Fetal distress istilah ini mungkin terasa baru bagi anda yang hamil buat kali pertama. Sebenarnya ia merupakan masalah kelahiran yang serius dan perlu diberi perhatian. 

Fetal distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan seterusnya menyebabkan dia lemas kerana kurang mendapat bekalan oksigen ketika anda sedang sakit bersalin sehingga boleh mengancam nyawa bayi. Untuk menyelamatkan bayi tersebut, pembedahan ceasarean harus dilakukan segera.

Kontraksi Berlaku Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Boleh Menyebabkan Fetal Distress!  7 Tanda Fetal Distress Wajib Anda Tahu

Selain bekalan oksigen yang tidak mencukupi, fetal distress juga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya saiz janin kecil daripada purata, kontraksi berlaku terlalu cepat atau terlebih hari (overdue). Jika kehamilan bermasalah, ia mungkin akan menjejaskan kelahiran bayi tersebut. Kemungkinan besar janin lebih mudah mengalami fetal distress sekiranya anda mempunyai diabetes atau pra- eklampsia; darah tinggi, hamil kembar atau lebih dan berusia 35 tahun ke atas.

Tanda fetal distress

  • Pergerakan bayi kurang

Sekiranya ini berlaku, ia harus dipantau oleh doktor. Ada kalanya bayi tidur di dalam rahim, sehingga menyebabkan kurang pergerakan. Tetapi, jika pergerakannya berbeza daripada biasa, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan dia tidak berada dalam situasi yang bahaya.

Ads

Pergerakan bayi biasanya mantap sekitar 28 minggu. Jika anda berasa pergerakan bayi telah berhenti atau menurun, maklumkan doktor supaya pemeriksaan boleh dilakukan dan dapat memastikan bayi sihat dan selamat. Doktor perlu melakukan ujian bukan tekanan (NST), di mana dua buah alat pengikat pinggang diletakkan pada perut anda untuk mengukur kadar jantung bayi dan kontraksi.

  • Pendarahan ketika hamil

Keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi kerana pendarahan ketika hamil menyebabkan kerosakan uri seperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.

  • Toxemia

Rangkaian penyakit yang  terdiri daripada tekanan darah tinggi, kencing yang mengandungi protein dan bengkak kaki/edema turut menjadi penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi.

Ads
  • Lilitan tali pusat

Tali pusat terlilit pada sekeliling leher bayi khususnya lilitan yang banyak boleh menyebabkan bayi lemas ketika bersalin. Keadaan ini dapat dikesan dengan ultrasound scanning.

  • Cephalo pelvic disproportion (CPD)

Keadaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas ialah rongga punggung anda yang sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Biasanya ukuran tinggi anda rendah iaitu kurang daripada lima kaki.

  • Punggung leper

Kadangkala bentuk rongga punggung si ibu yang tidak bulat tetapi leper juga menyebabkan bayi lemas. Adakala kepala bayi memasuki rongga punggung dalam keadaan senget dan ini menyebabkan proses bersalin memakan tempoh yang panjang dan akhirnya bayi lemas.

  • Pintu rahim tidak terbuka

Pintu rahim yang tidak mahu terbuka ketika bersalin dan berterusan juga penyebab bayi lemas.

Ads

Kontraksi Berlaku Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Boleh Menyebabkan Fetal Distress!  7 Tanda Fetal Distress Wajib Anda Tahu

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/


Kontraksi Berlaku Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Boleh Menyebabkan Fetal Distress!  7 Tanda Fetal Distress Wajib Anda Tahu

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI