Kolam renang buat sendiri guna ‘poly round water tank,’ anak-anak mesti suka. Mandi di kolam renang memang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau boleh, setiap hari hendak ‘berendam.’
Orang lain ada kolam renang di rumah, anak-anak kita pun teringin. Hendak upah orang buat kolam renang, memang tak mampu. Kos bukan sikit-sikit.
Sebenarnya ada cara yang lebih murah untuk anda merealisasikan impian untuk memiliki kolam renang sendiri. Hasilnya pasti mengkagumkan!
Berikut DIY cara-cara membuat kolam renang. Semoga bermanfaat.
Anak-anak mesti suka! Sesuai juga dijadikan kolam ikan. Betul-betul kreatif!
Kredit: Nur Aqeesha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tumpah Makanan Kena Marah, Bersepah Kita Bebel. Akhirnya Anak Tidur Dengan Air Mata
Sebagai ibu bapa adakah kita perasan sebenarnya cara kita layan anak itu ada silapnya. Namun kita tak pernah pun fikir hal tersebut.
Jika berterusan anak akan terus memendam rasa dan ini semestinya akan memberi kesan negatif sepanjang perkembangan mereka.
Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ibu bapa kena faham betul-betul cara mendidik dan menghargai anak agar kesinambungan ikatan kasih sayang sentiasa mempunyai aura positif.
APA YANG KITA MAHU?
Apabila anak berbohong kita hukum, tetapi pada waktu lain apabila anak bercakap benar kita tidak hargai.
Apabila anak tumpahkan makanan kita marah, tetapi pada waktu lain apabila anak makan dengan tertib kita tidak memuji.
Apabila anak menjerit-jerit kita cubit, tetapi pada waktu lain apabila sopan tutur kata anak kita tidak sebut kebaikannya.
Apabila anak sepahkan mainan atau pakaian kita membebel tetapi pada waktu lain apabila anak cuba kemaskan sedaya upayanya tidak pula kita akui usahanya.
Apabila anak meraung inginkan sesuatu kita jegel marahkan anak tetapi pada waktu lain apabila anak tenang kita langsung tidak memberi belaian tanda gembira.
Apabila anak malas membantu kita merungut tetapi pada waktu lain apabila anak ringan tulang kita membisu kerana anggap itu tanggungjawab anak.
Ayah ibu sekalian…
Pekalah pada usaha anak untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit.
Pekalah pada usaha anak untuk berubah walaupun perlahan.
Sebut, puji, akui, dan hargai usaha kecil tersebut.
Nescaya anak akan terus berusaha untuk kekalkan kebaikan itu.
Kerana tidak ada ganjaran yang lebih besar bagi seorang anak selain dari penghargaan dan pengiktirafan daripada ibubapanya sendiri.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunggu Dalam Kereta Jaga Anak” Momen Anak Sulung Penuh Kenangan, Mua Bellaz Throwback Kisah Anak Satu!
Benar, anak sulunglah yang mengajar kita banyak perkara. Malah anak sulunglah yang menjadikan kita pandai serba serbi dalam menguruskan anak. MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz turut sama berkongsi momen indahnya ketika melahirkan anak pertamanya.
Menurut MUA Bellaz lagi, anak pertamanyalah yang banyak mengajarnya erti seorang ibu malah menjadikannya lebih matang dalam segala hal.
Menerusi Facebooknya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkongsi kisahnya di awal perkahwinan malah turut memuat naik gambarnya ketika anak seorang.
“Kenangan ni. Moments anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni la mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga.
“Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling kerjasama antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin and makeup class,” kongsinya memulakan cerita.
Kata Mua Bellaz yang kini merupakan seorang usahawan berjaya ini juga, di awal kemunculannya sebagai jurusolek dan dandan, dia juga sama seperti insan lain yang pernah melalui waktu sukar.
Suami ambil alih jaga anak
Malah ketika anak pertama itu jugalah dia semakin aktif dengan kerjayanya. Namun suamilah insan yang paling memberi semangat malah sanggup mengambil alih tugas menjaga anak dikala ibu cantik manis ini menjalankan tanggungjawabnya.
“Rezeki anak masa ni dapat job makeup mama p makeup pengantin, abah duduk dalam kereta jaga Eica la besaq-besaq ni laa dengan aircond tak dak. Kibas dengan kertas kat anak takut anak panas.
“Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup. Ada moments tu Bellaz ingat sampai sekarang, pagi masa tu lepas Mat Nuart hantaq Bellaz p makeup pengantin, Mat Nuatt lapaq p singgah kedai makan.
“Gaya nak makan Eica berak habis baju pak hang. Yala baby-baby lagi masa tu Eica. Lepas tu call pakat gelak hang aku kata anak berak habis baju pak hg. Allah anak ui kenangan betol la,” kongsinya.
Bahkan kata Mua Bellaz lagi, suamilah insan paling kuat menyokongnya dalam banyak perkara. Tidak hanya menghantar bahkan dia menjadi penguat untuk Mua Bellaz memasuki mana-mana pertandingan.
“Mat Nuart masa tu kerja runner, dia akan ambik cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari Jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia mekeup ni.
“Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat, menang kalah belakang kira Mat Nuar kata. Masuk try p.
“Sebab tu Bellaz selalu tulis kenangan harini tak kan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah moments hampa setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki amin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, MUA Bellaz selamat menimang cahaya mata keempatnya pada 29 Julai lalu. Melalui perkahwinannya bersama suami, Bellaz dikurniakan dengan dua orang anak lelaki dan dua orang cahaya mata perempuan.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketiga-Tiga Anak Bersalin Mudah Tanpa Koyakan. Doa Ini Yang Diamalkan Sejak Dari Anak Pertama
Semua bakal-bakal ibu atau yang akan bersalin anak kedua atau seterusya kalau boleh menginginkan proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.
Hingga ada bakal ibu yang bertanya “Eh, boleh ke bersalin secara normal tanpa jahitan? Macam tak percaya je. Bukan bersalin memang kena jahit ke?”
Sekali dengar memang susah nak percaya. Namun ada sesetengah ibu yang berjaya menjalani proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.
Nak tahu rahsia bersalin tanpa koyakan, perkongsian dari Puan Sharipah Eyie boleh diamalkan.
Puan Sharipah yang dah melalui tiga proses kelahiran tanpa sebarang jahitan berkongsi tiga tip mudah.
Saya terpanggil untuk berkongsi tip dengan semua ibu kerana pengalaman sendiri yang selamat melahirkan tiga zuriat tanpa koyakan. Alhamdulillah.
Tiada tip dari segi pemakanan kerana saya mengamalkan minyak kelapa dara semasa kandungan pertama sahaja serta pengambilan tidak konsisten. Saya juga tidak mengamalkan suplemen kecuali dari klinik kesihatan kerajaan (hb saya low). Cuma tip saya ialah
Aktif
Jangan terlalu manja kan diri dalam konteks jangan malas. Jika larat, buat sahaja. Saya juruterapi pergigian dan skop tugas ialah berpindah randah dari sekolah ke sekolah lain dengan peralatan pergigian, memunggah barang dan sebagainya yang bersesuaian.
Solat
Jangan tinggal. Solat juga sebagai exercise. Google kesan solat dari segi saintifik. Korang pun tahu kuasa allah. Allahuakbar.
Doa
Ini doa yang dihantar melalui whatsapp oleh sepupu saya apabila dia tahu saya hamil anak pertama. Saya tidak pernah hafal, cuma ada saya masa terluang saya capai phone dan baca. Selepas solat & sebelum tidur juga saya amalkan doa ini. Bila-bila free. Sepupu saya juga melahirkan dengan mudah, alhamdulillah. Thanks aishah.
Doa: Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia
sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aminn.
Sesungguhnya sakit bersalin itu hanya Allah yang tahu. Saya percaya ramai lagi wanita lain di luar sana dengan perkongsian yang menarik. Selamat mencuba.
Sumber: Sharipah Eyie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI