Bila dah berumahtangga, banyak benda yang perlu dikongsi bersama temasuklah perkara-perkara penting seperti password bank, nombor akaun bank, simpanan, harta, bil-bil penting dan sebagainya.
Anda perlu bersedia untuk berkongsi semuanya bersama pasangan kerana kelak ia akan memudahkan pasangan untuk menguruskan apa yang patut ketika kecemasan seperti perkongsian daripada super daddy ini.
Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
1. Saling menghargai dan meluahkan.
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
2. Belajar skill masing-masing
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Ads
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
3. Kongsi semua data pasangan dan keluarga.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
Ads
4. Sediakan Takaful Hibah.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
5. Sediakan Wasiat.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu. Buatlah.
Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Ads
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna.
Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita agar dapat memastikan kita sentiasa punya wang untuk berbelanja untuk anak-anak dan keluarga.
Apa plan tabungan mak ayah untuk tahun hadapan? Tak perlu bersusah payah, tabungan simple dan ringkas tapi pasti menjadi ini memang satu cabaran yang memberi pulangan paling memuaskan hati.
Nak menyimpan macam mana? Trik mudah dengan enam konsep simpanan ini mak ayah perlu cuba. Menarik tapi agak mencabar.
Tabungan 1 RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
Tabungan 2 RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
Tabungan 3 RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
Tabungan 4 RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
Tabungan 5 RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM300.
Tabungan 6 RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM600.
Ringkas dan mudah tapi perlukan disiplin yang tinggi. Selain mak ayah, boleh juga meminta anak-anak melakukan konsep tabungan yang sama. Pasti bertambah seronok dan semangat anak menyimpan.
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerukunan rumah tangga bergantung kepada persefahaman antara suami isteri. Bahagianya pasangan kita terletak kepada kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain.
Cuma apabila melayari alam rumah tangga, perkahwinan yang dibina pasti akan ada pasang surutnya. Kadang masing-masing tak perasan kekurangan diri dan salah seorang akan makan hati.
Bagi pastikan keharmonian rumah tangga sentiasa bahagia, Imam Muda Hassan berikan beberapa tip untuk isteri supaya sentiasa dapat ‘tackle’ hati suami sepanjang masa.
Walaupun anak dah ramai, pegang pada 3 tip ini, pasti bahagia milik bersama.
Seorang wanita perlu tahu, kebanyakan lelaki yang setia akan melihat kepada 3 perkara ini untuk bakal isterinya:
1. KECANTIKAN wajah dan tubuh. Ini memang tak dapat dinafikan, memang seorang lelaki sukakan wanita yang cantik rupa wajahnya dan memiliki tubuh yang cantik pada pandangan matanya. Dalam hadith juga memang dianjurkan oleh Nabi SAW supaya melihat kepada ‘kecantikan’ sebagai kriteria memilih isteri.
2. KOMUNIKASI. Lelaki suka pergi ke restoran atau kedai makan yang ada pelayan wanita yang cantik dan pandai melayan customer. Kenapa? Sebab pelayan customer pandai melayan kehendaknya, suaranya lunak, dan lemah lembut. Dah memang kerja pelayan tersebut untuk bercakap sedemikian kerana dilatih dengan cara macam tu.
Ini bermaksud, seorang lelaki sangat mengambil kira soal komunikasi dengan wanita. Isteri perlu kawal intonasi suara ketika bercakap dengan suami. Suami memandang serius soal ini.
3. PERSEFAHAMAN. Ini adalah isu yang agak meruncing dalam masyarakat pada hari ini. Saya juga banyak mendapat soalan tentang “perceraian”, antara punca yang dapat dikenalpasti kebanyakannya adalah kerana tiada persefahaman. Kadang-kadang isteri buntu, tak tahu apa lagi yang suami nak, dah buat yang terbaik, tapi akhirnya retak menanti belah yang dapat. Ada satu kes yang saya pernah jumpa, isteri baru sedar kesilapannya di mana dia tidak tahu bahasa cinta suaminya. Selama ni dia selalu bagi hadiah kat suami, rupanya suami tak pandangkan sangat hadiah tu, tak hargai sangat pemberian isteri, sebab bahasa cinta suami adalah kualiti masa bukannya hadiah.
In shaa Allah, isteri jagalah 3 perkara di atas ni baik-baik. Apapun, suami kita adalah manusia biasa, dia tak sempurna dan banyak kelemahannya. Paling tidak kita sudah buat yang terbaik untuk suami. Selebihnya kita serah pada Tuhan, kerana Dia yang memegang hati manusia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.