Jadual tugasan sebagai yang padat setiap hari sebagai ibu bapa kadang-kadang membuatkan kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Normal jika kita nak yang terbaik untuk keluarga. Suami sibuk mencari rezeki, isteri juga begitu..sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga.
Kadang-kadang tidur malam pun berasingan kerana nak anak-anak kecil ini tidur selesa dan lena sampai kita mengalah dengan pasangan. Namun ianya bukanlah sesuatu yang sihat, jika kita terlalu menjarakkan diri kerana alasan sibuk dan tidak berusaha mencari masa untuk pasangan akhirnya cinta itu sendiri akan pudar.
Jangan lupa untuk sentiasa menjadi suami isteri pasangan bahagia seperti yang dikongsi oleh Dr. Taufiq Razif
Ni girlfriend saya
Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.
Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.
Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.
Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.
Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.
Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.
Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.
Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.
Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.
Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing masing ya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Dr. Taufiq Razif