Kongsi gambar anak di media sosial itu perkara biasa bagi kita. Sekadar nak kongsi rasa gembira dengan setiap perkembangan anak, juga memori simpanan di hari mendatang.

Tak salah berkongsi tapi mak ayah kena tahu batasnya. Takut tanpa kita sedar anak jadi mangsa!

Perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad ni mak ayah kena baca!


Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan aktivis yang berperang dengan mereka yang sukakan kanak-kanak dan menggunakan gambar serta apa sahaja bahan untuk dijadikan sebagai tontonan dan imaginasi lucah. Ternganga dan ianya jadi perit sangat. Berdebar ya Allah.

Saya agak terkejut dengan apa yang diperkatakan kerana kesemua perkara itu adalah benda normal yang ibu bapa akan buat kepada anak-anak dengan memuat naik dengan perasaan kasih sayang dan cinta. Biasanya kita sebagai ibu bapa ini hanya sekadar nak berkongsi kegembiraan sahaja.

Namun, dalam lebih 2 billion pengguna Facebook dan Instagram hari ini, ada lebih dari 1% yang mempunyai masalah sukakan kanak-kanak dan boleh eksploitasi mereka.

Kongsi Je Tak Salah Tapi Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa, Pesanan Penting Buat Mak Ayah!

 

 

Gambar-gambar ini adalah dari anak-anak yang berusia 1 hari hingga 13 tahun. Malah ada yang gunakan lebih dari itu.

Ini merupakan langkah kita untuk berjaga-jaga. Elakkan dari mengambil gambar-gambar ini, dan sekiranya pernah termuat naik, delete:

IKLAN

1. Gambar keseluruhan badan walau berbaju.

2. Gambar tidak berbaju (tak kira lelaki atau perempuan).

3. Gambar mandi-manda di bilik air, tab, sungai atau kolam atau laut atau di mana-mana.

Kongsi Je Tak Salah Tapi Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa, Pesanan Penting Buat Mak Ayah!

4. Gambar anak-anak sedang bersiap.

5. Gambar baru bangun tidur.

6. Gambar sedang tidur.

IKLAN

7. Gambar dari belakang badan.

8. Gambar bahagian badan seperti punggung, perut dan dada.

9. Gambar sedang memakan pisang, aiskrim, lollipop serta yang seangkatan dengannya.

10. Gambar berpeluk dengan ibu atau ayah atau sesiapa sahaja.

11. Gambar yang tidak bersedia seperti dalam keadaan terkangkang, berdiri dengan 1 kaki di atas, mengangkat tangan serta bercekak pinggang.

12. Gambar sedang berbaring.

Kawan-kawan, dari pandangan manusia normal. Ia tak beri kesan apa-apa. Namun dari seorang yang sedang sakit, atau mempunyai masalah mental tentang berkehendakkan anak-anak, ia sangat merbahaya.

IKLAN

Ada lebih 4,000,000 gambar anak-anak tersebar setiap bulan di media sosial dan lebih 15% digunakan sebagai bahan imaginasi lucah kepada mereka yang berhati busuk ini.

Kongsi Je Tak Salah Tapi Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa, Pesanan Penting Buat Mak Ayah!Kongsi Je Tak Salah Tapi Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa, Pesanan Penting Buat Mak Ayah!

 

Sungguh, kita yang perlu jaga, kita yang perlu kawal.

2 jenis gambar yang sukar mereka lakukan apa-apa ialah:

1. Gambar wajah sahaja.
2. Gambar dari atas dada hingga kepala.

Beri pesanan ini kepada semua kawan-kawan, ahli keluarga dan teman rapat. Please, tak boleh endahkan, ia sebuah perjuangan besar-besaran dan kita perlu hentikan semua ini dari menyumbat mata dan jiwa mereka dengan gambar anak-anak kita sendiri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad
Hentikan sama-sama.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI