Bagi yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang punya anak kecil, penggunaan lif sememangnya amat membantu. Ditambah pula dengan penggunaan stroller yang kurang sesuai menggunakan eskalator.
Namun malangnya ada yang tidak prihatin dengan ibu yang membawa anak kecil dan langsung tidak memberi ruang kepada ibu dengan stroller ini. Di mana keprihatinan kita?
Luahan rasa seorang ibu yang dikenali sebagai Ameenazizul meluahkan rasa kecewanya melihat orang-orang sekeliling yang kurang peka dan tidak bertimbang rasa bagi mengutamakan ibu beranak kecil.
Malah lebih buruk lagi katanya, dia menunggu lif hampir tujuh hingga lapan pusingan namun malangnya tiada sesiapa yang memberikan ruang.
Ads
Kecewa dengan situasi itu, akhirnya ibu ini memilih jalan untuk mengendong anak dan menaiki escalator agar lebih cepat.
“Koyak teruk harini. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant takda sorang pun bagi laluan.
“Padahal semua muda-muda, bawak shopping bag je, bukan stroller atau warga emas. Lama sangat tunggu last last kami mengalah, lipat stroller, dukung anak, turun escalator.
Ads
“Hidup ni kena lah bertimbang rasa. Kesian,” luahnya kesal.
Seharusnya prihatinlah pada ibu ayah yang menggunakan stroller dan membawa anak kecil. Berilah laluan kepada mereka. Ini sebaiknya.
Pelakon, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiga iaitu bayi perempuan pada pagi tadi. Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga penjaga gol bola sepak Pahang.
“Alhamdulillah wife sy selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi”
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya.semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya❤”
Pasangan ini masih belum mendedahkan nama serta wajah cahaya mata ketiganya buat masa ini.
Menurut perkongsian menerusi Instagram Mia Ahmad, huruf ‘i’ yang sebelum ini diguna pakai di hadapan nama kedua-dua anaknya nampaknya sudah kehabisan nama bermula huruf tersebut.
“tak ada ‘i’ dah kut” guraunya lagi.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad dan suami diatas kelahiran selamat ini.
Anak mana tak rindu ayahnya. Setelah ditinggalkan beberapa hari atas tuntutan untuk membantu memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan di beberapa buah negeri, akhirnya pendakwah yang disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew kembali ke rumah untuk bersama anak dan isteri.
Melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram Ustaz Ebit Lew memaparkan anak-anaknya semua nak melepaskan rindu dan masing-masing nak minta dipeluk dan didukung dengan ayah.
Sayu rasa hati ini melihat anak-anak merindui pelukan ayah walaupun mereka tahu ayahnya keluar untuk melaksanakan amanah Allah dan membantu orang yang memerlukan.
Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan.
“Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata.
“Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku,” katanya.
Isteri bagi kata semangat…Jangan bersedih
Tambah Ebit, beliau dipeluk isterinya dan berkata tidak perlu bersedih kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya.
“Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” ujar isterinya.
Sumber : IG Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang. Kehilangan pasangan membuat kita terasa ‘kosong’ tetapi impaknya lebih besar pada anak-anak. Mereka yang masih kecil, mungkin sukar untuk menerima kenyataan ini dan akan merasai rindu yang tiada penghujung.
Video berdurasi lebih kuran 6 minit yang dikongsikan oleh akaun Tiktok eldazaiman yang menunjukkan rakaman yang meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menonton.
Tonton video ini;
@eldazaimansemoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭♬ original sound – eldazaiman
Menurut pemilik video, dia sebenarnya mahu memeriksa sama ada anak-anaknya sudah tidur atau belum apabila dia menyaksikan anak keduanya yang dipanggil Bang Ngah sedang menatap dan memeluk foto seseorang.
“Ingat nak check je anak-anak dah tidur ke belum. Tak sangka ini yang mama tengok. Sedih mama.”
Katanya lagi, foto tersebut adalah gambar arwah suaminya. Mungkin anaknya tidak dapat melelapkan mata, lalu mengeluarkan foto tersebut dari laci dan kemudian dihulurkan kepada adik kecil yang dipanggil Baby. Sambil menatap gambar Abahnya, dia turut dilihat seperti bercerita dengan Baby.
“Tengok gambar Abah sama-sama dengan Baby. Bagi Baby peluk gambar Abah.”
Anaknya dilihat cuba untuk tidur tetapi mungkin rasa rindu membuatkan dia sukar tidur. Kemudian Bang Ngah ambil semula foto Abah dari Baby untuk dicium dan dipeluk. Masih tak dapat tidur, Bang Ngah terus menatap foto Abahnya itu.
“Bang Ngah ni suka cerita kat Baby pasal Abah walaupun Baby tak sempat kenal sebab dia baru sebulan lebih masa tu. Sebab tu Baby selalu sebut pasal Abah walaupun tak sempat nak kenal, nak bermanja. Banyak benda dia tahu.”
Sambil melelapkan mata, tangan Bang Ngah masih erat memeluk foto Abah dan kemudian dia dilihat seperti sedang mengelap matanya.
“Still peluk gambar, tak tahu nak gambarkan betapa rindunya anak-anak dekat Abang.”
Masih sukar untuk tidur, Bang Ngah dilihat berkata sesuatu kepada Baby dan kemudian menangis tetapi segera dilap kerana tak mahu adiknya itu nampak. Foto Abahnya ditatap lagi sebelum Bang Ngah dilihat mengelap air matanya.
“Mama dah tak tahan sedih dah masa tengok ni, Mama tahu banyak Abang Ngah pendam tapi tak cakap. Sungguh kadang-kadang Mama pun tak kuat sebenarnya. Jangan lupa selalu doakan Abah setiap kali habis solat. Mama dan abah sayang semua anak-anak dunia akhirat.”
Mengakhiri videonya, beliau mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan Abah mereka di ‘sana’ nanti. Difahamkan Allahyarham Zawawi bin Hj Mohd telah meninggal dunia pada Jun 2018 pada bulan Ramadan. Semoga ibu ini dan dan anak-anaknya terus diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.