Hasil perahan sebelah kiri dan kanan tidak seimbang, saiz payudara tak sama besar. Ini antara yang sangat dirisaukan oleh kaum ibu.
Ada beberapa sebab masalah ini berlaku (perahan di kiri dan kanan tidak seimbang). Antaranya seperti:
- Aliran susu yang perlahan, terlalu laju atau susu mula berkurang.
- Bayi suka menyusu di sebelah payudara sahaja.
- Ibu suka menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja.
- Keadaan payudara ibu secara genetik mempunyai kelenjar susu yang tidak sama banyak pada kiri dan kanan payudara.
- Pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada payudara.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya ada juga tindakan kita yang mempengaruhi penghasilan susu di kiri dan kanan, menyebabkan hasil perahan tidak seimbang. Maka, sebelah payudara menjadi kurang produktif berbanding yang sebelah lagi. Akibatnya, saiz pun tak sama!
Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah payudara:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
- Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif
Semasa memulakan penyusuan, bagi dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
- Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy)
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Tawar payudara yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu
Setengah bayi lebih suka posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan bayi suka menyusu di sebelah sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
- Tandem pumping
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah payudara adalah setara, dan stimulasi lebih dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di payudara yang produktif ini tidak terganggu.
- Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif
Contohnya jika anda memerah kedua belah payudara selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi lebih stimulasi kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat isyarat untuk meningkatkan penghasilan susu.
- Pam selepas menyusu
Utamakan penyusuan secara terus kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu payudara itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet) ya.
Berikan masa selama 1-2 minggu kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru dan isyarat baru yang dilakukan ini. Tempoh masa cepat atau lambat bergantung kepada usaha dan tindak balas badan masing-masing. Ada ibu mula nampak perubahan kuantiti susu seawal 3-5 hari sahaja.
Sumber: cikgususu.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI