Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
ARTIKEL BERKAITAN [“Berjaya Atau Tak, Doakan Kami Kuat.” Isteri Achey Jalani Prosedur Masuk Embrio Matang]
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
Keputusan negatif
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)