Ibu mana yang betah melihat anak kesakitan. Seperti Feeya Iskandar bila anak sulungnya terkena jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HMFD).
Semalam Feeya atau mesra dengan nama Cik Piah naknya memuat naik gambarnya bersama dengan Adam Malique, 2 tahun yang kelihatan lesu, kurang ceria seperti selalunya kerana sedang mengalami HMFD.
MAKLUMAT UMUM HMFD
HMFD lazimnya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Ruam merah juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.
Berikut ialah kapsyen yang dikongsikan deejay Suria FM ini mengenai anaknya;
Sabar lah abang..Lepas ni kena peka kalau pergi tempat ramai orang..Nak guna mainan ke apa, kena bersihkan dengan wet tissue dulu.
Kita x tau virus apa yg ada dekat tempat-tempat ramai orang..kita sakit takpe, jangan anak sakit. Tak sanggup nak tengok. Be strong tau Malique Mummy Daddy?❤️
View this post on InstagramA post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on
Ibu-ibu lain turut memberikan tip dan panduan untuk Feeya menjaga Malique.
Sumber: feeyaiskandar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!
Tidak dinafikan masalah keliru puting sering terjadi kepada bayi yang menyusukan ibu. 5 tips daripada peer breastfeeding counselor boleh anda gunakan.
Keliru puting atau nipple confused adalah salah satu cabaran penyusuan yang terjadi kepada bayi kecil. Ia terjadi apabila bayi diperkenalkan dengan susu selain daripada susu ibu atau susu ibu yang diperah dan diberikan menerusi peralatan. Ini menyebabkan bayi enggan menerima payudara bagi penyusuan secara terus.
Perkongsian daripada Certified Breastfeeding Peer Counselor, Puan Nor Azura ini boleh membantu para ibu menghadapi situasi ini dan mengembalikan minat bayi untuk menyusu daripada payudara.
‘Baby saya NIPPLE CONFUSED,apa saya nak buat?’
Pertama,apa itu nipple confused?
Ia adalah situasi dimana bayi sudah diperkenalkan kaedah lain pemberian susu selain direct feeding,dan bayi mula menunjukkan tanda-tanda menolak df.Tapi bila beri botol(contohnya) bayi terima dengan baik.
Nipple Confused juga boleh terjadi jika bayi menggunakan tiub,syringe,sudu,cup selain botol.Bayi bawah 30 hari sangat mudah terjadi kerana itu tidak digalakkan pemberian botol ataupun puting tiruan sebelum usianya mencapai 30 hari.
Nipple confused menggunakan botol lebih kerap terjadi berbanding kaedah lain seperti cup,syringe mahupun tiub.Nipple Confused juga boleh terjadi pada berapa pun usia bayi,cuma bawah 30 hari tu sangat senang terjadi.
Saya sangat galakkan untuk ibu direct feeding bayi semula,terutama jika yang masih sangat baru.Usaha untuk df semula boleh diteruskan sampai bila pun,dalam usia setahun pun ada bayi yang tiba-tiba menyusu semula ya pada payudara ibu.
Ada beberapa cara boleh dibuat untuk tackle masalah ini.
#1 Skin to skin,sekerapnya..ada je peluang,buat..manfaat skin to skin ni ia boleh menenangkan bayi dan ibu,menaikkan paras hormon oksitosin iaitu hormon menyusu yang juga hormon kasih sayang,menstabilkan degupan jantung bayi disamping ia memberitahu bayi bahawa payudara ibu adalah habitatnya.
Caranya,seperti dalam gambar 2,ibu topless dan bayi hanya pakai pampers.
*Ayah juga boleh bantu lakukan ya.Suami,ambil peluang ini bantu isteri anda berpantang.
**Skin to skin sesuai dibuat berapa pun usia bayi waima bayi sudah usia setahun,dua tahun.
#2 ‘Oral stimulation’ buat sekerapnya.ini untuk meransang bayi menghisap disamping ia meransang otot mulut bayi untuk menghisap.pun sama,sehari buat banyak kali pun tak apa. cuci tangan bersih,kuku pendek lepas tu buat oral stimulation.
#3 Beri bayi susu di Early Cue..
bila baby menangis,ini dah fasa Late Cues bermaksud baby dah tersangat lapar dan marah sebab cues yang dia berikan semasa di Early dan Middle ibu tak perasan.
manfaatnya bayi lebih tenang ketika menyusu dan tidak penat akibat menangis untuk menyusu.Boleh rujuk gambar 3.
#4 Boleh beri bayi botol sedikit sampai dia tenang,kemudian cuba sua breast pada bayi.jika dia tak nak,tak perlu paksa..tenangkan dia dan cuba lagi.Pelbagaikan posisi juga membantu.
#5 Kemudian,bila bayi tak df ibu kena gantikan ransangan dengan pam.
Ibu perlu pam minima 8 kali sehari atau 12 kali sehari dengan jarak 2-3 jam sepanjang 24 jam.tidur pun kena bangun untuk pam ya.
Jika tidak,lama-kelamaan badan merasakan ibu tak perlukan susu dan mula mengurangkan penghasilan susu.Demand VS Supply.
#6 Last,cara yang tidak popular tapi sangat membantu. DAPATKAN BANTUAN PC/LC untuk membantu anda.Mereka akan bantu dan bimbing cara anda menyusukan bayi dengan lebih baik.Lebih cepat dapatkan bantuan,lebih mudah untuk diatasi.
Tapi perlu diingat PC/LC tiada magik ya,bukan sekali sesi terus anak boleh df.Kami cuma boleh beri jalan dan bimbing,selebihnya ia bergantung pada ibu dan bayi.
Good Luck Ibu
Sumber: Nor Azura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pembedahan 45 Minit Lancar.” Tasha Shilla Dapat Baby Girl, Pilih Nama Nyla Kaadira
Syukur alhamdulillah, dah dapat sepasang! Aktres Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar 10.37 pagi (5 September).
Memetik laporan Metro, menurut suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” kata Atiq.
Pilih nama Nyla Kaadira
Terdahulu, Tasha atau pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan.
Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha sebelum ini turut berkongsi keterujaan dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi pemilihan nama buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raees Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Kredit: Harian Metro
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Berjaya Menyusu Kena Jadi Ibu Berinformasi. 7 Mitos Ini Salah Dan Jangan Sesekali Ikuti
Susu ibu sememangnya sumber zat pemakanan terbaik buat bayi baru lahir. Lantas, semua ini digalakkan untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu. Namun, amalan penyusuan ini tidaklah semudah yang disangka.
Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh para ibu dalam menjayakan amalan ini. Salah satunya ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan sesetengah perkara. Ini terutamanya yang melibatkan mitos penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos yang sering kedengaran dan penjelasannya.
Susu kurang, jadi tak boleh nak susukan bayi
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan syndrome dan polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
Bayi perlu diberi air masak
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
Susu formula berkualiti tinggi sama seperti susu ibu
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik jika kualiti susu ibunya rendah
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
Ibu menyusu perlu minum banyak susu
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
Susu ibu sedikit kerana saiz payu dara kecil
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payu dara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
Memberikan susu ibu melalui botol adalah salah
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payu dara, meringakan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Namun, kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi, tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol susu. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
Bagi bayi yang menghadapi maslah bibir sumbing, dia tentu sahaja memerlukan susu menggunakan botol dengan puting khas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI