Situasi semacam ini selalu berlaku pada kita. Konon nak simpan duit raya anak supaya jadi banyak dahulu dan kemudiannya baru nak menyimpan di bank, sudahnya duit raya anak hilang tanpa dikesan. Malah tak perasan letak di mana.
Paling dikesalkan, adakalanya kita terpaksa pakai duit raya anak untuk kegunaan kita. Konon nak pinjam sekejap, sudahnya lupa hendak pulangkan semula. Hal yang semacam inilah tidak patut berlaku pada kita.
Mengumpul duit raya anak agar menjadi lebih banyak dan menyimpannya sendiri adalah keputusan yang kurang bijak dan tidak patut diambil oleh ibu bapa. Selain bimbang terguna, ada waktunya kita sendiri terlupa di mana kita simpan wang tersebut. Hal semacam inilah yang patut kita elakkan.
Menurut Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, menyimpan duit raya anak perlulah dirancang dengan bijak dan cermat. Adalah lebih baik, ibu bapa melaburkan duit anak itu untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Simpan Cara Bijak!
Salah satu cara paling mudah untuk menyimpan dan dalam masa yang sama menggandakan tabungan anak kecil kita adalah dengan membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ibu bapa boleh membuka Akaun Bijak untuk anak-anak seawal usia bayi lagi.
ASB bukan sekadar simpanan biasa bahkan ianya merupakan suatu pelaburan yang memberikan pulangan agihan pendapatan tahunan. Duit simpanan anak -anak akan berkembang dengan kuasa kompaun jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.
Jika pelaburan dibuat di awal usia anak-anak, ibu bapa mempunyai masa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat kewangan misalnya untuk kegunaan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, modal untuk mencapai impian dalam bidang keusahawanan, deposit rumah pertama anak atau perkahwinan. Mulakan dengan jumlah yang kecil; setiap sen yang dilaburkan, lama kelamaan boleh berkembang.
Pelaburan yang dibuat dengan konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil tetap boleh memberikan manfaat di masa hadapan. Jadi tak rugi kalau ibu terus menyimpan duit raya anak dengan bijak setiap tahun secara konsisten.
Sebenarnya hendak menyimpan wang anak kini tidaklah sesukar dahulu bila mana pergi ke kaunter untuk membuat transaksi. Kini anda sudah boleh melabur secara online dengan portal atau mobile apps myASNB atau menerusi perbankan internet ejen ASNB. Kalau takut terlupa, buatlah potongan Auto Labur, pelan pelaburan sistematik untuk akaun anak yang lebih menjimatkan masa anda.
Apa itu Auto Labur? Auto Labur adalah kemudahan pelaburan sistematik secara online yang disediakan oleh ASNB yang membolehkan ibu bapa untuk simpan duit anak-anak secara konsisten setiap bulan.
Hanya tetapkan sahaja berapa jumlah yang kita mahu simpan dalam akaun anak serendah RM30 sebulan, dan secara automatik ia akan ditolak dari akaun bank yang ibu bapa tetapkan. Mudah bukan?
Kempen Labur Raya ASNB!
Sepanjang musim raya ini, simpan duit raya anak anda di ASB atau ASB2, anda berpeluang memenangi lebih lagi duit raya. Kempen ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Julai 2021, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM225,000 untuk lebih 3,000 pemenang!
Selain itu, bagi pendaftaran baharu Auto Labur, anda boleh mendapat rebat tunai sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta terawal.
Istimewa untuk penonton Tanya Pakar Pa&Ma bagi episod bersama host Fizi Ali dan Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, anda berpeluang untuk menang RM50 unit percuma. Seramai 150 orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Menarik bukan?
Nak tahu macam mana caranya?
Jangan susah hati, mudah sahaja nak sertai.
- Tambah pelaburan minimum RM100 ke akaun anak-anak di ASNB secara online menerusi portal myASNB atau mobile apps pada 2,3 dan 4 Julai 2021.
- Seramai 50 orang pemenang bertuah akan dipilih setiap hari pada 3 hari tersebut iaitu seramai 150 jumlah keseluruhan pemenang bertuah.
- Hanya tonton Tanya Pakar Pa&Ma dan jangan lupa untuk tekan butang like dan share serta subscribe youtube Pa&Ma.
Apa tunggu lagi, sambil-sambil kita simpan duit raya anak, sambil kita melabur untuk masa hadapan anak-anak kita.
Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB, klik sahaja di SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI