Kongsi Resipi Sahur, Mee Goreng Hailam Seafood Belemoih Air Tangan Eina Azman Buat Ramai Terliur!

Share

Sebut sahaja nama selebriti, Datin Paduka Eina Azman, pasti terbayangkan air tangannya yang memasak saban hari buat suami dan keluarga.

Sempena bulan puasa ini, Eina turut tampil dengan beberapa resipi di bulan puasa yang sememangnya buat air liur meleleh.

Menerusi Instagramnya, ibu kepada sepasang anak kembar ini tampil dengan menu-menu sedap bersahur setiap hari.

“Sahur Day 1… Mee Goreng Hailam Seafood,” tulisnya di kapsyen.

Resipi Mee Goreng Hailam Seafood yang dihasilkan langkah demi langkah oleh Eina itu cukup membuatkan ramai yang teringin apatah lagi basah-basah dan sedikit berkuah. Memang sedap!

Resipi campak-campak Eina dilihat cukup ringkas namun penuh cukup mengujakan.

Jom tonton resipi Mee Goreng Hailam Seafood super power ni.

 

Tidak hanya Mee Hailam Seafood, bahkan untuk bersahur di hari kedua, Eina turut berkongsi menu Bubur Berlauk Campak-Campak Ikan Bilis Tempe Pedas Gills khusus untuk pengikutnya di Instagram. Memang menyelerakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Eina yang begitu teruja setelah sekian lama tidak berkongsi resipi masakannya di Instagram.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM