Pening mama papa dibuatnya bila si kecil mula bosan dan tolak nasi. Mesti mama papa akan risau kalau-kalau si kecil tak cukup nutrisi.
Sebenarnya mama papa boleh olah resepi makanan untuk tarik selera makan si manja. Yang penting mereka tetap dapat nutrisi secukupnya. Jom ikuti perkongsian ibu ini dalam mengolah menu makanan untuk si kecilnya.
Minum petang anak-anak harini ummi rajin sikit buat potato oat stick. Nasi dia kurang dah sekarang. Bagi dia carbo lain. Mak-mak jangan putus asa tau kalau baby tengah reject makanan 💪.
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu, sekarang dah boleh buat sendiri. Lagi rangup dan lagi sedap! Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa-apa bahan yang kita suka!
(Followers Pa&Ma nak dapatkan perkakas masakan dengan harga murah boleh klik SINI)
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan untuk apam balik:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
Serbuk kacang tanah
1 tin jagung krim
Gula pasir secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk apam balik:
1) Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
2) Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
4) Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
5) Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
6) Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.
Selamat mencuba
Kredit: Chu Hy Lea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu bila dah bersalin selalu merungut nak dapatkan berat badan yang ideal macam zaman anak dara. Tapi usaha itu seolah susah nak berjaya kerana banyak sangat halangannya.
Mana tak nya, makanan anak yang tak habis, ibu juga kena habiskan sebab sayanglah kalau nak buang. Lepas tu, ibu yang menyusu pula asyik rasa lapar je. Kalau yang dapat maintain alhamdulillah tapi yang susah turun semula tu rasa stres.
Ok buat ibu yang memang ada niat nak sihat dengan cara mudah dan mengurangkan rasa nak makan makanan manis je, Puding Chia Seed yang dikongsikan oleh Puan Izwah Saaiddutdin ini boleh di cuba. Suami dan anak-anak pun boleh join sekali untuk makan. Ni salah satu hidangan sihat untuk keluarga juga dan boleh kenyang dalam tempoh lama.
Puding Chia seed ni saya mula belajar makan dalam 3 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh guru saya yang pakar tentang otak, DrRizal Abu Bakar.
Saya suka sebab ia alternatif kudapan sihat. Bolehlah merawat craving saya pada puding manis yang kaya gula putih dan tak berkhasiat huhu.
Bahan utama: Santan segar yang tak dimasak dan Chia Seed. Santan tak masak ye. 1. Tuang santan di dalam bekas yang boleh ditutup.
Bahan-bahan yang diperlukan:
250 ml santan segar
1/4 cawan Chia seed
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar madu
Topping dan penyedap rasa:
Buah-buahan pilihan – mangga/ buah naga/ strawberi/ blueberry/ kiwi
Kekacang – walnut, badam (boleh letak jika suka)
2. Campurkan chia seed. Kacau rata. Jangan bagi berketul.3. Masukkan esen vanilla
Kenapa kalian perlu cuba puding chia seed?
1. Tinggi fiber, protein dan kalsium. Juga tinggi zink, zat besi, fosforus dan magnesium. Tak padan dengan kecik saiznya kan?
4. Perasakan dengan madu
2. Kaya lemak baik omega 3. Bayangkan hanya 2 sudu besar chia seed dapat khasiat omega 3 sama dengan 110 gram ikan salmon.
3. Bantu rasa kenyang. Chia seed apabila direndam akan mengembang 10 kali ganda saiz asal. Hah dia punya tahap serap air tu memang terbaik. Itu yang makan rasa kenyang. Bertahan lama.
Kacau bagi rata seketika selama 5-10 minit.. Lepas tu kacau semula pastikan chia seed tak berketul. Tekstur akan jadi pekat. Ok dah boleh masuk fridge. Minima sejukkan dalam 3 jam. Nak semalaman pun boleh. Tahan Insya-Allah 3-5 hari simpan dalam peti sejuk. Ini rupa selepas semalaman. Puding agak pekat lepas dikeluarkan.
4. Chia seed ejen semulajadi untuk pekatkan puding. Tak perlu dah nak guna tepung jagung ke telur ke.
Ambil beberapa sudu masukkan ke dalam cawan. Kalau terus senduk lepas keluar peti sejuk ginilah rupa. Hodoh sikit. Nanti dia cairlah kena air buah.
5. Senang yakmat nak buat. 5 minit je nak sediakan.
Selang selikan dengan buah-buahan. Buatlah berapa layer pun.
6. Boleh jadikan santapan untuk sarapan atau dessert di waktu petang. Kalau untuk sarapan, buat sebelah malam, esok pagi potong buah dan hidang.
Beginilah rupa kejadian lepas dah penuhkan cawan. Meriah kan?Hah boleh dah makan. Koreklah chia seed yang tersorok kat bawah tu. Kang buah habis chia seed tinggal
Nota newbie: Chia seed ni tak ada rasa, memang kena campur buah sebagai gandingan untuk rasa yang enak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain juadah berbuka, minuman yang sejuk dan enak juga menjadi salah satu hidangan wajib ada di atas meja ketika berbuka. Salah satu minuman yang boleh dijadikan pelengkap hidangan adalah air katira yang sedap. Pendek kata boleh buat kecur air liur lah!
Menerusi perkongsian di Facebook Masak Apa Hari Ini oleh Puan Sheila Fendy berkongsi resepi air katira yang jimat dan boleh dibuat dengan cepat. Semestinya sedap, rugi kalau tak cuba!
* Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.
*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.
*Air cincau tu tapis ya. Ambil cincaunya je. Carik kat semua kedai stok cincau asli tu habis. So kita ganti dengan cincau tin je.
Cara-cara penyediaan:
Mula-mula, masukkan perasa tebu ikut banyak mana bancuhan kita.
Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.
Tambahkan Chia Seed. Kalau ada biji selasih, boleh gunakan juga.
Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.
Masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak.Siap!
Boleh tambah bahan lain ikut kreativiti. Resepi ini memang ekspres dan simple saja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak bagi satu keluarga minum. Kalau ada yang cukup bahan macam yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.
Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.