Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Ads
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Ads
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya. Apabila nafsu amarah bercampur dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Ibu Bapa Pandang Wajah Anak Bila Rasa Nak Marah
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Elak Marah Dengan Emosi
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
ENTAH-ENTAH YANG KITA MARAHKAN SANGAT DEKAT ANAK ITULAH TEGURAN TUHAN BUAT KITA. TUHAN NAK BAGI TAHU ITULAH KAMU. TENGOK DEKAT ANAK ITU.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan, khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak-kanak. Dalam situasi ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membuat persiapan awal dan mengambil langkah berjaga-jaga agar anak-anak tidak terjejas dengan kesan buruk jerebu. Artikel ini akan memberi panduan menyeluruh tentang apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh ibu ayah ketika berdepan musim jerebu.
Apa Itu Jerebu?
Jerebu berlaku apabila terdapat pengumpulan zarah halus dan gas tercemar di udara hingga menjejaskan kualiti persekitaran. Ia biasanya berpunca daripada pembakaran terbuka, pencemaran industri atau cuaca kering tanpa hujan. Zarah-zarah ini, khususnya PM2.5, sangat kecil dan boleh memasuki sistem pernafasan manusia memberi kesan lebih serius kepada anak-anak yang masih membesar.
Kenapa Jerebu Bahaya untuk Anak-Anak?
Sistem imunisasi dan pernafasan anak-anak masih belum matang sepenuhnya. Oleh itu, mereka lebih mudah mengalami simptom seperti:
Batuk dan selsema berpanjangan
Serangan asma
Mata pedih dan berair
Alahan kulit
Kelesuan
Anak-anak yang menghidap penyakit kronik seperti asma atau sinusitis juga berisiko mengalami komplikasi yang lebih serius. Justeru, pendedahan kepada jerebu tanpa perlindungan boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka.
Kepentingan Ibu Bapa Membuat Persediaan
Sebagai penjaga utama, ibu bapa perlu bersiap sedia sebelum jerebu melanda. Antara sebab kenapa persediaan awal penting,
Mengelak panik bila jerebu tiba secara mendadak.
Mengurangkan risiko penyakit melalui tindakan pencegahan.
Menjaga kesejahteraan emosi anak-anak yang mudah tertekan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah.
Mengelakkan aktiviti luar yang berbahaya tanpa disedari.
Dengan persediaan rapi, ibu bapa boleh memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat walaupun udara luar tercemar.
Kesan Buruk Jika Tiada Tindakan Diambil
Jika tiada langkah pencegahan, anak-anak mungkin akan mengalami kesan seperti,
Jangkitan saluran pernafasan (bronkitis, pneumonia)
Penurunan prestasi sekolah akibat kerap tidak hadir
Masalah tidur dan keletihan akibat kesukaran bernafas
Kesan jangka panjang pada paru-paru terutamanya jika jerebu berpanjangan
Tekanan emosi dan kebimbangan akibat gangguan rutin harian
Pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat. Jadi, ibu bapa perlu bertindak sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Tips dan Peranan Ibu Bapa Ketika Jerebu
Berikut beberapa langkah praktikal dan berkesan yang boleh diambil oleh ibu bapa,
Pantau Kualiti Udara
Gunakan aplikasi seperti MyIPU untuk semak Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Elak keluar rumah jika IPU melebihi 100 (tidak sihat).
Pastikan Rumah Bersih dan Bertutup Rapat
Tutup pintu dan tingkap rapat-rapat.
Guna penapis udara atau air purifier jika ada.
Sediakan Topeng Muka Sesuai
Gunakan topeng N95 untuk anak-anak jika perlu berada di luar.
Elak topeng kain biasa kerana ia tidak mampu menapis zarah halus.
Banyakkan Minum Air
Galakkan anak minum air kosong untuk bantu singkir toksin dari badan.
Elakkan minuman manis berlebihan kerana ia boleh menyumbang kepada dehidrasi.
Kurangkan Aktiviti Luar
Tukar aktiviti luar kepada permainan dalam rumah yang selamat.
Boleh gunakan mainan pendidikan, buku atau aktiviti seni.
Sediakan Ubat-Ubatan Asas
Pastikan ubat asma, alahan atau demam sentiasa tersedia di rumah.
Simpan nombor klinik atau hospital berdekatan.
Didik Anak Tentang Jerebu
Gunakan bahasa mudah untuk jelaskan kenapa mereka perlu duduk di rumah.
Ajarkan anak pakai topeng dengan betul dan pentingnya jaga kesihatan.
Jerebu mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi kesan buruknya boleh diminimumkan jika ibu bapa mengambil langkah yang bijak dan cepat. Dengan pengetahuan dan persediaan yang betul, anak-anak dapat dilindungi daripada bahaya jerebu dan membesar dalam keadaan sihat walaupun menghadapi cabaran alam sekitar. Jadilah ibu bapa yang peka, proaktif dan bertanggungjawab demi kesejahteraan generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada petang 22 Jun dan mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat tiga kondomium itu.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Panjat tab mandi, naik atas tembok
Menurut Beh, sebelum kejadian mangsa dan ibunya berada di ruang tamu sebelum mangsa berlari ke bilik air dan memanjat tab mandi lalu naik ke atas tembok dalam tandas itu.
“Mangsa dipercayai membuka tingkap tandas sebelum menyusup keluar dan terjatuh di perimeter laluan bomba di tingkat tiga,” katanya.
Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian itu.
Beh berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut berhubung kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa keluar oleh ibu mangsa pada kira-kira jam 7.30 malam sebelum menaiki kenderaan polis untuk proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.