“Kita Ni Isteri Tak Bekerja Kena Pandai Menyimpan” Isteri Black Nasihat Jika Suami Tak Mampu Jangan Sibuk Nak Mewah

Share

Isteri kepada penyanyi Black Hanifah, Naquai Yasirah Mohd menasihati golongan isteri terutama suri rumah sepertinya agar pandai berbelanja serta tidak boros dengan duit suami supaya dapat dimanfaatkan pada perkara yang betul.

“Kita sebagai bini yang tak bekerja ni, kena pandai menyimpan. Ikut kemampuan laki. Janganlah lelaki tak mampu hang sibuk nak mewah untuk menunjuk-nunjuk nampak mahal. Konon nampak class (kalau laki betul kaya takpe)

“Nak handbag mewah, baju mewah, kereta mewah dan emas penuh lutut. Yang nak menanggung, semua suami,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Aku sendiri tak suka benda-benda tu tapi kalau invest untuk beli tanah/property, aku setuju. Bukan senang tapi kena pandai. Isteri pegang duit suami, tak salah tapi bukan untuk kegunaan sendiri tapi masa hadapan.”

“Dari duit selit aku dari awal, terbinalah Rindu Villa. Masing-masing punya minat la kan tapi jangan menyusahkan orang. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

Rata-rata warga maya menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Naquia dan Black terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Sekadar informasi, Naquia dan Black telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyan.

Kredit: Cira Khairi

Published by
NuFa