Ingatkah lagi bagaimana perasaannya apabila mendengar perkataan pertama dituturi oleh anak? Mungkin sesetengah bayi agak lewat pertuturannya tetapi keterujaan yang kita rasai tetap sama. Perkataan pertama terlalu dinanti-nantikan oleh setiap ibubapa. Ibubapa yang berkesempatan untuk merekod momen gemilang itu sudah pasti akan menghebahkan keterujaan di media sosial untuk dikongsikan bersama seluruh dunia.
JANGAN LUPA MOMEN ITU
Semakin anak menguasai bahasa dan pertuturan, semakin mudah kita menguruskan anak. Jika ‘tantrum’ kerap berlaku ketika usia awal kerana ketidakupayaan anak untuk meluahkan emosi dan ketidakupayaan anak untuk menyampaikan apa yang diingininya, berkembangnya bahasa dan pertuturan mengurangkan kadar meragam anak.
Ads
Jika sebelum ini kita perlu meneka-neka apakah yang diingini anak, keupayaan untuk bertutur membuka peluang komunikasi yang lebih bermakna di antara ibubapa dan anak.
Bagaimanapun keterujaan yang kita rasakan itu selalunya tidak lama.
Semakin usia anak meningkat, semakin anak pandai bertutur, semakin anak menguasai bahasa, semakin anak tahu meluahkan emosi dan semakin anak berupaya menyampaikan keperluannya, komunikasi di antara ibubapa dan anak mula menjadi semakin hambar.
Ads
Ibubapa mula diam kerana sibuk.
Ibubapa semakin diam kerana ‘technoference’.
Ibubapa diam kerana anak sudah terbukti normal boleh bertutur, kenapa perlu dirisaukan lagi?
Kenapa perlu meluangkan masa mendengar anak bertutur seperti ketika anak kecil dahulu?
Anak diam bukan kerana tidak boleh bertutur tetapi anak diam kerana tidak teruja untuk berbual.
Anak diam kerana dia sudah dibiasakan untuk ‘berbual’ dengan gajet.
Anak diam kerana tidak pasti adakah ibubapa sudi mendengar.
Anak diam kerana rakan lebih memahami perasaannya.
Anak diam kerana tidak diberi peluang untuk bersuara walaupun dia boleh bertutur.
Ads
Jika dahulu ‘tantrum’ anak kecil semakin mudah diurus apabila dia boleh bertutur meluahkan emosi dan keperluannya, kini ‘tantrum’ anak remaja sukar diurus kerana dia tidak meluahkan emosi dan keperluannya walaupun boleh bertutur.
Jangan lupa bagaimana kita ternanti-nantikan saat anak menutur perkataan pertamanya dahulu. Luangkan masa dan berbuallah.
“Bagaimana nak buat jika anak murid ramai yang tidak pandai pegang pensel lagi? Tangan pun lembik dan lemah sahaja (lower muscle tone). Kat sekolah kena banyak pegang pensel.”
“Kadang-kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis, tapi mata dia tak pandang kertas pun.”
Aktiviti paling mudah untuk anak lakukan bagi kuatkan otot tangan
Antara rungutan guru-guru pendidikan prasekolah dan pendidikan khas yang didengari.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’
Tidak boleh memegang pensel tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar, guru tidak boleh ‘expect’ mereka boleh belajar seperti dalam kelas yang guru mengajar di depan (you can imagine right?)
Perbanyakkan aktiviti melibatkan jari seperti membuka, memusing mainan dan sebagianya
Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa nak buat?
Kemahiran motor halus adalah aktiviti yang paling banyak dilakukan di sekolah!
Tips daripada seorang Occupational Therapist :
1️⃣ Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan.
2️⃣ Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan.
Motor performance skills in relation to school readiness activities.
“Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu. Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi? Ish, tapi takkan marah sikit pun tak boleh. Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya?”
Sebagai ibu bapa, biasanya kita menganggap apa yang kita lakukan adalah betul dan bertujuan untuk mengajar anak-anak. Tapi sebenarnya tentu ada masa kita terlepas pandang terhadap beberapa perkara yang mungkin memberi kesan kepada jiwa anak-anak, terutamanya dalam hal berbicara.
PAKAR PSIKOLOGI LARANG IBU BAPA GUNAKAN 7 AYAT INI PADA ANAK
Mari kita semak semula dan cuba fahami kenapa para psikologis melarang ibu bapa menggunakan ayat-ayat ini.
1. “JANGAN KACAU MAMA, PERGILAH MAIN DEKAT SANA.”
Sebagai ibu bapa, kita tak dapat lari daripada berasa letih. Tentulah ada masanya kita menginginkan sedikit ‘me time’ dan tidak mahu diganggu. Tetapi, seeloknya cari masa yang sesuai dan jangan asyik terus-menerus memberitahu si anak supaya menjauhi anda.
Menurut Suzette Haden Elgin, founder di Ozark Center for Language Studies, anak-anak akan mentafsirkan mesej tersebut dengan mempercayai bahawa anda tidak berminat untuk bercakap dengan mereka. Malah, sehingga mereka besar nanti lebih sukar untuk mereka meluahkan perasaan dan menganggap tiada gunanya mereka berkongsi apa-apa dengan anda.
Maka, jika anda benar-benar kesuntukan masa atau sedang stres untuk bermain dengan anak, beritahu mereka dengan baik dan set kan masa lain untuk ‘temujanji’ tersebut. Biasanya mereka boleh dilatih untuk menunggu. Tapi ingat, janji mesti ditepati ya!
2. “SIKIT-SIKIT MENANGIS. CENGENG BETUL KAMU NI.”
Setiap anak mulanya belajar berkomunikasi dengan menangis. Mereka memerlukan sedikit masa untuk bertutur menggunakan perkataan dan menjelaskan emosi dengan baik kerana kebolehan tersebut perlu dilatih.
Seeloknya, jika anak menangis peluklah dia dengan erat. Sambil itu, ajarkan anak untuk menjelaskan apa yang berlaku. Terangkan padanya bahawa melalui kata-kata, anak dapat memberitahu apa yang diingini dengan lebih jelas dan cepat berbanding menangis. Dengan cara ini, mereka juga belajar mengendalikan emosi dengan lebih terkawal.
3. “JANGANLAH TAKUT-TAKUT, KAMU KAN ANAK LELAKI.”
Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai perasaan – apatah lagi anak kecil yang masih belum tahu-menahu tentang dunia luar. Mereka masih kecil dan tentulah ada banyak perkara yang mereka tak tahu. Unfamiliarity ini tentunya menimbulkan rasa curiga, bimbang, dan takut dalam banyak hal. Jadi, kenapa perlu mereka menyembunyikan perasaan sendiri dan dipaksa menjadi ‘lelaki’?
Sebuah artikel dalam Psychology Today menerangkan bahawa perbuatan menghalang anak lelaki untuk menangis, memaksa mereka menjadi ‘macho’, kuat, dan sebagainya boleh memberi implikasi buruk kepada kesihatan mental si anak. Dikhuatiri dengan cara ini, mereka akan menjadi seorang yang lebih agresif, kurang sifat empati, dan menyalahgunakan kekuatan fizikal mereka.
4. “TENGOK ANAK AUNTY TU. BARU 4 TAHUN DAH PANDAI MEMBACA. KAMU DAH NAK MASUK SEKOLAH MASIH MERANGKAK-RANGKAK.”
Ibu bapa mana yang tak teringin tengok anaknya naik ke pentas, hebat di padang, menang anugerah, dan sebagainya. Kadangkala, secara tidak sedar, kita membanding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain yang lebih hebat. Walaupun tidak bertujuan membuat anak kecil hati, sebenarnya pada saat itu kita sudahpun menjatuhkan semangatnya.
Anak kita mungkin telah mencuba sedaya-upaya. Malah, segala usaha dilaburkan demi membuat kita bangga dan gembira. Apabila ayat sedemikian meluncur dari mulut orang yang paling disayangi dan dipercayai, tentulah mereka akan berasa sangat kecewa dan hilang keyakinan diri. Bahkan mereka mungkin akan takut mencuba lagi pada masa akan datang.
5. “MARI SINI BIAR MAMA BUATKAN.”
Niat kita memang murni kerana kita rasa tak selesa tengok anak terkial-kial melakukan sesuatu perkara. Tapi, pertolongan ini boleh bertukar menjadi sesuatu yang buruk jika ia menjadi rutin dan kerapkali ditawarkan terlalu awal sehingga tidak memberi peluang langsung kepada anak untuk cuba menyelesaikan sesuatu hal.
Myrna Shure, seorang profesor psikologi di Drexel University dan penulis buku Raising a Thinking Child berpendapat bahawa sikap ini akan mempengaruhi sifat independence iaitu kemandirian anak. Jadi, jangan ‘curi peluang’ anak untuk mengerahkan usahanya sendiri melainkan mereka benar-benar buntu dan terpaksa meminta pertolongan.
6. “KENAPA DEGIL SANGAT NI?”
Orang selalu cakap, ‘panggilan itu adalah doa’. Secara saintifiknya, penjelasannya mungkin boleh kita kaitkan dengan situasi yang dijelaskan oleh Maureen Smith menerusi Telegraph. “Apabila kita memanggil anak dengan gelaran ‘degil’ atau ‘nakal’, perkataan itu akan terakam oleh otak bawah sedarnya sehingga membuatnya percaya bahawa dia adalah anak yang benar-benar ‘degil’ atau ‘nakal’.”
Sepatutnya, apabila anak melakukan sesuatu yang salah, kita boleh katakan, “Mama tak suka cara kamu bermain dengan kasar.” Ayat sebegini lebih positif, tepat, dan tidak ‘melabel’ seseorang dengan gelaran tertentu.
7. “SIAPA BUAT KAMU MENANGIS? MARI SINI ABAH PUKUL DIA…”
Biasanya ini dilakukan kepada anak-anak kecil. Contohnya anak menangis kerana bergaduh dengan adik-beradikyang lain. Atau ada juga gelagat ibu bapa yang memukul tembok atau batu kerana membuat anak jatuh.
Menurut psikologi, sebaiknya cara ini tidak diteruskan kerana sikap seperti ini hanya akan membuat anak kita mudah menyalahkan pihak lain pada setiap kejadian.
Jika anak terjatuh, katakan padanya bahawa rasa sakit yang dirasakan adalah kerana geseran kakinya dengan tanah yang keras. Dia perlu berhati-hati semasa berjalan supaya tak jatuh. Atau, berjalan di atas rumput yang lembut supaya tidak sakit apabila jatuh. Dengan ini, anak belajar untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar tanpa perlu mencari salah sesiapa.
Kesimpulannya menjadi ibu bapa sememangnya meletihkan dan memerlukan kesabaran khusus. Penting untuk ibu bapa mengajarkan anak tentang emosi dan kejujuran sejak kecil melalui bahasa yang mudah difahami.
Jika dibiasakan begini, anak akan mampu mengenalpasti pelbagai perasaan yang menimpanya sehingga mereka mampu memilih tindakan yang sesuai dengan nilai-nilai positif yang anda praktikkan sendiri.
Musim cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari ni bukan alasan untuk mama relaks daripada ajar anak. Sambil bercuti pun masih boleh berikan anak kecil latihan. Tak payah rumit, gunakan apa yang ada disekeliling kita je. Kreatif.
Salah satu cara dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Aien Zul ni boleh mama ikuti. Guna straw dan cebisan-cebisan kertas untuk siapkan ‘Cacing’! Jom cuba.
Walaupun pegi jalan-jalan, rutin tetap rutin. Tak boleh tinggal walau sehari, ampun la mummy dah cakap mummy strict.
Sebab belajar tu penting, learn and play simultaneously, mummy bukan jenis yang nak anak umur 2 tahun dah pandai ABC, 123. Tak!
Anak ada tahap masing-masing untuk die catch up, tapi parents kena stimulate kepandaian anak. Sume budak normal ada IQ tinggi jangan risau insyaAllah.
Yang penting, mummy suka tengok anak yang fokus, terap camna nak anak fokus. Sebab bila anak fokus kita ajar benda tak sampai 5 minit dia boleh ingat dalam kepala sampai bila-bila.Kalau takda fokus, ajar la sejam dua jam pun benda tu takkan masuk.
Ni mummy share lagi satu cara nak latih anak fokus, kita buat cacinggggg.
Barang murah sangat, senang and boleh angkut je pi travel mana2 pun tau.
Kelebihan aktiviti ni;
1) Tingkatkan tahap fokus anak sebab nak masukkan felt paper yang kita lubangkan kat tengah ke dawai bulu tu. Lubang tu sengaja mummy buat kecik2 sikit. Boleh tengok video Aileen.
2) Stimulate hand-eye coordination anak jugak.
3) Sensory skill sebab felt paper tu die mcm rough sikit surface dia, pastu ley lekat-lekat jugak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.