Selepas kerajaan umumkan pemberian vaksin pneumokokal untuk bayi yang dilahirkan 1 Januari 2020 dan seterusnya, rata-rata ibu bapa menarik nafas lega dan berterima kasih dengan usaha kerajaan ini.

Setiap tahun 500,000 kanak-kanak dapat

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba memberitahu seramai 500,000 kanak-kanak bakal mendapat manfaat vaksin pneumokokal setiap tahun tanpa mengira di mana mereka berada, latar belakang dan tahap sosio-ekonomi mereka.

KKM Nasihatkan Sebelum Bawa Anak Suntik Vaksin Pneumokokal Buat Janji Temu Dulu

Dr Adham berkata pemberian suntikan vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula 1 Disember.

Vaksin pneumokokal adalah vaksin terbaharu dalam NIP dan ia diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae yang dikenali sebagai Pneumokokus.

KKM Nasihatkan Sebelum Bawa Anak Suntik Vaksin Pneumokokal Buat Janji Temu Dulu

IKLAN

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae adalah radang paru-paru, radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah.

Diberikan 3 dos 

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya.

IKLAN

KKM Nasihatkan Sebelum Bawa Anak Suntik Vaksin Pneumokokal Buat Janji Temu Dulu

Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik.

Pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

IKLAN

KKM Nasihatkan Sebelum Bawa Anak Suntik Vaksin Pneumokokal Buat Janji Temu Dulu

Buat janji temu

Justeru itu, ibu bapa dinasihatkan untuk membuat janji temu dengan klinik kesihatan KKM bagi megelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI