Setiap tahun pasti akan ada tarikh yang cantik yang menjadi idaman semua orang untuk jadikan tarikh bersejarah dalam hidupnya seperti bertunang atau nikah. Salah satunya, 19/09/2019 iaitu tarikh semalam yang menjadi tarikan orang ramai.
Tidak terkecuali bagi penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar yang telah selamat dikurniakan zuriat lelaki sulungnya semalam pada jam 11.21 malam. Pengumuman tentang kelahiran anaknya telah dimuatnaik di laman Instagram Alif dan isterinya.
Namun yang lebih istimewanya, kelahiran anak lelaki pertama dalam keluarganya mempunyai tarikh lahir sama dengan Alif iaitu pada 19 September. Perkongsian oleh Shadila Halid, isteri kepada Alif Satar ini penuh dengan mesej yang membawa erti kepada pasangan tersebut.
Dalam perkongsian Shadila, dia tidak mempunyai peluang untuk menulis sebarang post tentang hari lahir suami kesayangannya itu tetapi dia telah memberikan hadiah yang paling bermakna, iaitu seorang anak lelaki.
Isteri mana yang tidak terharu dan sebak bila melihat suasana anak yang dikandung selama 9 bulan diazankan oleh suami yang tersayang. Begitu juga bagi Shadila yang terharu melihat airmata seorang yang bergelar suami gugur ketika azan di telinga anaknya. Di tambah pula dengan ayat azimat yang dikeluarkan oleh pakar ginekologinya selepas selamat bersalin, ‘Allah Maha Besar, syukur dengan nikmatnya’.
Ads
Sempena hari lahir suami tersayang, Shadila juga sempat mencoretkan sebuah ucapan istimewa di perkongsiannya,
Muhammad Alif, saya harap awak tahu hati saya untuk awak.Saya sentiasa ada untuk awak dan akan melakukan apa sahaja untuk awak. Selamat hari lahir buat suami dan anak lelakiku. Semoga awak berdua boleh menjadi kawan baik dan semoga dia mewarisi semua sifat terbaik awak. Saya sayang awak berdua
I didn’t get the chance to write a birthday post for my dearest husband yesterday but I did give him a sweet birthday present.. a son. I was so humbled to see his tears while reciting the azan.. as my gynae said right after the baby was delivered: “Allah is Great.. syukur for all His blessings.” Muhammad Alif, I hope you know my heart is yours to keep. You will always have me and I would do anything for you. Happy birthday to both my husband and my son.. may both of you be the best of friends and may he inherit all your greatest qualities. I love you both ♥️?
Perkongsian oleh Shadila itu mendapat menjadi tumpuan pengikutnya serta rakan-rakan artis yang lain. Malah mereka turut sebak dengan perkongsian itu malah mengatakan kelahiran bayi lelaki ini hadiah yang sangat bermakna buat hari lahir Alif.
Ads
Sebelum ini, Alif dan Shadila telah mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun. Semoga cahaya mata yang ketiga ini memberi slebih kebahagiaan buat mereka, InsyaAllah.
Anak makin melasak kerap terhantuk dan terjatih sampai benjol. Jangan main-main dengan terhantuk kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan pada otak.
Menjadi kebiasaan apabila anak makin membesar dan meneroka. Segenap ruang nak dipanjat dan risiko terjatuh dan terhantuk boleh berlaku.
Terhantuk tidak boleh dipandang ringan. Mungkin ada yang beranggapan tak mengapa anak terhantuk, nanti dia akan belajar sendiri untuk berhati-hati. Hakikatnya terhantuk boleh menimbulkan pelbagai kepada kesihatannya, lebih buruk lagi pendarahan otak boleh berlaku.
Dr Ahmad Zubaidi Haji Ahmad mengulas dalam menjawab persoalan mengenai bahaya benjolan pada kepala anak kerana kerap terhantuk.
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA
Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.
Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.
JIKA LUKA BESAR
Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik selepas membalut luka tersebut. Jika tidak dibalut , pendarahan yang banyak berlaku sebelum anak sempat ke hospital.
BAGAIMANA BENJOLAN TERBENTUK
Benjolan pada kepala hanyalah disebabkan oleh pendarahan yang berkumpul di bawah kulit. Jadi ada darah beku yang tidak berbahaya di antara kulit kepala dan tengkorak. Ia tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas 1-2 minggu.
Anak selalu mengadu rasa sakit di tempat benjolan tersebut. Boleh letakkan ais yang dibalut dengan tuala bagi mempercepatkan benjolan tersebut mengecil.
SIMPTOM BENJOLAN YANG BERBAHAYA
Jika benjolan ini terlalu besar, dan anak menunjukkan tanda-tanda tidak aktif, bawalah ke klinik atau hospital kerana itu mungkin menunjukkan tanda pendarahan dalam otak.
Kecederaan kepada tengkorak dan otak adalah lebih serius. Selalunya ia berlaku bila ada hentakan yang lebih kuat atau terjatuh dari tempat tinggi.
Kedua-dua kecederaan pada tengkorak dan kecederaan pada otak boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Ini kerana otak adalah organ yang lembut dan mudah berdarah.
TANDA-TANDA PENDARAHAN PADA OTAK AKIBAT HENTAKAN
Antara tandanya ialah:
1. Pengsan.
2. Tidak bermaya.
3. Hilang ingatan atau keliru.
4. Sawan.
5. Muntah.
6. Tidak boleh bercakap dengan betul.
7. Pendarahan darihidung dan telinga.
8. Penglihatan menjadi kabur.
SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL
Bawa terus anak ke hospital untuk pemeriksaan. Kecederaan tengkorak adan otak memerlukan pemeriksaan CT scan.
Namun mungkin doktor yang memeriksa tidak menahan anak di wad dan dibenarkan balik kerana tanda-tanda yang disebut tadi sangat kecil dan anak sudah kembali aktif.
PEMANTAUAN/ PEMERHATIAN SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM
Doktor akan menasihatkan agar ibubapa melakukan pemerhatian sekurang-kurangnya 24 jam. Jika ia berulang harus dibawa ke hospital segera.
Jika anak tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan otak’ keberangkalian anak mengalami pendarahan dalaman otak adalah tipis. Insya Allah mereka akan pulih sepenuhnya.
Ibu-ibu pasti pernah mendengar mengenai penyakit tangan kaki dan mulut HFMD, bukan? Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya.
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Sebelum kita mengetahui kaedah rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, mari fahami lebih lanjut mengenai penyakit ini. Hand-foot-and-mouth-disease atau HFMD, adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada anak kecil, dikenali sebagai virus coxsackie.
Simptom penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:
Demam
Sakit tekak
Berasa tidak sihat
Gelembung (blister) kemerahan yang menyakit pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
Ruam merah tidak gatal tetapi adakalanya melepuh pada tapak tangan dan kaki, serta punggung
Kerengsaan pada bayi dan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD turut boleh menyebabkan anak hilang selera makan
Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak.
Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.
Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?
Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus. Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:
Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
Air liur
Cecair daripada lepuh
Najis
Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin
Perkara biasa dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD cenderung terjadi pada kanak-kanak di pusat asuhan kerana kekerapan penukaran lampin dan latihan tandas, serta disebabkan anak kecil sering memasukkan jari ke dalam mulut.
Virus ini boleh berada dalam tubuh selama berminggu-minggu setelah tanda dan simptom hilang. Ini bermakna si kecil masih boleh menjangkiti individu lain. Sesetengah individu, khususnya dewasa boleh menyebarkan virus tanpa menunjukkan gejala penyakit ini.
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut & langkah pencegahan
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak akan membantu.
Perkara berikut dapat membantu membuatkan si kecil lebih selesa:
Untuk anak 6 bulan ke atas, berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Jangan berikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 bulan. Baca label untuk mengetahui dos tepat mengikut usia anak
Untuk anak kurang daripada 6 tahun, jangan berikan ubat selesema daripada farmasi (OTC) tanpa bertanyakan kepada doktor
Jangan berikan aspirin kerana ia boleh mengembangkan sindrom Reye yang boleh menyebabkan kematian
Jika anak berusia lebih 1 tahun, pastikan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikan mereka air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle. Elakkan jus buah tinggi asid seperti jus oren atau lemon karena ia boleh merengsakan luka dalam mulut
Bagi anak bawah usia setahun, teruskan penyusuan susu ibu atau susu formula
Tawarkan makanan mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat atau telur
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut jika anak sakit tekak:
Bagi anak setahun ke atas, berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan
Untuk anak 4 tahun ke atas, berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin
Anak 6 tahun ke atas pula sudah boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur
Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.
Cara mencegah penularan HFMD dengan:
Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata
Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah? Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah biasa sangat duduk bersama ibu dan menyusu, ada masanya agak sukar untuk kita ‘menjauhkan diri’ dari anak. Yalah, bila kita tak ada mulalah dia meragam mencari ibunya. Aduh! Dek kerana anak suka mengempeng, sukar untuk ibu melakukan kerja-kerja lain. Sudahnya, ibu pun terlelap sama. Jika anda mahu berhenti menyusukan bayi, cubalah cara ini.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Bayi suka mengempeng mengikut usianya. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payudara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini:
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM BERHENTI MENYUSUKAN
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu. Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...