Kuah Sedap, Pekat & Likat, Resipi Soto Raya Power, Ini Rahsianya!

Share

Tinggal lima hari berbaki lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya ibu sudahpun menyediakan juadah untuk dipersiapkan pada hari raya nanti. Apa menu anda? Jika memilih untuk menu berkuah, jangan lupakan soto yang sudah semestinya menjadi santapan istimewa ketika raya kedua atau ketiga.

Resipi kuah soto yang dikongsikan oleh Fara Lome ini memang power. Kuahnya pekat dan likat malah tersangatlah enak. Jom cuba untuk raya nanti.


Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan)

Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
Bawang putih 1 ulas
Buah keras 1 biji
Blend semua bahan di atas

Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
Serai 2 batang (ketuk)
Minyak untuk menumis
Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
Kiub ayam 1
Akar daun sup (potong dan cuci bersih)
Air 2 liter/ sejug
*Atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau, betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.

Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.

Masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.

Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)

Siap!

Resipi Begedil Kentang
5/6 ubi kentang –buang kulit then potong kecil, rebus dan lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Telur 1 biji
Lada sulah
Garam secukup rasa
*Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

Cara goreng begedil supaya tak hancur
Panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh bergedil je. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.

Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan.

Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler.

Resipi wajib cuba: Patutlah Sampai 25k Share, Samperit Susu 3 Bahan Cukup Manis Dan Sedap!

Published by
Siti Ramlah Mahmud