Lebih 1,300 peserta membanjiri Menara Felda, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2025 yang lalu sempena Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni anjuran bersama Hatimurni dan Majalah Pa&Ma.

Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak berusia 10 hingga 11 tahun yang bakal menduduki peperiksaan UPKK tahun ini dan tahun hadapan menunjukkan betapa tingginya kesedaran terhadap kepentingan ujian penilaian ini. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memberi pencerahan yang lebih jelas kepada para ibu bapa dan murid tentang hala tuju serta kepentingan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Ramai masih belum benar-benar faham struktur serta impaknya kepada pembangunan pendidikan Islam anak-anak, jadi majlis sebegini memang sangat tepat pada masanya. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Perasmian Oleh Menteri Hal Ehwal Agama 

Majlis dimulakan seawal 7.30 pagi dengan suasana penuh tertib dan bersemangat. Upacara perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau turut menandatangani plak istimewa sebagai simbolik pelancaran rasmi Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni, diiringi oleh para penggerak utama Hatimurni. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Forum Kepentingan UPKK Bersama Panel Profesional 

Antara segmen yang paling mendapat perhatian ialah forum bertajuk “Kepentingan & Halatuju UPKK” yang dikendalikan oleh Da’i Fuad sebagai moderator. Forum ini menampilkan dua tokoh penting dalam bidang pendidikan Islam iaitu Tuan Syed Fahmi Akmal bin Syed Isa, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kurikulum Bahagian Pelajaran JAWI, dan Tuan Misron bin Ali, Penolong Pengarah ADNI dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Ads

Perbincangan yang berlangsung secara santai tetapi penuh maklumat ini bukan sahaja memberi penjelasan tentang matlamat sebenar UPKK, malah menyuntik kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam menyokong anak-anak menghadapi peperiksaan penting ini. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

61 Murid Dirai Dalam Penyampaian Anugerah Cemerlang 

Majlis turut menjadi lebih bermakna apabila 61 orang murid cemerlang UPKK tahun 2024 diraikan dalam satu sesi penyampaian anugerah. Penyampaian ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im, diiringi oleh Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali selaku Pengarah & Pengasas Bersama Hatimurni serta Ustazah Siti Khadijah Mohni, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni. 

Senyuman anak-anak yang menerima anugerah tersebut jelas menggambarkan rasa bangga, syukur dan bahagia atas usaha yang telah mereka lakukan sepanjang tahun. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Imam Muda Hassan & Md. No Meriahkan Suasana 

Ads

Kehadiran dua tetamu istimewa dari keluarga Pa&Ma turut menceriakan suasana. Pendakwah selebriti, Imam Muda Hassan menyampaikan tazkirah motivasi yang menyentuh hati dan sangat dekat dengan jiwa ibu bapa serta anak-anak.

Pempengaruh media sosial, Md. No pula berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai bapa muda yang membesarkan anak-anak dengan pendekatan yang penuh kasih sayang dan realistik. 

Kedua-dua figura ini bukan sahaja memberikan inspirasi, tetapi juga memperlihatkan betapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membentuk kekuatan dalaman anak-anak, terutama dalam menghadapi peperiksaan seperti UPKK. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Cabutan Bertuah & Hadiah Penuh Gembira 

Konvensyen ini bukan hanya padat dengan ilmu dan pengisian bermanfaat, malah turut diselitkan dengan sesi kuiz dan cabutan bertuah yang menggamatkan dewan. Seramai 20 pemenang bertuah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti air fryer, vacuum, hand blender, steam iron, electric lunch box dan banyak lagi. 

Momen ini benar-benar menghidupkan suasana dan mengukir senyuman di wajah para peserta. 

Ads

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Bootcamp Istimewa Untuk Calon Tahun 4 & 5 

Tidak dilupakan, anak-anak tahun 4 dan 5 yang bakal menduduki UPKK juga diberikan peluang menyertai booth camp khas bersama tenaga pengajar Hatimurni. Mereka ditempatkan dalam dewan berasingan dan menjalani pelbagai aktiviti seperti ice breaking, teknik menjawab soalan, serta mini assessment bagi membantu mereka memahami strategi menjawab yang lebih berkesan. 

Lebih istimewa, mereka turut menerima kata-kata semangat dan suntikan motivasi daripada pakar motivasi terkenal, Dr. Haji Tengku Asmadi. Beliau berkongsi tentang kekuatan minda dan hati dalam menghadapi cabaran pembelajaran yang semakin kompleks, namun masih boleh ditangani dengan pendekatan yang betul dan sokongan keluarga yang kuat. 

Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam!

Harapan Tinggi Untuk Calon UPKK 2025 & 2026 

Jelas sekali, Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni bukan sekadar program harian. Ia adalah platform yang menggabungkan aspirasi, kefahaman dan sokongan dalam membentuk calon UPKK yang lebih bersedia, dari segi ilmu dan juga emosi. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Penganjuran yang penuh manfaat ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan anak-anak, malah memberi panduan yang jelas kepada ibu bapa untuk menjadi penyokong terbaik dalam perjalanan pendidikan Islam anak-anak mereka. 

Majlis ini bukan penamat, tapi adalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan. Syabas buat semua ibu bapa yang komited hadir bersama anak-anak dan memberi sokongan padu. Semoga calon UPKK 2025 dan 2026 melakar keputusan yang membanggakan, insya-Allah! 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI