Keibubapaan

Konflik Rumah Tangga Anak Jadi Mangsa, Padu Nasihat Peguam Ni

Share

Bila hubungan suami isteri mula goyah, sering kali anak-anak yang terpaksa menanggung beban emosi yang berat. Konflik dalam rumah tangga bukan saja merosakkan ikatan antara pasangan, tapi turut memberi kesan mendalam pada jiwa anak-anak.

Sebagaimana perkongsian seorang peguam, Hasif Hasan menjelaskan bahawa keretakan rumah tangga memberi kesan kepada anak-anak.

Katanya lagi, apabila anak kehilangan kasih sayang mula mencari kebahagian di luar dengan kawan.

Beliau melahirkan kebimbangan apabila kebanyakan kes yang dikendalikan seperi jenayah seksual dan kecurian daripada keluarga yang bermasalah.

📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race

Banyak kes kes di mahkamah apabila melibatkan tertuduh, datang dari keluarga yang bermasalah atau broken family.

Anak dijaga oleh datuk nenek akibat dari penceraian. Anak anak diabaikan akibat ibu bapa membawa haluan masing masing.

Lebih parah apabila bapa yang sepatutnya menjadi menyumbang wang dan nafkah buat anak mengabaikan tanggungjawab berkenaan.

Anak yang kehilangan kasih sayang mula mencari kebahagian dan kasih sayang di luar dengan kawan kawan.

Banyak kes yang saya temui di mahkamah termasuk melibatkan anakguam saya yang diabai oleh ibu bapa mereka.

Begitu juga kes kes yang membabitkan jenayah seksual, mangsa iaitu anak gadis yang mengikut lelaki berhidung belang akibat merasakan diabaikan oleh ahli keluarga.

Ketika anak berkenaan dalam kesusahan, datang lelaki tersebut sebagai ‘penyelamat’ namun sebenarkan tanpa diketahui oleh si anak bukan penyelamat yang datang tetapi perosak yang datang.

Satu kes di mahkamah, seorang kanak kanak berusia dalam 13 tahun ditangkap ketika masuk mencuri di sebuah rumah milik seorang guru. Anak tersebut ditangkap ketika sedang tertidur nyenyak di dapur setelah menghabiskan makanan yang banyak di dalam peti.

Apabila bawa ke mahkamah, saya berkesempatan bertanyakan kisah beliau.

Seorang anak yang miskin, tinggal bersama datuk yang telah tua dan ibu bapa yang sudah bercerai.

Sewaktu ditangkap dalam keadaan mulut melekat dengan kek icing yang menurut kanak kanak sudah lama tidak makan kerana kekurang wang. Beberapa ketul ayam KFC telah beliau habiskan yang berada di atas meja.

Apabila ditanya kenapa mencuri, hanya kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

Apabila saya tanya, besar nanti nak jadi apa. Dijawab tidak tahu. Tidak tahu kerana tidak ada orang disekeliling kanak kanak untuk memotivasi dan membimbing kanak kanak ini.
Siapa yang patut mengambil tanggungjawab ini, tentu sekali ibu bapa.

Saya tidak mahu mengulas panjang dan menyalahkan sesiapa tetapi kisah kanak kanak ini sebagai contoh pengabaian menyebabkan anak ini membawa haluan yang tidak baik.

Adakah kerana broken family menyebabkan ianya berlaku? Tidak. Tentu sekali tidak kerana ramai di luar sana yang berjaya dan tidak mempunyai kes di mahkamah apabila setiap individu temasuk anak dan ibu bapa faham tanggungjawab mereka.

Tepuk dada tanya selera.

Sumber: FB Hasif Hasan

Published by
Nor Yusoff