
Sebelum ini kita mengikuti pengalaman daripada para ibu yang pernah cuba mendapatkan perkhidmatan homebirth dengan doula. Kali ini terapis pula yang berkongsi pengalaman ketika memberikan perkhidmatan kepada ibu-ibu yang bersalin dengan cara ini.
Perkhidmatan terapis banyak digunakan semasa ibu berpantang untuk memberikan urutan. Tidak seperti kebanyakan ibu bersalin yang lain, pihak terapis terkejut dengan keadaan ibu dan bayi yang melahirkan menggunakan kaedah homebirth/ natural birth dengan doula.
Ibu didapati mengalami kesakitan teramat sangat selepas bersalin, koyakan pada faraj yang teruk dan situasi bayi yang terdedah kepada pelbagai keadaan yang berbahaya. Lebih mengerikan apabila ibu menunjukkan tanda-tanda meroyan dengan ketawa dan menangis seorang diri. Berikut ialah perkongsian Madam Suez.
Terkedu lihat tali pusat bayi belum dipotong & uri kering di sebelah bayi. Ibu pula ketawa menangis sendirian semasa diurut, mungkin simptom meroyan.
Masih terbaring lemah pada hari ke-5, sakit bila dipegang dan tidak sedia untuk diurut. Alami koyakan hingga ke punggung dan tidak ambil apa-apa ubatan.
Ibu juga alami rengat dan hanya mengikut sahaja ilmu daripada doula. Manakala suami hanya mengikut kehendak isteri bulat-bulat.
Sumber: Syasya Suez Spa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Menyusu Direct Ke Guna Botol Waktu Raya Ni? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

Sambutan hari raya bertambah meriah dan menyeronokkan bila dapat berkumpul bersama sanak saudara.
Bagi ibu yang masih menyusukan anak kadangkala masa menziarah sanak saudara boleh menjadi saat yang agak kelam kabut bila anak menangis nak menyusu.
Apatah lagi dengan pakaian raya yang dipakai tidak ‘nursing friendly’ membuatkan ibu rasa stres waktu nak menyusukan anak.
Patutkah ibu menyusu memberi anak susu menggunakan botol waktu sibuk berhari raya atau tumpang masuk bilik tuan rumah untuk menyusukan anak? Jom baca penjelasan daripada Kaunselor Laktasi, Nad Nasrom seperti yang dikongsi dalam instagramnya.
MENYUSU DIRECT ATAU BOTOL WAKTU RAYA?
Sebelum membaca penulisan ini, saya adalah ibu yang bekerja dan tak bias pada ibu lain.
Setiap ibu pilihan dan keadaannya berbeza. Situasi juga berbeza. Cuma salah tanggap yang berlaku perlu dibetulkan. Bukan ikut-ikut mereka yang tak tahu.
Sebagai contoh, ada ibu yang tetap nak beri 1001 hujah bayi dia ‘tak cukup susu’ dan nak MENGEMPENG sahaja bila beri menyusu direct.
Maka ibu akan dimomokkan dengan kesusahan menyusu direct dan seharusnya belajar pam dan beri bayi minum banyak dengan botol supaya bayi kenyang.
Saya nak ulas isu ini sebagai kaunselor yang menyantuni ibu dari pelbagai latar. Ada surirumah, bekerja, bekerja dari rumah, PJJ dengan anak dan sebagainya.
Jika ibu ada tanggapan bayi nampak tak cukup susu, mengempeng sahaja dan sebab tulah ibu PERLU BERI BOTOL, kenapa tak cuba fahami FITRAH BAYI dahulu?
Fitrah yang BAYI PERLU DITENANGKAN bukan dengan menyusu atau botol susu. Fitrah ni tak boleh diubah dan akan buat ibu tertekan bila tak faham.
Sebab tu setiap kali webinar penyusuan yang saya anjurkan, mesti topik ni ini akan diketengahkan. Kita jemput konsultan yang khusus untuk isu ini. Sebab kita tak nak ibu terus tidak tahu.
Adakah dengan beri susu banyak dalam botol, bayi terus senyap sepanjang hari dan tak meragam? Jawapannya tidak. Jadi botol susu bukan penyelesaian.
Tapi ISU RAGAM BAYI yang perlu diselesaikan dulu. Fahami apa itu 5S, bagaimana bayi boleh ditenangkan bukan dengan MENYUSU. Bukan salah ibu menyusu kalau bayi tak tenang.
Fahami juga fasa perkembangan mental dan apa itu grow spurt supaya ibu tak celaru dan faham kenapa ada masa bayi tak nak menyusu, ada masa bayi macam tak cukup susu.
Berhujahlah dengan ilmu. Upgrade ilmu selalu dan tidak guna atau rujuk pengalaman orang lain yang tidak tahu sehingga menjadikan ibu lebih keliru.
Kalau nak guna botol sekali pun, tahu akan keperluan. Bukan semata nak selesaikan isu bayi asyik menangis sahaja atau nak mengempeng.
Bila yang asas ibu tak nak ambil tahu, pergilah menuntut ilmu. Tapi pastikan rujuk dengan mereka yang betul-betul tahu.
Selamat hari raya. Jom sama-sama kita gali ilmu.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk, Cepat-Cepat Atasinya!

Anak yang mempunyai masalah ekzema memang perlukan penjagaan yang rapi dari semua sudut. Mama yang menyusu lebih perlu berhati-hati dalam semua perkara. Sembelit misalnya menjadi penyebab ekzema anak makin teruk. Bagaimana?
Menurut Dato’Dr Suriyakhatun masalah toksin yang terkumpul di dalam tubuh ibu akan turut berada di dalam darah ibu dan sekaligus turut berada di dalam susu ibu. Ini penting, mama jangan ambil mudah. Kesian bayi kita!
Dengarkan perkongsian doktor berpengalaman ini.
Ibu membawa bayi berumur lima bulan yang dapat semula ekzema yang sudah sembuh. Bayi masih minum susu ibu sepenuhnya. Saya bertanya pada ibu, ada apa-apa perubahan pada pemakanannya atau adakah ibu mendapat sebarang alergi, atau adakah ibu sembelit.
Ibu menjawab, sudah dua minggu dia sembelit. Dengan jawapan ini saya merawat ibu untuk sembelitnya untuk sembuhkan ekzema anaknya.
Sembelit menghalang badan ibu dari mengeluarkan bahan buangan dari badannya. Bila bahan buangan yang sudah berkumpul dalam usus besar tidak dapat dikeluarkan, secara tak langsung bahan buangan akan berada dalam darah ibu dan akan juga wujud dalam susu ibu.
Sembelit juga menghalang toksin yang sudah di proses oleh hati ( liver) dikeluarkan oleh badan melalui usus sebab sembelit seolah ada ‘traffic jam ” dan hati tidak dapat tolak keluar toksin yang akan berkumpul dalam hati. Ini akan membebankan hati dan fungsi hati tergendala.
Maka, sembelit adalah suatu keadaan yang perlu di atasi cepat sama ada dalam anak yang ekzema ( serta penyakit kronik lain ) atau ibu pada anak ekzema.
Teh Punca Sembelit
Bila sembelit, puncanya perlu di kenal pasti. Adakah ia disebabkan pemakanan yang kurang serta dan air, penyakit usus , emosi terganggu atau makanan yang menyebabkan sembelit .
Contoh makanan yang boleh menyebabkan sembelit adalah teh. Teh mengandungi tanin yang boleh menyebabkan susah buang air besar .
Makanan berprosis yang mengandungi banyak ‘refined carbs’; termasuk gula putih serta pengawet perasa pewarna boleh timbulkan sembelit dan tingkatkan bebas toksin yang perlu dikeluarkan dari badan .
Kurang pengambilan sayur dan buah juga boleh timbulkan sembelit .
Jalan untuk atasi sembelit dengan cepat adalah mengambil bahan asli yang lawaskan buang air besar .
Ini termasuk menambahkan serat yang larut seperti gam arab dan baoban, menambahkan serta seperti psyllium husk dan biji selasih ( rendam hingga kembang) , getah anggur dan kembang semangkuk .
Boleh juga cuba mengambil Magnesium oil 5-15 titis, jiga terlebih najis menjadi cair. Boleh juga cuba mengambil air asam jawa.
Jika sembelit terlalu degil, boleh buat enema kopi beberapa kali untuk betulkan semula keadaan usus .
Jangan mengambil ubat lawas buang air besar secara berterusna sebab ini akan rosakkan fungsi usus besar .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu 35kg, Sekarang Cecah 60kg.” Elyana Syukur Peluang Ke-2 Allah Bagi Buatnya

Setelah disahkan bebas kanser limfoma tahap empat, tiada yang lebih bermakna buat penyanyi, Elyana. Seolah-olah dapat satu ‘kehidupan baru’ yang selama ini ditunggu-tunggu.
Menurut Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, dia mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan. Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.
Berat badan dah naik, selera makan bertambah
Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” katanya.
Anak-anak paling gembira
Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.
“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.
“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.
“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.
“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” katanya.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Kredit: Berita Harian
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI