jumpa si Mimi ni. Aku tengok dia tinggalkan note dalam bilik. Katanya nak balik rumah Ibu dia (rumah kami dekat je dengan rumah Ibu dia, lebih kurang 1 jam pemanduan).
Apa lagi, kelam-kabutlah aku! Terus aku mandi, solat dan bersiap-siap nak pergi rumah mertua aku. Apa pulak nanti kata mertua aku kalau isteri aku balik sendiri. Memang sentap betul ni, wife aku pasal nama anak! Dah settle semua, aku pun bawa jugalah beberapa helai baju terus ke rumah mertua aku.
Sampai je di sana, Mimi still tak nak bercakap dengan aku. Aku dah cuak, sebab tak tahu apa dia beritahu Ibu dan Abah dia alasan dia balik sendiri. Rupa-rupanya pandai wife aku jaga nama suami, dia kata aku ada kerja. Jadi datang asing-asing. Sebab aku datang straight dari tempat kerja. Dia datang pun tak drive sendiri, naik Grab. Jadi mertua aku percayalah yang aku dari tempat kerja.
Sampai ke malam tu, dia tak nak bercakap dengan aku. Pandang aku pun tak nak. Mertua aku perasan, jadi dorang bertanya. Isteri aku apa lagi, terus ‘hujan lebat’ mengadu. Hahahahha. Waktu ni aku terkulat-kulat, takut kena marah pun iya.
Selesai bercerita tu, mertua aku gelakkan Mimi. Dorang boleh sound anak dia, dah kenapa hal tu boleh sampai lari dari rumah. Aku nak ketawa, tapi tak berani. Tambah pulak aku nampak jelingan maut si Mimi. Jadi aku diamkan je.
Time tu, Ibu Abah minta izin untuk namakan cucu dorang. Mimi ni anak bongsu, jadi memang mertua aku dah berniat kalau boleh dorang nak namakan anak sulung kami. Aku pandang Mimi, nampak dia macam berfikir. Aku tak nak buat keputusan, aku diam je tunggu Mimi bukak mulut.
Alhamdulillah, dia okay. Lastnya, aku yang menang sebab mertua aku beri nama yang paling simple untuk anak kami. Sedap dan pengertiannya juga bagus. Aku tak ada masalah langsung dengan nama yang diberikan. Malahan aku bersyukur sebab mertua aku sudi nak namakan cucu dorang.
Saat melahirkan, kedua-duanya sihat. Mimi dan anak kami okay je. Mimi bersalin normal dan tak duduk lama di hospital. Anak kami pun tak kena demam kuning. Jadi, aku bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Semua itu kenangan manis, Muhammad Ali sekarang pun dah nak masuk setahun.
Pada semua pasangan suami isteri, pilihlah nama yang mudah dengan maksud yang baik untuk anak korang. Yang penting, cara didikan kita. Yang masih menanti untuk zuriat sendiri, aku doakan segala urusan kalian dipermudahkan. Aamiin..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...