Ibu mana yang betah melihat anak kesakitan. Seperti Feeya Iskandar bila anak sulungnya terkena jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HMFD).
Semalam Feeya atau mesra dengan nama Cik Piah naknya memuat naik gambarnya bersama dengan Adam Malique, 2 tahun yang kelihatan lesu, kurang ceria seperti selalunya kerana sedang mengalami HMFD.
MAKLUMAT UMUM HMFD
HMFD lazimnya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Ruam merah juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.
Berikut ialah kapsyen yang dikongsikan deejay Suria FM ini mengenai anaknya;
Sabar lah abang..Lepas ni kena peka kalau pergi tempat ramai orang..Nak guna mainan ke apa, kena bersihkan dengan wet tissue dulu.
Kita x tau virus apa yg ada dekat tempat-tempat ramai orang..kita sakit takpe, jangan anak sakit. Tak sanggup nak tengok. Be strong tau Malique Mummy Daddy?❤️
Ibu-ibu lain turut memberikan tip dan panduan untuk Feeya menjaga Malique.
Sumber: feeyaiskandar