Buat mama yang ada anak-anak usia 8 bulan ke atas, dah boleh cuba perkenalkan pelbagai makanan seimbang. Ini penting untuk bagi anak rasa semua jenis makanan dan tak cerewet.

Sebenarnya banyak menu yang boleh dimasak untuk anak. Kali ini dikongsikan koleksi resepi ayam untuk bayi. Anak tetap boleh makan sedap dan bukan hanya menu sama. Bila dipelbagaikan dan anak rasa sedap, secara tak langsung selera makannya bertambah.

Malah ayam adalah sumber protein yang baik. Berikut antara resepi berasaskan ayam yang dikongsikan oleh Amira Amir untuk panduan mama.

To all momma out there, boleh cuba resepi dibawah untuk si manja. Baby Mira 11 bulan. Setakat ini Madiha suka tumis-tumis. Makan alhamdulillah okay.

Wajib try and error tau. Mira memang akan buat stok untuk chicken feet stock (cfs), mirepoix & tomato paste. InsyaAllah momma semua hebat ! Moga bermanfaat.

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Cara memasak:

  1. Tumis kunyit, bawang merah, putih, halia, serai dan cfs.
  2. Masukkan ayam dan tomato
  3. Kemudian santan & air
  4. Masukkan sawi/pakchoy

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Ads

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, putih, halia & 3 sekawan
  2. Masukkan ayam, CFS dan air
  3. Masukkan carrot dan tomato
  4. Akhir sekali bayam dan daun sup

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, putih & halia
  2. Masukkan serbuk kurma
  3. Selepas itu, masukkan ayam, carrot dan ubi kentang

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Ads

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih.
  2. Masukkan ayam, kemudian masukkan air
  3. Kemudian masukkan susu fresh milk, masukkan labu.
  4. Akhir sekali masukkan pakchoy

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, putih dan daun kari
  2. Masukkan ayam, cfs, susu fullcream
  3. Akhir sekali masukkan bayam

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

Ads

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, putih, halia, 4 sekawan dan daun kari
  2. Masukkan serbuk kari dan tomato paste
  3. Akhir sekali masukkan ayam. Siap!

Mudahkan! Lepas ni dah tak perlu nak fikir menu apa lagi nak masak.

Kredit: Amira Amir

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI