Benarlah kata orang, apa yang kita ada hari ni sebenarnya rezeki anak-anak. Bukan saja senang dari segi kewangan tetapi kesihatan yang baik juga dianggap rezeki. Hargailah kehadiran cahaya mata yang dikurniakan kepada kita kerana setiap mereka membawa rezeki tersendiri.
Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan, Asyalliee berkongsi gambar dia dan keluarga ketika bercuti di Cameron Highlands. Asyalliee dan suaminya membawa anak-anak mereka bersiar-siar menaiki motorsikal.
Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman instagram ibu cantik ini, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga. Paling menyentuh perasaan follower yang melihat koleksi gambar tersebut adalah kapsyen yang ditulis Asyalliee;
“Kita tumpang rezeki anak-anak. Rezeki yang kita ada sekarang adalah rezeki dari mereka, merekalah pembawa rezeki kepada kita.
Ads
That’s why I nak anak-anak I always happy, and I nak sentiasa ada masa dengan mereka. Sebab I tahu masa ni takkan lama, masa berjalan dengan pantas. Jadi I nak cipta moment yang indah dan happy dengan mereka.
Terima kasih anak-anak sebab bagi mommy daddy tumpang rezeki hampa.”
Katanya, anak-anaklah pembawa rezeki. Oleh itu, dia mahu mereka semua sentiasa gembira. Asyalliee juga mengatakan yang dia ingin selalu ada masa untuk anak-anak untuk mencipta memori terindah.
Ads
Di pengakhiran tulisannya itu, Asyalliee turut melahirkan rasa terima kasih kepada tiga orang anak mereka yang membawa rezeki dalam kehidupan mereka.
Ads
Setiap kali kita membahagiakan anak-anak, percayalah Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Rezeki yang ada, usahlah lokek untuk dikongsikan dengan anak kerana sebenarnya kitalah yang ‘menumpang’ mereka.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Hebat anak ini! Dari seorang kanak-kanak biasa, kini rezeki yang dianugerahkannya cukup luar biasa sekali. Membesar dalam persekitaran yang positif dan dikelilingi oleh orang yang hebat sejak kecil buatkan anak ini layak mendapat pujian.
Seawal usia 9 tahun, adik Haikal Firdaus yang berasal dari negeri Johor mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa. Kita yang dewasa pun belum mampu tapi anak sekecil ini dah berjaya buktikan.
Kelebihan dia ialah 30 juz Al-Quran dalam kepala. Dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?
Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal ialah cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,
Aktiviti Harian Dia ialah :
Bangun pada 5.00 pagi, ambil wuduk dan solat, lepas solat dia baca Al-Quran satu juz hingga masuk waktu Subuh. Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 juz.
Jujurnya ada yang malu-malu untuk berniaga sedangkan hakikatnya ilmu berniaga ini sudah tertulis di dalam al Quran sebagai resipi dan tip untuk berjaya. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk berniaga, jangan malu sebaliknya sokong mereka.
Perkongsian Dr Norzila Zakaria ini menarik juga untuk kita jadikan semangat untuk anak-anak berdikari dan punya pendapatan sendiri kelak. Latih anak-anak kita untuk berdikari dan punya pengalaman dalam bidang ini.
Sila baca dengan fikiran terbuka. Saya adalah produk pelajar yang tidak diajar berniaga sejak dari bangku sekolah. Oleh sebab itulah bila saya cuba berniaga, saya gagal.
Kali pertama dapat pegang duit sendiri ketika saya masih belajar. Ambil upah mengait ‘chair back’, zaman tu saya baru berusia 12 tahun. Upah mengait sama mahal dengan harga segulung benang bulu. Sakit tangan mengait tapi upahnya tidak berbaloi.
Kemudian saya ambil upah menjahit baju. Saya mula menjahit baju sendiri pada usia 11 tahun siap buat tulang belut di leher. Anak-anak zaman sekarang dah tak kenal apa itu tulang belut. Boleh tahan juga halusnya jahitan saya. Sebab tu bila saya mahu menempah baju saya perlu cari yang jahitannya lebih baik dari saya untuk rasa berbaloi.
Saya mula belajar menjahit seawal usia 9-10 tahun. Masih teringat sukarnya memahami memotong pesak baju kurung dan menjahitnya terbalik kanan dan kiri. Entah berapa kali buka jahitan sehingga lah sudah boleh memberi tip bagaimana memudahkan jahitan pesak.
Saya mengambil upah menjahit baju kurung lepas habis sekolah menengah. Ketika itu saya tidak pandai meletak harga upah.
“Ikutlah nak beri berapa pun” jawab saya bila orang tanya harga upah.
Ada yang bagi RM 10, RM15. Saya berkata demikian sebab saya bukan tukang jahit terlatih. Belajar menjahit dari emak tukang jahit kampung.
