Sarapan pagi yang pantas bukan hanya dengan sapuan roti dengan planta dan sekaya sahaja, rupanya dengan menghasilkan sapuan Krim Marjerin sendiri buat anak makin selera untuk makan.
Resipi Krim Marjerin beraneka warna, lembut dan sedap yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini memang enak. Nak buatnya pun cukup mudah malah ringkas. Jom cuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak-anak kita. Tak la jemu anak-anak asyik dok calit dengan planta sekaya ja. Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin dan gula ja. Tapi akak nak dia lebih rasa sedap dan lemak sikit jadi akak pun derhakalah pada resepi asal. Jom intai apa yang akak derhaka tu.
Resipi:
1 cwn majerin pelangi
1 cwn gula (blend)
Setengah cwn susu cair
4 sb susu pekat
Secubit garam -nak bangkitkan lemak susu cair
Perisa -ikut masing-masing
Campur semua bahan kecuali perisa. Mix sampai kembang dan jadi putih gebu.
Bila dah kembang dah boleh boh perisa. Ok siap.
Dah boleh sapu pada roti, marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais, akak nak bagitau ya, kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pun boleh na..sedap tau!
Resipi wajib cuba: Lebihan Nasi Jangan Buang Buatkan Apam Nasi Ni Paling Sedap Mudah!