Koktail Laici Buah Naga, Simple Tapi Terangkat, Serius Sedap!

Share

Waktu minum petang bersama anak-anak tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa menikmati sepinggan kuih kegemaran anak-anak bersama minuman pilihan. Raikan hari yang panjang bersama anak-anak dengan menyediakan minuman ala koktail yang sarat dengan buah-buahan terpilih ini.

Bukan koktail biasa tetapi resipi istimewa ini cukup sedap malah rasanya kaw-kaw, hasil gabungan buah-buahan terpilih. Resipi tuan punya, Zaky Mat Ali ini bukan biasa-biasa. Nak tahu macam mana rasa enaknya, jom kita cuba. Memang terbaik!


Saya rasa bersalah kalau tak share resepi ni dengan tuan puan kerana air ni teramat sedap!!

Bahan- bahan:
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin buah laici
1 biji buah naga
2 biji buah mangga
Cincau
Ais secukupnya

Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.

Tambah lagi dua cawan air.

Campurkan semua bahan dan kacau sebati.

Sedia diminum.

Resipi wajib cuba: Nasi Hujan Panas Simple, Senang Pakai Beras Biasa Je, Sambal Ayam Pun Power!

Published by
Siti Ramlah Mahmud