Asal ada kerajinan, semua jadi! Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni, nak pergi bawa anak-anak bercuti pun masih tak boleh. Kasihan pada anak-anak. Nak tak nak ibu bapa pun terpaksa jadi lebih kreatif untuk berikan kegembiraan pada mereka.
Perasan tak anak-anak kita biasanya kalau pergi bercuti mesti nak mandi kolam. Ia dianggap sinonim tapi kali ini perkongsian dari Encik Eddy Azuan cukup buatkan kita sebagai ibu bapa pun teruja.
Bukan apa dapat buat sendiri kolam untuk anak di halaman rumah dan melihat mereka tersenyum sambil main pun dah rasa puas hati. Sungguh cantik!
Akhirnya jadi realiti
Alhamdulillah. Akhirnya jadi realiti juga projek ni. Memang nak mula bertangguh-tangguh tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO. Iya sorang-sorang jaga SOP kan dan adalah cuba dibantu oleh anak-anak tapi 3 minit je bertahan.
Kongsi Eddy Azuan, projek musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya dilakukan seorang diri dan berpandukan kajian daripada Google, Youtube dan Facebook sahaja. Walaupun ianya memakan masa dan tenaga namun hasilnya sunggauh berbaloi.
Barang-barang kebanyakan ditempah dari online. 3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yang sebelah dalam tu beli dari set pool yang dah siap. Jenama Bestway 2m x 4m… kedalaman 1m… boleh cuba cari di shopee.. harga lebih kurang RM700-800.
Bermula dengan sebuah lakaran untuk jelas projek ini. Di bahagian tepi juga dilindungi oleh deck tepi adalah untuk menghalang kucing daripada mencakar atau bersembunyi di dalamnya. Selain itu, ianya untuk tampak lebih kemas dan melindungi paip yang sedia ada.
Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
Ditutup dengan rumput karpet
Pastikan pasir diratakan dengan betul dan menutup paip longkang air di hujungnya agar tiada ‘binatang’ boleh keluar masuk. Selepas siap bahagian sini, tampalkan balik rumput karpet bagi mengelakkan pertumbuhan tumbuhan di celah-celah. Cara ini juga dapat dijadikan alas di dasar kolam agar tidak terpijak pasir dan batu.
Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Perlahan-lahan potong pakai gunting. Tak berani pakai GRINDER..Siap lebih kurang frame untuk deck. Ingat, ini untuk tampung DECKING. Tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool boleh tampung beban air atau tak.
Pasang sistem pam dan filter
Selepas selesai pemasangan frame deck, boleh pasang sistem pam dan filter untuk kolam seperti gambar di atas. Kemudian, pasang kolam kanvas yang boleh dibeli di Shopee jenama Bestway. Ini masanya untuk cuba isi air ke dalam air selepas semuanya selesai.
Asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power untuk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai. Maka… UPGRADE ke 3.0hp!
Akhir sekali, pasang deck kayu disekeliling agar tampak lebih kemas. Gunakan jenis PRIMA PLANK yang mempunyai urat kayu dan kalis air. Maka siaplah projek musim PKP, memang cantik hasil dan sangat puas hati.
Bagi yang ada halaman rumah yang agak luas, siap boleh buka khemah dan santai-santai waktu petang dan malam sambil BBQ satu keluarga. Ni lah masanya untuk kita tebus semula dengan anak-anak setelah sibuk sebelum ini dengan kerja.
Kredit : Eddy Azuan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)