Syukur masih selamat! Pastinya kejadian culik yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan ini memberi trauma padanya walaupun berjaya menyelamatkan diri ketika sudah dibawa lari hampir 400 meter dari sekolah.

Menerusi laporan Astro Awani, pelajar perempuan itu berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik selepas dilarikan lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi Khamis (25 November).

Kononnya Minta Hantar Borang Ke Sekolah, Pelajar Perempuan Nyaris Diculik
Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun dihampiri suspek tidak dikenali selepas turun dari van sekolah.

Katanya lelaki tempatan itu dipercayai menghampiri pelajar berkenaan dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura meminta bantuan mangsa menghantar satu borang ke sekolah.

“Mangsa diminta untuk masuk ke dalam kereta suspek namun dia enggan. Suspek kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta itu.

Ads

“Mangsa kemudian dibawa lari. Bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri selepas kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Sohaimi, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian meminta bantuan orang awam.

Kononnya Minta Hantar Borang Ke Sekolah, Pelajar Perempuan Nyaris Diculik
Mohd Sohaimi

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.

Ads

Difahamkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki untuk masuk ke kawasan sekolah.

Kredit: Astro Awani

Ads

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/Kononnya Minta Hantar Borang Ke Sekolah, Pelajar Perempuan Nyaris Diculik

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI