Kita merasakan anak kecil kita yang berusia satu tahun ke bawah atau lebih satu tahun masih bayi dan tidak tahu apa-apa. Hakikatnya anak sekecil ini sudah punya emosi mereka sendiri. Mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu berikan lebih perhatian.

Bahaya jika kita tidak tahu menjaga anak-anak pada usia ini. Begitu kata Dr Taufiq Razif mengenai anak pada usia satu tahun ini. Menjaga emosi dan persekitaran anak-anak inilah yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa.

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai, Bahaya Jika Salah Didik, Awas!

Awas! Bahaya Tak Reti Jaga Anak Umur 1 Tahun & Ke Bawah Ni

1. Mengikut teori psikosial Erik Erikson, umur 0-1 tahun adalah Fasa Trust Versus Mistrust yang mana pada umur tu lah anak belajar untuk develope rasa percaya dia pada mak ayahnya sendiri.

IKLAN

2. Masa umur 1 tahun dan ke bawah ni la anak akan nilai mak ayahnya atau ‘caregiver’ nya. Masa umur tu lah juga anak kita akan develope rasa percaya pada dunia di sekelilingnya.

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai, Bahaya Jika Salah Didik, Awas!

3. Akibatnya sangat buruk kalau kita rosakkan trust anak kita pada umur 0-1 tahun tu. Contohnya anak kita akan develope rasa tak percaya pada mak ayahnya sendiri, akan memberontak, mudah cemas, kuat meragam dan suka buat masalah disiplin bila dah besar sikit nanti.

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai, Bahaya Jika Salah Didik, Awas!

4. Masa umur 1 tahun ke atas sepatutnya anak kita dah kena masuk fasa yang lain dah. Sebab tu la bab trust ni kena setel awal awal lagi sebelum anak masuk ke umur 1 tahun ke atas.

IKLAN

5. Itulah kenapa jangan la bohong anak walaupun nampak remeh & emosi tu kena la jaga bila di depan anak. Nak perang dengan pasangan pun perang dingin dah la bila di depan anak. Kalau nak perang nuklear, sila menyorok di bilik lain.

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai, Bahaya Jika Salah Didik, Awas!

IKLAN

6. Jagalah emosi kita di depan anak yang masih kecil ni kerana gangguan pada emosi mereka akan efek perkembangan mereka suatu hari nanti. Walaupun mereka nampak comel dan tak tahu apa apa tapi memori negatif tu tetap akan mereka simpan dan serap!

7. Tolong kongsikan info ni pada pasangan yang lain kerana mereka juga berhak untuk jadi ibubapa yang pada untuk anak anak mereka.

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai, Bahaya Jika Salah Didik, Awas!

8. Lebih penting lagi adalah kita ajarkan ilmu ni semua pada pasangan kita sendiri kerana nak didik anak dengan cara yang hebat perlukan kerjasama kedua belah pihak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI