Sebut mengenai peranakan jatuh, ramai wanita akan rasa seram. Tak dapat dibayangkan kesakitan yang bakal dirasai apabila organ-organ berkaitan turun tersasar daripada kedudukan asal.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan peranakan jatuh atau dipanggil tombong dalam masyarakat Melayu.
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum (tempat simpanan najis sebelum dikeluarkan) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.
Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )
9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh. Dan secara keseluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERANAKAN JATUH
Apa yang sebabkan peranakan jatuh?
UMUR
Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak Esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%.
Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dengan umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?
MENGANDUNG & BERSALIN
Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh.
Ads
Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yang cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.
Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntingan episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.
Bila dah cerita macam ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan?
Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan.
Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.
OBESITI
Ads
Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yg tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan!
MEROKOK
Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.
PEKERJAAN
Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.
Ads
SEMBELIT
Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.
KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH
Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh
Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang (ring pessary). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.
Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh?
Semua ibu di dunia ini mahukan anak mereka mendapatkan sumber nutrisi yang mencukupi untuk perkembangannya. Susu badan merupakan sumber nutrisi yang terbaik berbanding sumber yang lain. Disebabkan itu, para ibu sering berasa risau terhadap kondisi susu badan mereka terutamanya dari segi tahap kelikatannya.
Ada pendapat yang mengatakan susu badan yang cair akan menyebabkan anak anda tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Adakah ini benar? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui sejauh mana kesahihan pendapat ini.
Mengapa susu badan boleh menjadi cair?
Ramai yang tidak tahu bahawa susu badan sememangnya akan wujud dalam keadaan cair dan pekat. Kelikatan susu ini sebenarnya bergantung kepada 2 jenis susu, iaitu:
1. Foremilk (susu awal)
Ia merupakan susu yang berada di hadapan “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih cair, tinggi kandungan air, tinggi kandungan gula, berwarna kebiruan atau kehijauan (bergantung kepada ibu) serta mengandungi vitamin, protein dan karbohidrat.
2. Hindmilk (susu akhir)
Ia merupakan susu yang berada di belakang “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih pekat serta mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Susu ini sangat penting untuk membuat bayi kenyang dan tumbesaran mereka.
Namun demikian, ada juga beberapa faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kelikatan susu badan. Berikut merupakan faktor-faktornya:
Cuaca
Ibu yang kerap mengosongkan payudara
Pemakanan ibu
Saiz perut bayi
Perlu risau atau tidak?
Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya susu badan anda cair. Ini kerana susu badan anda sememangnya mempunyai keadaan sedemikian dan tetap mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh anak anda. Selain itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 2 keadaan susu iaitu “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir) yang masing-masing kelebihan nutrisinya yang tersendiri. Susu awal mungkin rendah lemak namun tinggi kandungan gula. Susu akhir yang tinggi lemak pula sangat penting untuk tumbesaran anak anda.
Ketika sedang menyusukan anak, anda mungkin boleh perhatikan bahawa pada permulaan waktu anda menyusukan anak, susu badan yang keluar adalah cair. Lama-kelamaan, susu badan anda akan menjadi pekat dan seterusnya menjadi sedikit pejal pada akhir penyusuan. Inilah yang dikenali sebagai “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir). Oleh itu, anda tidak perlu risau akan kelikatan susu badan anda kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada anda dan juga anak anda.
Tuntasnya, kelikatan susu badan bukanlah pengukur kepada jumlah nutrisi yang terdapat di dalamnya. Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, anda perlu sentiasa kekal aktif dan positif terhadap penyusuan anak. Ini bertujuan memastikan proses penghasilan susu badan berjalan lancar dan anak anda akan memperolehi 100 peratus manfaat daripadanya.
Beberapa hari awal selepas kelahiran bayi, terdapat segelintir ibu yang mudah tertekan, muram, gelisah dan dalam kes yang teruk, ada juga mudah menangis tanpa sebab. Hal ini dikatakan berlaku kesan penyesuaian diri dengan kehidupan baru. Si ibu kini perlu menjaga diri sendiri dan bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya. Sedangkan diri sendiri belum pulih dan segar sepenuhnya selepas melalui proses bersalin.
Bahaya jika ibu mula menunjukkan tanda meroyan kerana jika tidak dikawal, ia boleh mengancam nyawa orang sekitarnya termasuklah bayi dan dirinya sendiri. Namun begitu, dengan ada sokongan dan bantuan daripada orang terdekat, si ibu yang mengalami situasi sebegini akan beransur baik.
Bagi ruang isteri berehat
Di awal tempoh berpantang, isteri memerlukan rehat yang mencukupi untuk segera pilih dan kembali bertenaga seperti sedia kala. Untuk itu, bantulah isteri memandikan bayi, mengemas rumah, memasak untuk isteri atau apa-apa urusan rumah tanggan lain yang mampu diselesaikan.
Urut isteri
Walaupun diri bukan seorang tukang urut bertauliah, anda tetap boleh menolong mengurut isteri. Cukup sekadar memicit bahagian tubuh yang isteri rasa lenguh atau sengal.
Dengan urutan atau picitan lembut yang anda berikan itu, ia mampu merangsang hormon endorfin dirembeskan. Apabila hormon kegembiraan ini meningkat di dalam tubuh, sudah pasti isteri anda berasa lebih tenang.
Sediakan makanan berkhasiat
Makanan yang dihidangkan kepada ibu berpantang sangat penting kerana ia berupaya menjadi sumber untuk dirinya pulih, kembali bertenaga dan merangsang penghasilan susu ibu. Jika aspek pemakanan tidak dijaga dengan betul, tentu sahaja ia boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada dirinya dan juga bayi yang menerima susu ibu sebagai sumber makanan utama.
Galakkan isteri berfikiran positif
Ada waktunya, isteri terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan sehingga menekan diri sendiri. Oleh itu, anda sebagai suami perlu sentiasa memberi semangat dan berkata-kata positif supaya dia dapat melupakan hal-hal yang remeh-temeh.
Suami boleh menunjukkan rasa penghargaan dan kasih sayang pada si isteri dengan membantunya mengharungi fasa berpantang. Mungkin anda tiada pengetahuan yang banyak untuk meringankan beban atau kesakitan yang dialami si isteri, tetapi dengan menunjukkan keprihatinan kepadanya sudah cukup untuk membuat si dia bertenang dan sedar yang anda sentiasa ada untuknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya menu ibu berpantang agak membosankan. Tapi kali ini ada menu lain dari kebiasaan tapi masih berkhasiat dan yang penting sedap!
Selepas melahirkan bayi, ibu bersalin mestilah makan makanan yang berkhasiat untuk mengembalikan semula tenaga yang banyak hilang. Bagaimanapun menjadi lumrah kebanyakan ibu bersalin akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang pemakanan ibu perlu dijaga untuk mengelakkan pelbagai kesan sampingan seperti bentan dan sebagainya. Banyak makanan yang tak boleh sebarangan dimakan oleh ibu berpantang.
Kalau hari-hari ulang menu yang sama sahaja tentu sahaja ibu rasa bosan dan dibimbangi kalau terlalu ketat mengikut pantang orang tua-tua yang terikat dengan makanan berpantang seperti ikan kering dan ikan bilis sahaja. Jadi mana nak dapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh ibu lepas bersalin yang masih lemah.
Jadi untuk bakal ibu atau ibu lepas bersalin yang bakal dan sedang menjalani tempoh berpantang tak payah pening kepala lagi nak fikirkan menu berpantang yang sedap dan berkhasiat.
Ini ada 16 menu ibu berpantang lain dari kebiasaan tapi masih berkhasiat dan yang penting sedap!
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...