Mindset ketika itu nak buat baju sebab mahu tolong orang sahaja. Jahit tulang belut pun ambil masa dua jam baru siap (ketika itu) . Tidak berbaloi dengan upah RM10 ( 30 tahun yang lalu).
Kemudian semasa belajar di UKM Jalan Raja Muda Kuala Lumpur, saya meniaga kain, beli di Chow Kit. Dapat duit biasiswa MARA saya belikan kain yang telah siap dipotong 4 ela di pasar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Jual kepada kawan-kawan emak dan emak sedara di kampung.
Zaman tu tidak banyak kedai kain seperti sekarang. Corak pun memang tidak jumpa di kedai kain biasa di Banting. Bila jual saya ambik untung sikit saja dalam RM 5-10, boleh hutang pula tu. Ada yang bayar dua kali. Mana nak pusing modal!
Kemudian saya berniaga tudung bawal pula (setelah berkahwin dan tinggal di Kelantan). Kedai Kak Yah Golok di Pasar Siti Khadijah tempat saya memborong tudung. Puluh ribu juga modal meniaga.
Masa ni sudah pandai kira margin keuntungan. Tapi sebab mahu tolong orang kampung masih lagi jual hutang. Ok juga lah keuntungan tu tapi yang tidak bayar pun ramai. Biasanya yang ambil banyak dan jual semula kepada kawan-kawan mereka.
Semuanya kerana tiada ilmu berniaga. Maka itulah hasilnya tiada mentor dan banyak membuang masa namun hasilnya sedikit atau rugi. Hanya untung pengalaman. Tapi kalau tiada mentor lambat lah mahu berjaya dalam perniagaan.
Anak-anak saya semasa bersekolah di Australia telah didedahkan untuk mencari dana untuk membeli sesuatu keperluan untuk aktiviti sekolah. Mereka ada mindset berniaga. Bila mereka keluar mereka pastinya ada idea mahu mencari pendapatan sampingan jika dilatih sebegini.
Boleh ke sekolah kita buat aktiviti begini? Ha pasti ada yang menjawab nanti orang kantin marah kalau pelajar menjual makanan. Nanti koperasi sekolah tak laku jual barang. Apa salahnya cutikan sehari aktiviti kantin. Beri peluang anak-anak bawa barang untuk dijual di sekolah.
Biar mereka belajar menjual dan tawar menawar. Belajar mengira kos dan keuntungan. Belajar mencari pasaran dan pelanggan. Belajar mencari pusingan modal dan pasaran tetap.
Inilah yang cuba saya beritahu Hafiz yang cuba-cuba berniaga “slime” dengan kawan-kawannya. Maka terpaksalah saya beritahu peraturan sekolah. Jangan berniaga dalam sekolah nanti jadi isu besar!
Hafiz perlu mencari pelanggan di luar sekolah dan saya akan bantu dengan idea untuk mencari pelanggan.
Saya kongsikan kesungguhan Hafiz untuk berniaga. Saya sokong 200%. Go go Hafiz!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah yang baru berakhir semalam pastinya dimanfaatkan sebaiknya untuk membawa anak bercuti. Pengacara, Dayah Bakar juga tidak terkecuali membawa anak melakukan aktiviti pantai.
Memilih untuk mendekatkan anak sulungnya, Achbar Muhamad Fahri dengan aktiviti pantai, Dayah Bakar gembira melihat anak kecilnya itu begitu teruja bermain laut.
Mula-mula takut kata Dayah, namun lama kelamaan, Fahri pula yang ingin mandi berenang sendirian. Anak berani!
“Happy bila dapat bawa Fahri pergi beach! Last mandi laut waktu Fahri baby, enjoy betul dia tadi.
“Mula mula takut juga, tapi bila dah masuk laut, dia pula yang excited nak swim sendiri. Ewah ewah,” kongsinya menerusi Instagram.
Menerusi video yang dimuat naik Dayah, Fahri kelihatan amat teruja dan begitu fokus bermain pasir di pantai sambil di bantu ibunya.
Wajah ceria dan teruja Fahri jelas kelihatan pada riak wajahnya ketika bermain di gigi air serta bermain bola bersama rakan-rakan sebayanya.
Malah kata Dayah lagi, antara aktiviti yang paling menyeronokkan bersama keluarga adalah ketika di pantai. Selain boleh dapat vitamin semulajadi, bagus untuk sensori dan perkembangan anak kecilnya itu.
“Bagi Dayah, antara activity yang best dengan family adalah enjoy time dekat pantai.
“Sangat refreshing, dapat vitamin SEA, and also it’s free !!! Nikmati Allah’s gifts of nature ✨ So, boleh plan beach holidays la lepasni,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, Dayah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Kapten Muhammad Hanif pada tahun 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia hampir dua tahun.