Seronok melihat anak-anak membesar. Macam-macam pencapaian mereka yang mengagumkan kita. Rasanya setiap detik hendak kita rakamkan aksi mereka.
Apabila kanak-kanak membesar, keupayaan mereka untuk belajar juga berkembang. Perkembangan ini ditunjukkan dalam tahap-tahap kebijaksanaan yang berbeza Curious (1-2 tahun), Explore (2-4 tahun), Create (4-6 tahun), Learn (6 tahun).
Ads
Tentu dalam telefon bimbit ibu semua ada bermacam gaya dan aksi si kecil yang menunjukkan tahap-tahap kebijaksanaan mereka dapat dirakamkan. Selain untuk simpanan peribadi, apa kata anda kongsikan detik gembira tersebut dengan menyertai Peraduan Tahap-Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady. Anda berpeluang menang hadiah menarik dari Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA.
Ads
Peraduan ini boleh disertai dengan cara log masuk ke dalam sistem peraduan Dutch Lady seperti di link ini
Ads
http://pama.karangkraf.com/peraduan-dutch-lady
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya kalau dapat bawa anak-anak berjalan di pusat membeli-belah terkenal, dapatlah bonding time bersama mereka! Bila nak bawa anak, mesti mama papa akan fikir apa yang boleh dibuat supaya mereka tak bosan dan boleh bergembira. Apa kata mama papa bawa si manja ke Pavilion Bukit Jalil?
Sempena sambutan pertengahan tahun mereka, pusat membeli belah ini akan mengadakan Pavilion Bukit Jalil MyFiesta yang pastinya menjanjikan pelbagai keseronokan buat anda sekeluarga. Sejak ia dibuka pada 3 Disember 2021, terdapat lebih 200 kedai yang beroperasi di Pavilion Bukit Jalil. Setiap satunya menawarkan keterujaan untuk membeli-belah, menikmati hidangan lazat serta mewujudkan suasana indah untuk momen bersama keluarga.
Nak lebih menarik, Pavilion Bukit Jalil turut mengatur pelbagai acara yang menyeronokkan sepanjang bulan Jun ini! Bukan anak-anak saja yang teruja, mama papa pun mesti tak sabar!
Antara acara yang akan diadakan adalah:
Pink Fong Wonderstar Carnival
Lokasi: Pinkfong Wonderstar Carnival, Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil
Tarikh: 1-12 Jun 2022
Jumptopia Holiday Village
– Buat pertama kali di Malaysia, taman permainan inflatable terbesar dari Singapura dibawakan kepada anda di Pavilion Bukit Jalil yang meliputi kawasan seluas 28,000 ribu kaki persegi di sekitar ruang luar PIAZZA, tingkat 3. Dari anak-anak kecil sehingga si dewasa berhati muda, ayuh bermain di Jumptopia Holiday Village!
– Terdapat 8 istana, gelungsur, buaian, permaianan bola lantun serta rintangan pagar sesat dan banyak lagi!
Lokasi: Jumptopia Holiday Village, Piazza, Level 3, Pavilion Bukit Jalil
Tarikh: 28 Mei – 26 Jun 2022
Jurassic Dinosaur Adventure Park
– Kembali ke masa lampau dengan penggembaraan liar di Jurassic Adventure Park. Boleh tunggang dinosaur, naik kereta api dinosaur, bermain trampoline gunung berapi dan banyak lagi permainan di arked.
– Jom, bersaya keluarga tersayang luangkan masa bergembira di taman permainan bertema terbesar ini!
Lokasi: Jurassic Dinosaur Adventure Park, Level 5, Orang Zone (berdekatan Putien), Pavilion Bukit Jalil
Tarikh: 1 Jun – 31 Ogos 2022
Jadi, untuk mama papa yang mahu meluangkan masa bersama anak-anak dan sedang mencari idea nak ke mana, jangan fikir-fikir lagi okay? Jom, ke Pavilion Bukit Jalil MyFiesta pada bulan Jun nanti!
Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak sekian lama, jenama Pa&Ma kini semakin matang dan kukuh. Buat julung kali kalinya mengadakan pelancaran majalah baru iaitu Genius Pa&Ma sempena menyambut Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-14 tahun di KidZania, Mutiara Damansara, semalam.
Majlis pelancaran Genius Pa&Ma disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd,Syamil Fahim Mohd Fahim, Penerbit Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin dan Editor & Ketua Jenama Majalah PA&Ma & Genius Pa&Ma, Eizan Ariffin.
Menurut Eizan Ariffin, Genius Pa&Ma, membantu ibu bapa membuat persediaan sebelum anak-anak mereka melangkah ke alam prasekolah dan persekolahan yang sebenar. Pada masa yang sama berkongsi citarasa dengan ibu bapa tentang soal penampilan si anak.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, majalah Genius Pa&Ma yang dijual pada harga RM10 wajar menjadi rujukan pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika.
“Walaupun Genius Pa&Ma hanya diterbitkan sekali sahaja tahun ini, tapi kami percaya jenama ini mampu melangkah jauh kerana ia mampu mengisi ‘lopong’ keperluan ilmu ibu bapa yang mempunyai anak 3-6 tahun ini. Ia juga sesuai dijadikan sumber rujukanpengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. In Shaa Allah tahun depan, Genius Pa&Ma akan muncul lagi!,”ujarnya yang juga mengucapkan terima terima kasih ke atas sokongan para pengiklan dan pembaca Pa&Ma dan Genius Pa&Ma serta para penaja iaitu KidZania selaku penaja lokasi, Dugro dan Miszbeauty Candylicious.
Majlis diserikan dengan upacara memotong kek ulang tahun Pa&Ma ke-14, pertunjukan fesyen si cilik daripada koleksi Poney, cabutan bertuah dan magic Show oleh team Kidzania.
Sementara itu, turut diadakan majlis penghargaan kepada pembaca setia Pa&Ma dan para pengiklan yang sentiasa menyokong majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma. Seramai 15 keluarga pembaca setia Pa&Ma telah diundang untuk memeriahkan majlis pelancaran ini. Manakala tiga orang pembaca Pa&Ma telah dipilih untuk menerima anugerah sebagai Pembaca Setia Pa&Ma iaitu Raja Badariah Arwee, Abdul Razak Mohammad dan Nur Fadhilah Raja.
Manakala para pengiklan yang hadir antara ialah Llittle Caliphs International Sdn Bhd, Orient Europharma (M) Sdn Bhd, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Nestle Products Sdn Bhd, Cambert Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anakku Sdn Bhd, Mydreams Concept Sdn Bhd dan i-green Sdn Bhd dan Cryocord Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!