Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka. Selain simpanan kewangan untuk kecemasan, kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi melanjutkan pelajaran.
Menyokong usaha ibu bapa yang berhasrat untuk membuat simpanan, Pa&Ma bekerjasama dengan SSPN akan mengadakan E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada 10 April 2021 (Sabtu) ini.
Tujuan bengkel virtual ini diadakan adalah bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Panel yang terlibat dalam bengkel virtual ini adalah Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini. Beliau akan mengajar teknik simpanan paling mudah tanpa membebankan ibu bapa.
Bagi memeriahkan lagi E Workshop pada hari Sabtu ini, Pa&Ma telah menjemput pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid. Pasangan ini akan bercerita tentang membuat simpanan untuk anak-anak mereka.
Lebih menarik, terdapat segmen kuiz dan cabutan bertuah untuk para peserta yang terlibat dalam bengkel virtual ini. Banyak hadiah menarik yang menanti seperti baucar percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi.
Bagi anda yang terlepas peluang untuk mendaftar sebagai peserta, boleh ikuti sesi live E Workshop ini di Facebook Majalah Pa&Ma. Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada Pa&Ma.
Jangan lupa untuk mengikuti E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada hari Sabtu ini!
SSPN & Pa&Ma turut mengadakan peraduan #CABARANRM10 yang akan bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukabukubaru
#lovesspn
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus. Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN–i Plus anda boleh layari website di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Masa Satu Jam Pun Dah Boleh ‘Suprise’ Orang Tersayang, Khidmat Mewah Rose Jadi Rebutan
Memberikan kejutan buat tersayang antara momen yang terindah buat si penerima. Siapa je yang tak sukakan kejutan bukan? Namun bukan mudah untuk mengatur kejutan serta hadiah yang indah buat yang tersayang tanpa khidmat dari profesional dari surprise planner.
Kalau dahulu agak sukar untuk mencari surprise delivery namun dengan teknologi yang ada kini anda tak perlu lagi susah-susah mencari, dalam masa satu jam sahaja anda dapat memberikan kejutan istimewa kepada yang tersayang lebih-lebih lagi menggunakan khidmat daripada Mewah Rose. Seronok tengok Instagram mereka, macam-macam jenis jambangan bunga atau buah-buahan serta hamper yang boleh dijadikan pilihan.
Ketika ditanyakan kepada pemilik perniagaan Mewah Rose, Puan Farah Shya berkata perniagaan ini bermula secara rasmi pada tahun 2018. Dengan kelebihan menggubah yang dia ada ketika belajar di Stockholm, Sweeden, Puan Farah atau mesra disapa Fara mula membuat servis jambangan bunga tetapi secara asas sahaja. Apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2010, Fara mula berjinak-jinak dalam perniagaan gubahan bunga yang dibuat di rumah tetapi secara kecil-kecilan.
Walaupun tiada pengalaman dalam berniaga dan bukanya datang dari ahli keluarga yang berniaga, Fara mengakui mempunyai jiwa berniaga kerana dari kecil telah bekerja untuk membantu keluarga yang sederhana dan dari situlah Fara timbul semangat untuk berniaga mencari rezeki yang lebih lagi.
Tampilkan Gubahan Unik
Bukan mudah untuk kekal relevan dalam perniagaan ini kerana banyak saingan. Tidak menafikan kenyataan ini, Fara memberitahu yang dia seorang yang kreatif dan tekun untuk mencuba pelbagai jenis gubahan supaya tampak unik dan berbeza dengan orang lain. Fara turut melahirkan rasa syukur kerana melalui contoh yang dilihat dari katalog atau gambar sahaja pun, dia sudah dapat membuat gubahan yang sama.
“Kalau dahulu Fara perlukan satu jam untuk membuat gubahan. Berkat berlatih dan banyak membuat research, dengan kepakaran yang ada Farah hanya perlukan lebih kurang 2-3 minit untuk membuat satu gubahan bunga,” cerita Fara. Lebih sukakan gubahan bunga-bungaan segar, Fara turut menyediakan perkhidmatan gubahan bunga secara premium. Menurutnya lagi, gubahan bunga segar dapat mengasah lebih banyak skil yang sedia ada.
Sentiasa Dapat Pujian & Gubahan Dihargai
Bercerita tentang memori indah sepanjang mengusahakan perniagaannya, Fara menceritakan tentang servis dekorasi penuh untuk pasangan. Apabila setiap pasangan tersebut berpuas hati dan memuji hasil kerja seni yang dibuatnya, itu sudah cukup memberi kepuasan buat Fara dan pasukannya.
Servis Mewah Rose juga turut menjadi pilihan kebanyakan selebriti dan golongan influencer. Selain itu, perkhidmatan mereka turut mendapat sokongan kebanyakan pengasas produk di Malaysia.
Servis Pantas & Ikut Bajet Klien
Bercerita tentang kelebihan Mewah Rose berbanding servis suprise planner yang lain, mereka sangat komited dengan setiap tempahan yang dibuat. Bahkan mereka boleh menyiapkan tempahan dari klien dalam tempoh secepat satu jam selepas pembayaran dibuat. Memang hebat! Bagi memudahkan klien yang membuat tempahan, Mewah Rose sangat kompromi dengan setiap permintaan mengikut bajet mereka.
Untuk klien yang mungkin tiada idea, Mewah Rose akan membantu sedaya-upaya supaya setiap klien berpuas hati. Menurut Fara, bukan klien sahaja yang perlu digembirakan, tetapi juga pihak yang mendapat kejutan. Sebab itulah Mewah Rose akan membuat gubahan atau dekorasi mengikut kehendak pelanggan dan diberikan lagi dengan sentuhan kreatif dari team mereka.
“Sebagai contoh, sekarang ni sesetengah orang tiada masa untuk membuat sambutan hari istimewa. Sudah menjadi tanggungjawab Mewah Rose untuk membantu merancang kejutan buat insan kesayangan klien kami,” tambah Fara lagi.
Rancangan Masa Depan Mewah Rose
Misi Mewah Rose adalah untuk membuka dua lagi cawangan serta menambah peluang pekerjaan untuk dekorasi dan bakal membuka laman seswang sendiri untuk memudahkan urusan pembeli membuat tempahan menerusi atas talian.
Mewah Rose juga bakal menjelajah ke setiap negeri untuk mengadakan kelas floral mewah dan akan membimbing ramai usahawan party planner supaya bertauliah dalam mencipta bouquet dengan kemahiran gubahan yang betul.
Untuk mendapatkan khidmat dari Mewah Rose boleh terus ke instagram mewahrosehq.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
E Workshop Financial Parenting Pa&Ma x SSPN Sukses! Nak Akaun SSPN, Join Contest Ni
Buat julung kalinya Pa&Ma bersama SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop Financial Parenting baru-baru ini dengan melibatkan 50 peserta dari Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor yang telah membuat pendaftaran awal.
Penglibatan peserta untuk E Workshop Financial Parenting kali ini yang dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom sesuatu yang baru bagi pihak Pa&Ma dan peserta kerana sebelum ini, Pa&Ma banyak melakukan program turun padang untuk bersama dengan pengikut setia majalah keibubapaan nombor satu di Malaysia.
Memandangkan SOP PKPP yang tidak membenarkan perhimpunan membabitkan orang ramai, transformasi atas talian ini tidak menjadi masalah untuk menghubungkan pengikut Pa&Ma bagi mendapat ilmu dan informasi yang bermanfaat sepanjang proses membesarkan anak.
Dengan kerjasama yang baik dari pihak SSPN, E Workshop Financial Parenting telah menampilkan panel yang hebat untuk berkongsi info bermanfaat buat ibu bapa iaitu bersama Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr Azuraida Shahadan dan selebriti jemputan, Dato’ Fazley Yaakob.
Perkongsian ilmu dengan peserta E Workshop Financial Parenting telah berjalan selama dua jam dan interaksi dengan peserta juga cukup baik.
Sepanjang program ini berlangsung, Dr Azu telah membincangkan mengenai topik perancangan kewangan keluarga dan tip menyimpan duit untuk anak sejak kecil.
Sementara itu, Dato’ Fazley pula berkongsi pengalamannya mendidik anak mengenai tip menyimpan duit dan cara untuk mendapatkan wang sekiranya ingin sesuatu yang diimpikan. Cara yang dipraktikkan oleh beliau ini sangat berkesan dan anak-anak akan faham tentang nilai wang tersebut.
Prinsipnya jika anak mahukan sesuatu perlu letakkan dulu target dan mula menyimpan. Beliau dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz tidak sesekali memberi dengan mudah.
Sepanjang program ini berlangsung, sesi cabutan bertuah juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta.
Peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma – Do It Baru Berduit
Dato Fazley juga turut mengumumkan peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma – Do It Baru Berduit.
Macam mana peraduan Do It Baru Berduit tu?
1. Rakam video anak sedang melakukan tugasan di rumah serta reaksi mereka diberi upah setelah melakukan tugasan tersebut dan gelagat anak apabila disuruh menabung.
2. Post video tersebut di Instagram anda beserta hashtag #simpanchallengesspnpama #DoItBaruBerduit #LoveSSPN
3. Pastikan akaun dalam tetapan public
Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling kreatif dan menarik. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2020.
Paling menarik, anak-anak ini akan diberikan ganjaran dengan hadiah akaun SSPN iaitu
1. Hadiah Pertama -Akaun SSPN RM500
2. Hadiah Kedua – Akaun SSPN RM300
3. Hadiah Ketiga – Akaun SSPN RM200
10 hadiah saguhati Akaun SSPN RM100 seorang.
Wow sangat lumayan! Buat kerja rumah tolong papa mama pun boleh dapat reward hadiah duit. Senang je kan. Rugi tak buat tau.
Tarikh tutup penyertaan 15 Ogos 2020
Peraduan ni terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada peserta kelas E Workshop sahaja! Followers Pa&Ma dan PTPTN atau sesiapa sahaja pun boleh sertai peraduan ini. Senang sangat caranya, rugi kalau tak join. Mana tahu rezeki anak-anak anda boleh menang hadiah akaun SSPN. Lepas ini terus buat video anak-anak anda tu ya.
E-Workshop Financial Parenting
Nak ajar anak buat simpanan sejak kecil, tapi tak tahu caranya? Ikuti E-Workshop Financial Parenting Bersama Dr Azu sekarang! Menariknya, Dato' Fazley juga akan berkongsi cerita anaknya berniaga nasi lemak untuk mengumpul duit sendiri.
Posted by Pa&Ma on Friday, 24 July 2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jaminan Terbaik Ibu Bapa, Berikan Hadiah Ini Buat Anak Anda!
Setelah bergelar ibu bapa, sebahagian besar fokus dan keutamaan kita beralih kepada kesihatan, pendidikan dan tumbesaran anak-anak. Bagaimanapun, adakah itu bermakna penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kita sebagai ibu bapa tidak lagi penting?
Dalam hal ini, jangan sesekali ambil mudah kerana perjalanan anak-anak kita masih jauh dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian kedua ibu bapa. Jika hilang salah seorang atau kedua-duanya sekali, cuba fikir apa nasib anak-anak di kemudian hari.
Sekurang-kurangnya kita harus memainkan peranan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat serta membuat beberapa persediaan awal dalam keadaan dunia hari ini yang penuh cabaran.
Ingatlah, anak-anak adalah pemerhati nombor satu ibu bapa. Apa yang dia lihat, itu yang dia akan ikut bila menginjak usia dewasa nanti. Sama-samalah berusaha amalkan gaya hidup sihat kerana ianya boleh menjamin hidup yang lebih sejahtera dan mengurangkan risiko penyakit. Berikut antara tip untuk kekal sihat dan bahagia bersama keluarga:
Amalkan tabiat pemakanan seimbang
Pemakanan adalah perkara paling asas dan harus diberi keutamaan untuk memastikan kesihatan terjaga demi kelangsungan hidup yang baik. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang pastinya dapat membantu mengekalkan kesihatan badan dan menghindari pelbagai penyakit kronik.
Selain itu, makanan yang tinggi kandungan gula dan garam jika diambil dengan kerap sudah tentu akan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung atau berat badan berlebihan.
Jika sebelum ini kita ambil mudah mengenai pemakanan dan selalu makan makanan segera, bergoreng dan makanan diproses untuk menjimatkan masa, cuba kurangkan pengambilannya mulai sekarang. Ingat, ia bukan untuk kepentingan orang lain, tetapi diri kita sebagai ibu bapa.
Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala
Semakin meningkat usia seseorang, risiko untuk mendapat sebarang penyakit lebih tinggi. Tambahan pula jika mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit tertentu yang membuatkan anda lebih terdedah kepada penyakit berkenaan.
Sebagai langkah pencegahan awal, sebaiknya buatlah pemeriksaan kesihatan berkala dua kali setahun dan bukan hanya berjumpa doktor bila jatuh sakit. Ini dapat membantu anda mengesan tanda-tanda awal penyakit dan secara tak langsung boleh memberikan kesedaran.
Buat aktiviti riadah dan fizikal
Kesibukan bekerja antara halangan dan alasan ramai individu untuk tidak melakukan aktiviti riadah atau bersenam bersama ahli keluarga. Walaupun semua tahu kebaikan aktiviti ini tetapi ia tak diambil berat.
Sebenarnya jika nak melakukan aktiviti ini, di kawasan perumahan, taman atau tasik yang berdekatan rumah pun dah memadai. Sekadar berjalan atau berjoging dengan anak-anak dah boleh mengeluarkan peluh.
Tak perlulah sampai berjam-jam. Untuk tempoh 30 minit satu sesi, tiga kali seminggu sudah memadai jika anda benar-benar sibuk dengan tugasan pejabat. Asalkan aktiviti ini dilakukan secara konsisten, anak-anak pun seronok kerana ada bonding bersama mereka.
Elakkan stres, kongsi masalah bersama pasangan
Tak dinafikan masalah stres boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira usia atau jantina. Stres disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah di tempat kerja, keluarga, hubungan suami isteri, kewangan dan lain-lain.
Tekanan yang tidak diatasi secara baik dalam tempoh lama boleh memberi kesan kepada emosi dan mental dan secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan marah yang mudah dilepaskan pada pasangan atau anak-anak.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup, selalu berkongsi masalah dengan pasangan (elak memendam perasaan), luangkan masa berkualiti dengan keluarga, cuba meninggalkan tabiat hidup yang tidak sihat seperti merokok dan boleh belajar teknik pernafasan yang betul jika perasaan marah tak dapat dikawal.
Di samping tip-tip tersebut, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa untuk jaminan masa hadapan anak-anak. Memandangkan kita sekarang berdepan dengan musim pandemik Covid-19, ia juga wajar bagi ibu bapa untuk menitikberatkan soal perlindungan buat anak tersayang.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia bawah 5 tahun, inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan perlindungan insurans mahupun takaful untuk anak-anak melalui rangkaian produk yang komprehensif dan menyeluruh dari AIA Malaysia.
Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA buat Ibu Bapa dan Anak Tersayang!
Ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution – THS) AIA Malaysia memberi fokus kepada 3 tunggak utama iaitu Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well).
Secara keseluruhannya, THS menyediakan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan komprehensif selari dengan matlamat syarikat untuk membantu keluarga hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Ekosistem THS ini juga seiring dengan kempen terbaharu AIA Malaysia iaitu ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat‘ yang bertujuan untuk memastikan ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Antara pelan-pelan yang anda boleh dapatkan untuk cahaya mata yang bakal lahir atau si kecil yang sedang membesar adalah seperti berikut:
A-Life Ikhtiar Child Solution:
Produk inovatif yang melindungi anak sejak dari dalam kandungan sehingga membesar, A-Life Ikhtiar Child Solution adalah pelan takaful fleksibel yang bukan sahaja menyediakan perlindungan komprehensif serta peluang simpanan (all in one plan) tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider (faedah tambahan) patuh syariah yang dapat memberikan ibu bapa ketenangan dan jaminan keselamatan dalam perjalanan membesarkan anak-anak.
Antara faedah lain yang disediakan dibawah pelan ini ialah:
- Melindungi anak anda daripada penyakit kuning neonatal, 19 keadaan kongenital serta, masalah tumbesaran anak.
- Pelan pertama dalam pasaran yang membayar balik kos rawatan dan caj hospital sekiranya bayi anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dalam tempoh 30 hari pertama kelahiran.
- Hadir dengan ciri unik AIA iaitu Vitality Joy Wallet yang memberi ganjaran kepada anak anda apabila anda kekal sihat melalui program AIA Vitality. Dalam erti kata lain faedah ini menggalakkan anda mengutamakan kesihatan di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak anda.
Perlu difahami, tempoh kehamilan bagi seseorang ibu bukanlah semuanya sama. Ada yang dari awal mengalami komplikasi dan memerlukan pemantauan doktor berterusan. Sebab itulah, A-Life Ikhtiar Child Solution ini adalah pilihan tepat. Bukan sahaja melindungi anak tetapi juga melindungi si ibu jika menghadapi komplikasi kehamilan seawal 13 minggu sehingga kelahiran.
Bagi ibu bapa yang inginkan pelan perlindungan insurans konvensional, AIA juga menawarkan pelan A-Life Joy Xtra yang juga didatangkan dengan pilihan-pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta manfaat yang sama seperti A-Life Ikhtiar Child Solution.
Tawaran menarik dan istimewa untuk pelanggan AIA:
AIA Malaysia komited dalam menyokong ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat dan ceria. Dari peringkat kehamilan hingga ke kelahiran dan seterusnya, AIA akan sentiasa berada di setiap langkah perjalanan hidup dan kesihatan anda sekeluarga.
Pelbagai tawaran menarik tersedia buat para pelanggannya termasuk hak dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan penjagaan kesihatan AIA seperti:
- Penjimatan sehingga RM 1,200 untuk pakej bersalin / kelahiran.
- Potongan sehingga 15% untuk vaksinasi kanak-kanak seperti BCG, cacar air (chickenpox) dan pneumococcal.
- Potongan sehingga 35% untuk lawatan ke rumah selepas bersalin oleh jururawat / ahli fisioterapi.
Bukan itu sahaja! AIA Malaysia sediakan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada kanak-kanak dan ibu hamil.
Memahami kebimbangan ibu bapa ketika musim pandemik ini, AIA Malaysia tampil untuk membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 iaitu kanak-kanak serta ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma.
Kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil akan menerima Perlindungan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.
Perlindungan percuma ini yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif dibawah kempen “Anakku Sihat Negaraku Hebat” tersedia sehingga 31 Disember 2021 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar sebelum 31 Oktober 2021 melalui pautan ini.
Inisiatif lain yang dianjurkan oleh AIA dibawah kempen tersebut juga termasuk siri webinar dan kelas antenatal percuma yang terbuka untuk penyertaan orang ramai.
Kelas antenatal eksklusif dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur akan berlangsung setiap bulan sehingga Disember 2021, pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Untuk pendaftaran kelas antenatal percuma, layari pautan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan aktiviti yang disediakan di bawah kempen ini, layari www.aia.com.my/anakkuhebat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI