Ada orang yang memilih untuk tidak membelikan mainan buat anak kerana membazir, namun bagi doktor selebriti, Dr Say Shazril, sebolehnya mahu menyediakan apa jua untuk anaknya.
Baginya kehadiran dua cahaya matanya, Ace dan Sefriel adalah punca rezekinya dan isteri makin bertambah malah kini mampu hidup selesa berbanding kehadiran kedua-duanya.
Menerusi Instagramnya, Dr Say berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang kini makin selesa dan bahagia.
“Bila saya bawak anak-anak main indoor playground kadang-kadang pukul 8 malam, ada yang dm “doc, tak bazir ke duit masuk playground mahal-mahal untuk few hours je?”.
Jawapan saya simple, segala apa yang saya ada hari ini selain daripada izin Allah, adalah juga berkat daripada rezeki anak-anak saya.
Terus terang cerita kehidupan saya “just enough” back then sebelum saya dapat Ace. Kalau korang ikut kisah saya dari awal, balik belajar dari India tahun 2013 saya pakai kereta Viva akak saya je, duduk studio kecik 425sq ft dengan bini.
Bila saya quit gomen hujung 2017, part time doctoring (locum) yang saya buat campur gig-gig lain pun tak cukup untuk menampung kehidupan, yang saya kena draw dari ASB saya hampir tiap-tiap bulan.
Masa bini mengandung Ace suddenly rezeki mula bertambah. Dekat bini nak bersalin & lepas bini bersalin, rezeki mencurah-curah.
Saya berjaya beli kereta pertama saya, SUV Hyundai Tucson yang saya niatkan untuk keselesaan bini & anak in 2019.
Kami berjaya pindah ke rumah landed yang selesa sikit. Daripada draw ASB Alhamdullilah dapat isi balik ASB tapi saya utamakan penuhkan ASB Ace dahulu.
Saya & bini awal-awal dulu terduduk jugak on “how we can achieve all these?” then one day kami terjumpa satu video yang mengatakan “apa jua rezeki yang mungkin sebelum ini impossible untuk diperolehi & menjadi possible, kemungkinan besar disebabkan rezeki anak-anak”.
Jadi bila saya terjumpa artikel ni, tak fikir panjang untuk saya terus share sebab i have experienced it 1st hand. Make it two sebab sekarang dah ade Sef huhu.
Berbalik kepada topik, jangan sesekali kita berkira dengan anak kita. Saya pun takdelah beli apa jua yang anak saya mintak tapi at least saya ajar & belikan mereka 1 toy each time kami keluar.
Kalau ternampak beberapa toys tu, tanya maknya yang lembut hati huhu. Dan sekiranya kita tidak mampu macam penghujung artikel ni cakap, its okay “belum rezeki anak untuk dapat”.
Yang saya 100% setuju adalah “MAKIN KITA MEWAHKAN ANAK, MAKIN MEWAH REZEKI KITA”. Maka jadilah pemegang amanah yang bertanggungjawab sebab kita ni mostly menumpang rezeki anak-anak kita je. Setuju? Korang ada experience jugak rezeki bertambah murah lepas ada anak? Care to share?
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!