KPM perkenal penggunaan Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) 50:50 dalam kurikulum prasekolah 2026. Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu (BM) dan 50 peratus bahasa Inggeris (BI) bagi peringkat prasekolah bagi kurikulum baharu pada 2026.

KPM Perkenal Penggunaan BM & BI 50:50 Dalam Kurikulum Prasekolah 2026

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, beberapa pendekatan pendidikan bersepadu lain turut diberikan tumpuan bagi prasekolah peringkat KPM, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan.

Beliau berkata, antara lain yang diberikan perhatian dalam modul itu ialah pendidikan karakter murid-murid. Media sebelum ini melaporkan KPM akan memperkenalkan elemen TVET bermula dari tahun satu di sekolah rendah menerusi Kurikulum Persekolahan 2027.

“Kitaran baharu kurikulum akan bermula pada 2027, tetapi bagi prasekolah dimulakan lebih awal iaitu 2026 dan beberapa pendekatan pendidikan bersepadu akan kita beri tumpuan,” katanya ketika merasmikan pembukaan Karnival Pantai Port Dickson: Pendidikan Awal Kanak-Kanak peringkat Parlimen Port Dickson.

KPM Perkenal Penggunaan BM & BI 50:50 Dalam Kurikulum Prasekolah 2026
Fadhlina dan Aminuddin beramah mesra bersama pemenang persembahan pada Karnival Pantai Port Dickson: Pendidikan Awal Kanak-Kanak peringkat Parlimen Port Dickson di Pantai Batu 5.

Beliau menjelaskan, keupayaan guru di peringkat prasekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan pencapaian pemerkasaan pendidikan itu dapat dilakukan lebih holistik.

Menurut Fadhlina, semua guru prasekolah juga akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah berbanding sekarang iaitu kebanyakannya memiliki diploma.

“Bila kita sebut tentang penyelarasan kurikulum di semua peringkat prasekolah, tentunya keupayaan guru juga jadi keutamaan. Keupayaan guru kita adalah kompeten, ada guru kita mempunyai ijazah kerana di negara ini minimum adalah diploma dan kita sedang tingkatkan upaya itu,” katanya.

Fadhlina berkata, ibu bapa disaran memberikan komitmen dengan menggalakkan anak menerima pendidikan awal prasekolah khususnya diterajui KPM.

Ads

Beliau berkata, terdapat tiga naratif penting peringkat prasekolah iaitu menangani isu keciciran pembelajaran, intervensi malnutrisi dan intervensi keperluan pendidikan khas.

KPM Perkenal Penggunaan BM & BI 50:50 Dalam Kurikulum Prasekolah 2026

“(Isu) Enrolmen prasekolah mencabar kerana kita tiada dasar pendidikan wajib bagi peringkat prasekolah, ketika ini enrolmen mencapai 91.7 peratus dan KPM sedang bekerja keras bagi menggalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak,” katanya.

Selain itu, Fadhlina berharap semua pihak tidak menyalah tafsir usaha KPM memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu di sekolah rendah menerusi Kurikulum Persekolahan 2027.

“Dengarlah dulu penjelasan kita. Kita sebut elemen TVET bukannya subjek. Bila saya sebut elemen bermakna ada ciri-ciri dan pendekatan TVET. Mana-mana pihak tidak begitu jelas, saya saran datang kepada KPM dan kita terbuka untuk buat penjelasan dan berbincang,” katanya.

Ads

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Murid Tahun Satu Pada 2027 Akan Diperkenal Dengan Elemen TVET

Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga

 

Ads

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI