Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula jual air koktail buah. Minuman ini seolah-olah jadi trending. Dengan pelbagai campuran buah yang segar, nata d coco atau jelly serta aiskrim vanila, satu mangkuk tu memang tak cukup.
Dapat pula makan waktu panas-panas lagi lah sedap dan sesuai dijadikan pencuci mulut. Jika ahli keluarga ramai, eloklah buat sendiri di rumah. Lagi puas hati dapat makan banyak.
Bagi mama yang nak cuba buat sendiri koktail berkuah, boleh cuba resepi KU Nor Ashikin. Cara penyediaannya sangat mudah!
Assalamualaikum. Hari ini saya nak share resepi kuah koktail buah yang saya jual. Permintaan boleh kata hari-hari ada. Alhamdulillah. Kuah jenis creamy bukan jenis cair tau. Memang sedap berlemak.
Resepi kuah koktail buah cikkin:
(Dapat 15 bekas saiz c16)
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan air (sukat tin)
Setengah kotak full milk cream (500ml)
esen vanila
Garam sikit
Bahan-bahan:
-Masak semua ni dalam periuk. Jangan bagi didih sangat. Bagi panas-panas je.
-Bagi kuah sejuk dulu baru tuang dalam buah-buah.
-Buah-buah ikut suka hati. Jika nak berniaga buah mangga dan buah naga tu wajib ada.
Tolong doakan baik-baik untuk saya dan keluarga cukuplah. Saya izinkan share resepi ini. Terima kasih.
Kredit: KU Nor Ashikin
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI