Selain virus Covid yang masih belum reda lagi di negara ini, ibu bapa juga turut bimbang mengenai kesihatan kes penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), cacar air (Chickenpox) dan cacar monyet (Monkeypox).
Sehingga 30 Mei lalu, sebanyak 71,471 kes HFMD telah direkodkan di seluruh negara dan ia merupakan peningkatan 28 kali ganda berbanding tahun lalu.
Dalam pada itu, walaupun cacar monyet masih belum lagi dikesan di negara ini namun ia tetap mencetuskan kebimbangan.
Mungkin ada yang keliru mengenai ketiga-tiga penyakit tersebut kerana keadaannya kelihatan sama. Bagaimanapun, ia sememangnya sangat berbeza terutama melibatkan jenis ruam yang timbul di badan.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsikan perbezaan ketiga-tiga penyakit itu untuk pengetahuan orang ramai.
HFMD
Menurut KKM, penyakit HFMD berpunca dari Enterovirus dan cara penularannya adalah melalui cecair atau rembesan hidung, mulut dan tekak, najis dan juga kontak dengan ruam atau lepuh daripada mereka yang telah dijangkiti.
Bila dijangkiti HFMD, pesakit akan cenderung untuk mempunyai ruam atau lepuh pada tangan, mulut dan kawasan lampin serta mulut akan dipenuhi ulser.
Ads
Gejala lain yang akan dialami oleh pesakit adalah demam. Kebiasaannya, kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit ini.
Gambar Hiasan -HFMD
Cacar air
Manakala, cacar air pula berpunca daripada Virus Varicella Zoster. Cara penularannya pula hampir sama dengan HFMD iaitu melalui cecair atau rembesan hidung, mulut dan tekak dan juga kontak dengan ruam atau lepuh daripada mereka yang telah dijangkiti.
Bagi penyakit ini, ruam akan bermula dan timbul dengan jumlah yang banyak pada badan dan ia boleh bertukar menjadi lepuh (blister).
Selain ruam, pesakit juga akan mengalami gejala demam.
Individu yang berisiko menghidap penyakit ini adalah kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Ads
Berbeza dengan HFMD, cacar air boleh dibendung dengan penggunaan vaksin.
Gambar Hiasan – Cacar Air
Cacar monyet
Penyakit cacar monyet berlaku disebabkan oleh kewujudan Monkeypox Virus dan ia akan merebak melalui kontak langsung dengan cecair atau rembesan badan dan juga ruam atau lepuh pada manusia yang dijangkiti.
Jenis ruam yang akan timbul pada badan disebabkan oleh virus itu dipanggil sebagai ruam makulopapular dan lepuh.
Selain demam, pesakit akan mengalami pembengkakan kalanjer limfa, sakit badan dan tidak bertenaga.
Ads
Tidak cuma itu, penyakit ini bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak tetapi semua peringkat umur dan ia boleh dibendung dengan menggunakan vaksin.
Sementara itu, KKM berkata pengetahuan mengenai ketiga-tiga penyakit ini penting agar kita lebih berwaspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Gambar Hiasan – Monkeypox
“Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini,” kata KKM menerusi satu perkongsian di Facebook.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Berkat menyusukan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dah turun berat badan sebanyak 17.8 kg selepas 37 hari berpantang.
Walaubagaimanapun ibu Comel Pipi Merah ini masih menyasarkan banyak lagi berat badan yang perlu dikurangkan.
Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg..banyak lagi kena turun ni!!
Pertama kali bergelar ibu, Siti turut berkongsi naluri keibuannya turut tersentuh bila menangis ketika Aafiyah melalui proses mengambil darah.
Siti dan bayinya Aafiyah yang menjalani pemeriksaan ibu dan anak selepas sebulan bersalin sempat berkongsi beberapa gambar menunjukkan penampilannya yang kelihatan lebih langsing dan muda.
Ramai peminat terus memberikan kata-kata semangat supaya Siti teruskan usaha menyusukan bayinya apabila dia berkongsi penurunan berat badannya.
Ini antara fakta yang menyumbang kepada berat Siti turun cepat lepas bersalin
1. Menyusukan Aafiyah dengan kerap. Simpanan lemak ibu boleh ‘dibakar’ dengan menyusukan bayi!
2.Penyediaan makanan berpantang yang disediakan oleh Natalis Mother Care sangat berkhasiat dan dimasak dengan cara yang sihat iaitu gril, panggang dan kukus.
3.Amalan berpantang secara tradisional seperti berurut, bertungku turut membantu proses menurunkan berat badan ibu.
4. Siti mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga serta pekerja yang membantunya menguruskan si kecil. Dengan rehat yang cukup serta emosi yang stabil, ia turut menyumbang ibu mudah turun berat badan.
Semoga Siti terus konsisten menyusukan Aafiyah supaya misinya untuk menurunkan lagi berat badan dapat tercapai.
Kesihatan anak menjadi tanggungjawab ibu bapa. Penulis lirik tersohor, Fedtri Yahya berkongsi tentang anaknya, Arjuna yang telah melalui pembedahan bagi mencabut gigi.
Bapa yang penyayang, Fedtri menemani sendiri anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna, 5 tahun ketika pembedahan berlangsung. Sebelum ini, pengacara Malaysia Hari Ini ini pernah berkongsi keadaan Arjuna yang mengalami sakit gigi.
Fedtri menerusi Instastory berkongsi rawatan ini adalah saranan daripada doktor bagi mengelakkan jangkitan sekiranya gigi berkenaan dibiarkan.
“Arjuna akan operate untuk buang semua gigi yang dah tak ok. Sebab sebelum ini bengkak.
“Takut jangkitan akan datang, doktor sarankan buang mana yang rosak. Doakan..”
SEDAR TAK MENANGIS SAKIT CUMA MENANGIS KELAPARAN
Fedtri menerusi Instagram menyatakan kesyukuran pembedahan yang dijalankan berjalan lancar. Katanya Arjuna tidak menangis apabila tersedar dari bius cuma anak kecil ini menangis kerana kelaparan lantaran perlu berpuasa dari awal pagi sebelum pembedahan dijalankan.
Alhamdulillah selesai pembedahan..
Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je. Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi. Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM.
Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua…
TERIMA KASIH BUAT SEMUA
Bapa empat anak ini juga turut berterima kasih kepada semua petugas hospital atas perkhidmatan dan dedikasi mereka dalam perawatan Arjuna.
Terima kasih buat semua petugas Hospital ********** yang dedikasi dan budiman.
Para peminat rakan artis mendoakan kesihatan Arjuna semakin baik dan sembuh. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang dilalui berkaitan gigi anak.
4 TAHUN CABUT 13 BATANG GIGI
“Hebat..last year anak saya umur 4tahun pun cabut 13 batang,bengkak dh besar,masuk ubat pun tamau susut,jd terpksa operate juga…dia pny takot+melalak tuhan je tahu..juna hebat.” @mummyadriana
8 BATANG GIGI SEKALI GUS
“Sama dengan anak I juragan, masa umoq 5 tahun 8 batang gigi telah dicabut sekali arung. Terkejut tante, biar betik 8 batang sekali gus. Doc kata nak sakit banyak kali atau nak sakit sekali. Teruih setuju…huhu.” @abbyfana
CABUT 6 BATANG & BUAT CROWN “Sama mcm anak saya dulu. Cabut 6 batang gigi, pasang crown untuk 2 batang gigi. Kalau boleh makan tu dah ok dah tu. Budak2 ni kuat.” @farini_ai
3 TAHUN BEDAH SEBAB GIGI BURUK “Alhamdulillah..anak saya masa usia 3y kena cabut gigi cmni jg. 8btg sume ats. Tinggal geraham ats je 2 btg. Gigi bawah semua ok. Cuma doc tampal besi kat 2 geraham bawah. Sebelum operate ni anak saya bengkak pipi kanan sebabkan gigi yang buruk tu. Seterusnya merebak dalam gusi dan jadi bengkak pipi dia. Sedih sangat. 5 hari warded dan doc bagi antibiotic. Alhamdulillah setahun dah berlalu. Anak saya makin aktif makan pun berselera dan dia pun dah rajin berus gigi.” @madam_azieazra
Kita rasa ujian yang Allah bagi kita dah cukup berat. Tapi, kita tak sedar yang di luar sana, masih ada insan yang diuji lebih hebat dari kita. Semoga setiap yang diuji, Allah kurniakan kesabaran tinggi.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Naizah Ismail mengenai tangan anaknya yang melecur ini boleh jadi peringatan bersama. Kadang hanya beberapa saat kita terlepas pandang, sekelip mata boleh berlaku perkara tak diingini pada anak.
Beberapa bulan yang lepas, Ahmad Furqan terkena periuk panas (Dia tekup tangan kat lubang yang keluar wap masa nasi tengah mendidih). Melecur jari dan telapak tangan.
Sehingga isi dah masak. Time kena, dia tak terus angkat tangan dan menangis..Melekat je tangan kat situ, sampai la abi dia perasan dia pegang periuk.
Bila tarik tangan, telapak tangan dia dah putih..Time tu baru dia menangis..Mungkin baru terasa sakit..
Orang kata, bila kena air panas, periuk panas dan seangkatan dengannya tak boleh siram tempat yang kena tu dengan air paip. Macam-macam la petua orang bagi. Kami yang tak ada ilmu ni ikut je la.
Nak dijadikan cerita, masa kena kami letak kicap. Selepas letak kicap, letak pulak ubat gigi..Dah macam ‘men-experimentkan’tangan anak sendiri..Puncanya sebab kurang ilmu..
Cara yang sebetulnya, bila dah kena, siram dengan air paip. Untuk elakkan panas tu dari terus merebak. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Yang tak tahu, kena ambil tahu..Yang dah tahu, jangan kecam kami yang tak tahu.
Rata-rata yang persoalkan macam mana boleh kena. Ada yang kata kami tak pandai jaga anak. Macam-macam kecaman la yang telinga ni kena dengar. Apa boleh buat. Sabar je la. Mak mana yang nak tengok anak sakit. Lagi-lagi bila terpaksa ulang alik ke hospital.
Kadang-kadang rasa down..Tapi alhamdulillah ada suami yang positif..Setiap hari bagi rata-rata semangat..Time tu pkp..Allah je la yang tahu penatnya menunggu dalam wad..Suami nak jenguk pun tak boleh lama..Pesakit pulak aktif..Tak macam org lain. Asyik nak jalan je tak nak duduk kat katil..Ye la kan..Yang sakit tu tangan, bukan kaki..Malam je, pesakit susah nak tidur..Nak buat macam mana, selalu tidur bawah ketiak bapak..Tetiba kena tidur dengan mak.
Tapi alhamdulillah, skrg dah okay..Tangan dah baik..Hanya perlu follow pakar fisio je..Untuk jari yang dah bengkok sikit. Ye la,besi yang sepatut pakai 3 minggu hanya bertahan 2 minggu je.
Ujian ni tak seberapa..Masih ada kat luar sana yang ujian nya lebih hebat. Bersyukur sebab Allah beri ujian untuk hapuskan dosa2 kita masa kita masih kat dunia.
Alhamdulillah keadaan tangan dh semakin membaik..Cuma parut mgkin akan kekal mcm tu atau berubah warna..Wallahualam..sebab doc tak jamin warna akan sama sebab kulit yang ditampal tu dari tempat lain(bukan dari tangan)
Hanya perlu ingat,bila diuji,terima dengan redha..Suami isteri kena main peranan..Kalau salah seorang down, yg seorang lagi tak boleh ikut down..Jadilah penyumbang kata-kata semangat.
Untuk orang sekeliling, jangan terlalu mengecam. Sebab kita tak tahu, ujian apa yang Allah sediakan untuk kita.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.