Kuah Pekat & Likat, Resipi Pisang Butter Dengan Sos Kastard Buat Anak Bertambah!

Share

Minum petang ringkas antara yang selalunya menjadi pilihan ibu untuk disediakan pada anak-anak dan suami. Bosan dengan gorengan dan cucur, apa kata ubah kelainan dengan goreng pisang bersama sos kastad yang sedapnya bukan biasa-biasa.

Gabungan pisang dengan susu dan gula buat anak-anak makan berselera. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Fatien Zaini ini.


Pisang butter dengan sos kastard. Layan betul makan bila hujan-hujan ni.

Bahan-bahan:
Pisang
Butter
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula (ikut kemanisan yang kita nak)
1 biji kuning telur
Mixed fruit
1 Daun pandan

1. Cairkan sedikit butter di dalam kuali non stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan.

2. Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.

3. Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

4. Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit.

Siap untuk dimakan!

Artikel berkaitan: Roti Bakar Pisang, Cukup Rangup Dan Rasa Lemak-Lemak Manis, Tak Cukup Makan Satu!

Rahsia Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Perap Adunan Selama 30 Minit/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM