Keibubapaan

“Kita Standby Tudung Sarung Je Lah”, Mira Filzah Kongsi Barang Keperluan Ke Hospital Nak Bersalin

Share

Selepas bergelar mama dan melalui fasa berpantang membuatkan pelakon cantik Mira Filzah banyak berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang hamil, melahirkan dan berpantang.

Baru-baru ini bekas pengacara Nona ini membuka ruangan soal jawab di Insta Story bersama para pengikutnya.

Dalam sesi tanya soalan, Mira telah berkongsi jawapan pada soalan-soalan yang terpilih. Antara yang ditanya oleh pengikutnya yang kebanyakan juga bakal ibu pertama kali adalah tentang barang keperluan yang perlu dibawa ketika ke hospital untuk bersalin.

Berkongsi pengalaman pertamanya, Mira memberitahu yang dia tidak membawa banyak barang keperluan diri ke hospital kerana kebanyakan telah pun disediakan oleh pihak hospital.

Tetapi barang penting yang diingatkan oleh Mira mesti dibawa oleh ibu bersalin iaitu tudung sarung.

Barang Mira bawa sikit je. Sebab yang lain semua pakai hospital punya. Kita standby tudung sarung je lah. Baby pun bawa baju nak balik je. Lain semua hospital punya. Senang.

Pakai Bengkung Apa?

Selain daripada itu, ibu kepada Wan Khair Amir ini turut ditanya tentang pengalaman memakai bengkung ketika berpantang.

Mira mengakui pada awalnya pihak Confinment Lady yang menjaganya memakaikan bengkung bertali tradisional tetapi disebabkan dia banyak minum air dan kerap ke tandas, jadi akhirnya dia tukar kepada bengkung moden sahaja.

Tetapi dia mengakui bengkung bertali tersebut sangat bagus untuk ibu berpantang.

Bagaimanapun Mira mengingatkan pengikutnya agar memilih bengkung mengikut kesesuaian masing-masing.

Selain bengkung, ada juga yang ingin tahu di mana Mira membeli barangan bayi seperti baju, bedung dan sebagainya.

Tidak lokek berkongsi info, pelakon popular dengan drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi lokasi baby store tempat dia membeli belah dan paling penting harga yang dijual sangat berpatutan.

Perasaan Selepas Jadi Ibu

Ditanya apa perasaannya ketika pertama kali memandang wajah anak, Mira mengakui perasaannya sukar hendak digambarkan tapi yang dia pasti ketika itu perasaannya bercampur baur antara terharu, gembira, teruja dan penuh kasih sayang.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan melahirkan anak sulung mereka pada 10 Mei lepas.

Sumber: IG @mfmirafilzah

Nak belajar banyak ilmu tentang kehamilan dan kelahiran bersama doktor-doktor pakar? Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

 

Published by
Hasnita Sawal