Setiap ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan ada ujiannya yang tersendiri. Ada yang kurang susu, payudara terasa sakit dan banyak lagi. Semua itu adalah normal dan sangat penting untuk para ibu yang menyusukan anak ini mendapatkan ilmu laktasi yang betul. Jangan mudah dipengaruhi kata-kata orang lain, terutamanya yang ‘mematikan’ semangat kita untuk memperjuangkan susu ibu.
Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh para ibu dalam menjayakan amalan ini. Salah satunya ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan sesetengah perkara. Ini terutamanya yang melibatkan mitos penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos yang sering kedengaran dan penjelasannya.
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan Syndrome atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
2. Beri bayi minum air masak
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Ads
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
3. Susu formula sama kualiti dengan susu ibu
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
4. Berat anak naik sikit saja kalau susu ibu tak berkualiti
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
5. Ibu kena minum susu untuk banyakkan susu
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Ads
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
6. Payudara kecil susu sikit
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payu dara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
7. Salah kalau beri anak menyusu dari botol
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payudara, meringankan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemberian vaksin kepada semua rakyat disambut baik oleh rakyat negara ini walau pun pada permulaannya pelbagai perdebatan tidak kurang juga pelbagai persoalan yang membuatkan kita sedikit merasa gusar.
Namun hasil dari perkongsian dan pengalaman pakar dan doktor-doktor, vaksin semakin diterima baik malah viral gara-gara berebut vaksin di talian. Pun begitu, pelbagai persoalan yang pastinya menjadi keraguan semua ibu-ibu terutama mengenai pemberian vaksin ketika hamil dan waktu menyusu.
Salah satu perkara yang menjadikan wanita bimbang adakah vaksin mengganggu kitaran haid mereka malah adakah ketika haid dibolehkan untuk menerima suntikan vaksin ini.
Ada beberapa wanita yang mengadu berlakunya perubahan pada kitaran haid masing-masing selepas menerima vaksin Covid-19.
Saya difahamkan haid menjadi heavy dan panjang. Secara teori, vaksin Covid mungkin akan mempengaruhi kitaran haid atas tindakan ke atas sistem imun badan, tapi perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan.
Lebih banyak data diperlukan untuk menyokong kenyataan ini -sebagai salah satu kesan sampingan vaksin.
Walau bagaimanapun, kesan ini adalah kesan ringan, sepatutnya tidak menghalang wanita daripada menerima vaksin pada tarikh yang ditetapkan.
Perubahan kitaran haid selepas vaksinasi tidak menjejaskan kesuburan wanita. Vaksin Covid-19 itu sendiri juga tidak mengganggu kesuburan wanita.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Risaunya kalau anak kecil sudah rabun jauh. Rupanya dengan kerap dedahkan anak pada cahaya matahari di luar rumah ia boleh mengelak masalah rabun di usia kecil. Ini adalah tips yang dikongsi oleh Pakar Oftamologi yang pakar dalam perubatan dan masalah-masalah pembedahan mata.
Bagaimana mengelakkan rabun jauh di kalangan kanak-kanak?
Menurut Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi Medical Mythbusters Malaysia ada satu kajian yang telah dilakukan di Sydney, Australia menunjukkan kanak-kanak yang terdedah pada cahaya matahari selama dua jam sehari mendapat kurang risiko untuk mengalami (myophia) rabun jauh
“Zaman sekarang kanak-kanak pergi sekolah lebih awal iaitu seawal usia empat tahun atau lebih awal dari itu maka mereka lebih banyak menghabiskan masa berada di dalam rumah atau bangunan. Jadi bila mereka kurang terdedah pada cahaya matahari mereka tak dapat banyak khasiat yang ada pada cahaya matahari.”
Sekiranya seseorang terdedah pada cahaya matahari yang banyak ia akan dapat meningkatkan kandungan dopamine di dalam bola mata mereka.
Apa fungsi dopamine?
Fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada bola mata memanjang dan seterusnya menjadikan myophia (rabun jauh).
Jadi bagi kita yang ada faktor risiko anak-anak untuk mendapat mypohia seperti:
Ibu bapa yang ada masalah rabun jauh.
2. Ibu bapa dari sosio ekonomi tinggi.
3. Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di dalam bangunan seperti bersekolah di usia awal.
Oleh itu Dr Azlindarita menasihatkan ibu bapa supaya kerap membawa anak-anak bermain di luar rumah seperti membawa mereka di tepi pantai, taman permainan, kolam renang dan sebagainya.
Cara ini boleh memudahkan anak-anak mendapat khasiat daripada cahaya matahari yang boleh mengelakkan daripada kurangnya dopamine dalam bola mata dan seterusnya menyebabkan terjadinya pemanjangan bola mata dan masalah myophia.
Jadi, jangan malas untuk bawa anak-anak bermain di luar rumah. Aktiviti tersebut bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi dapat membantu mengelakkan daripada masalah rabun jauh apatah lagi anak-anak sekarang banyak melihat alat gajet.
Ketumbuhan tumor pada Ainul Mardiah makin hari makin membesar. Bapanya cuba mendapatkan rawatan alternatif.
Bayi yang yang menderita kanser Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah, 8 bulan menjadi tular di media sejak awal bulan. Pelbagai rawatan diusahakan untuk si kecil ini dan terkini ibu bapanya cuba berusaha untuk mendapatkan daripada pakar di luar negara.
Bapa Ainul, Ahmad Saifuddin sentiasa memberikan perkembangan terkini anaknya. Dalam perkembangan terkini, bapa ini turut cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk Ainul sementara menunggu respons pakar dari luar negara
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
Saifuddin juga tidak menolak rawatan yang boleh menyembuhkan anaknya itu. Kuasa penyembuhan di tangan Allah.
“Kuasa penyembuhan adalah milik Allah. Usaha selagi mampu, tiada siapa pun yang tahu apakah jenis, rupa, kaedah penawar yang Allah mahu berikan dan tunjukkan.
“Mana tahu tiba tiba Allah izinkan sembuh walaupun dengan cuma Air mineral yang ditiupkan Al Fatihah.
“Rahsia Allah, tiada siapa tahu. Kalau Allah tidak berkehendak, tiada satu tangan pun dapat mengubah. Ilmu manusia terbatas, ilmu Allah tiada tandingannya.”
Saifuddin juga tidak memohon doa daripada semua agar Allah membuka jalan mendapatkan penawar untuk anaknya itu.
“Sebab itu Ainul sangat sangat memerlukan doa yang ikhlas dari tuan/puan yang cakna supaya Allah bukakan jalan untuk kami mencari penawarnya.
“Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang prihatin terhadap anak yang hebat ini. Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat tuan/puan semua. Amin!“
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas. Buat keluarga yang merancang nak pergi bercuti tu boleh lah mengambil manfaat tol percuma ni!