Koleksi Resipi Berpantang Berasaskan Ikan Yang Ringkas Tapi Sedap. Guna Kurang 5 Bahan!

Share

Nak siapkan menu berpantang menggunakan bahan utama iaitu mana-mana jenis ikan yang dibenarkan dimakan oleh ibu berpantang seperti yang ditampilkan dalam koleksi resipi ini, mudah sahaja.

Ikan memang bagus diamalkan oleh ibu berpantang kerana ia adalah sumber protein yang membantu proses pemulihan luka bersalin sama ada anda bersalin normal atau melalui pembedahan caesarean.

Apa yang pasti, orang yang menganggap dirinya tidak pandai masak pun, boleh lakukannya.

Para suami yang menjaga isteri dalam pantang, perlu simpan koleksi resipi ini ya.

Menu 2 bahan: Ikan bakar lada hitam

Bahan-bahan:
Ikan pilihan l dibakar
Lada hitam

Cara-cara:
1. Tumbuk kesemua bahan tadi. Jika mahu boleh ditambah dengan perahan limau
2. Gaul sehingga mesra dan boleh dihidangkan.

Menu 3 bahan: Ikan stim

Bahan-bahan:
Ikan pilihan
Halia secukupnya l dihiris
1 biji tomato l dibelah 4

Cara-cara:
1. Satukan halia, tomato dan ikan bersama garam secukupnya.
2. Stim ikan sehingga masak.

Menu 4 bahan: Sambal tok-tok lada hitam

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Goreng bawang merah, bawang putih hingga layu bersama lada hitam.
3. Tumbuk kesemua bahan dan hidangkan.

Menu 5 bahan: Ikan singgang

Bahan-bahan:
Ikan pilihan
Kunyit hidup l ditumbuk
Lengkuas l dihiris
Bawang putih l dihiris
Asam keping

Cara-cara:
1. Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air.
2. Didihkan.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan perasakan dengan garam.
4. Apabila ikan sudah masak, sedia untuk dihidangkan.

Published by
Intan Jastina