Stresnya bila anak mula koyakkan kertas dan sepahkan mainan dan barang-barang dalam rumah. Rasa rimas melihat semua barang bertaburan sana-sini. Ditambah dengan kertas-kertas yang disepahkan anak-anak.
Nak mengemas bukan mudah, perlukan masa untuk rumah kembali bersih dan cantik. Itu sebahagian rungutan mama yang pening kepala bila anak mula sepahkan rumah. Sebaiknya ubah cara pemikiran yang semacam ini kerana aktiviti sepahkan rumah ni, terutama sekali koyakkan kertas ada banyak manfaatnya dalam motor halus anak kita.
Perkongsian Puan Aminah Binti Hussain ni menarik untuk kita baca. Banyak kelebihannya aktiviti koyakkan kertas ni.
KOYAK KERTAS JE PUN
Cikgu longgokkan kertas di depan semua pelajar cilik itu. Cikgu bagi arahan mudah.
“Sila koyakkan kertas secara bebas”. Di suatu sudut ada seorang pelajar lelaki hanya menguis, memegang dan membelek kertas-kertas yang ada. Cikgu datang ambil 1 kertas dan koyakkan depan pelajar itu. Tapi pelajar itu tetap tak boleh koyakkan kertas.
“Tak pernah koyak kertas dengan mama?” Pelajar itu menggeleng!
Tahu tak aktiviti koyak kertas ada dalam silibus pra sekolah tau. Pada umur 6 tahun anak kena pandai koyakkan kertas secara bebas.
Tapi! Malangnya kita hari ini terlalu risaukan anak sampai tak bagi anak koyak kertas.
Risau anak terkunyah kertas yang koyak!
Risau anak termakan serpihan kertas!
Risau anak tertelan kertas nanti tak hadam!
Paling risau takut rumah bersepah!
Tengok tak video viral bayi umur 10 bulan koyak kertas dan ketawa mengekek tu? Itu bunyi kertas koyak boleh meransang auditory (pendengaran) anak.
Koyak kertas juga untuk tengok sama ada motor halus anak berfungsi atau tidak. Jika motor halus perlahan/slow, otak anak juga akan slow. Sebab itu ada silibus koyak kertas di tadika dan pra sekolah.
Kat rumah pun kita boleh buat. Longgokkan kertas yang terpakai depan anak
Surat khabar pun boleh. Kasi anak koyak puas- puas.
Lepas bersepah ajak anak kemaskan. Masukkan cebisan kertas dalam bakul sampah.
Anak dapat ransang motor halus!
Anak dapat ransang pendengaran!
Anak dapat belajar mengemas barang setelah sepahkan.
Seronok kan?
Kredit: Aminah Binti Hussain
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI